Tips Ibu Hamil

14 Cara Cepatkan Proses Bersalin Tanpa Overdue

14 Cara Cepatkan Proses Bersalin Tanpa Overdue 

14 Cara Cepatkan Proses Bersalin Tanpa Overdue – Assalamualaikum semua pembaca MB. Semua mak buyong sihat ke hari ni? Ada yang dah bersalin? Atau ada yang sedang menunggu hari lagi? Hehe. Kalau ada yang menunggu hari tu, meh baca perkongsian kak fara cara cepatkan proses bersalin tanpa overdue.

Jangan ingat best kalau overdue ni taw. Ada risikonya juga. Sebab itu di akhir kehamilan kita kena banyak bergerak dan bersenam. Jom baca 14 cara cepatkan proses bersalin tanpa overdue tanpa overdue.

Banyakkan Berjalan Dan Bergerak Cepatkan Bersalin

Ok.Yang ni memang ramai yang cakap membantu.

Kalau boleh cuba tawaf satu shopping mall sehari. Hehe. Bila kita banyakkan bergerak, otot-otot pada bahagian peha ke bawah akan mula longgar dan regang dengan sendirinya.

Jadi tak adalah nanti bila dah masuk labour room rasa cramp semacam. Pendek kata ‘berjalan’ ni sebagai salah satu proses ‘warming up’ sebelum bertarung di dewan bersalin.

Ransang Payudara Sendiri Cepatkan Bersalin

Jangan malu atau geli nak sentuh payudara sendiri! Korang jangan gelak.

Memang ada mak buyong di luar sana yang geli atau malu nak sentuh payudara sendiri taw. Alasan mereka tak biasa. Memang la.Tapi itu kan aset korang, jadi kena la ber’mesra’ dengan aset tu.

Merangsang puting payudara boleh mencetuskan penghasilan hormon oksitoxin yang mana boleh mencetuskan kontraksi.

Kan kita digalakkan untuk stimulate puting untuk bersiap sedia bagi sesi penyusuan nanti? So katanya massage puting boleh menyebabkan hormon oxytocin dirembeskan.

Sapu Minyak EPO Pada Vagina Cepatkan Bersalin

Evening Primrose Oil (EPO) biasanya famous di sebelah barat.

Ada yang cakap pengambilan secara kapsul boleh menyebabkan bukaan serviks dan boleh induce kita bersalin secara semulajadi.

Ada yang cakap sapu pada bukaan vagina dan ada juga cakap masukkan terus ke vagina.Tetapi ! Sila rujuk doktor terlebih dahulu. Jangan memandai ye.

Sapu Minyak Castor Cepatkan Bersalin

Castor Oil ni bukan sama macam gula castor yang korang buat kek tu ye. Hehe.

Jangan tersalah faham pula. Castor Oil atau nama melayunya ‘minyak jarak’ merupakan sejenis minyak sayuran. Bila kita consume minyak jarak ni, akan stimulate kita punya usus dan dalam masa yg sama akan menyebabkan contraction bermula.

Bagi mereka yg takde ‘show’ pon yg diorang nak bersalin, pengambilan minyak jarak ni boleh menyebabkan cirit birit. Jadi sebaiknya rujuk doktor juga ye.

Makan Pedas Boleh Cepatkan Bersalin

Ada yg percaya kalau kita makan makanan yg pedas, sama macam minyak jarak akan menyebabkan usus kita terangsang dan akibatnya berlakulah contraction.

Memang tiada bukti yang mengatakan makanan pedas adalah inducer bersalin secara natural. Tapi kalau kita jenis boleh makan pedas, apa la salahnya mencuba kan? Dan ingat satu benda je.

Jangan makan pedas banyak sangat. Nanti pedih ulu hati pula.

Akupuntur Bantu Cepatkan Bersalin

Seni perubatan dengan cara memasukkan jarum halus pada bahagian badan tertentu dikatakan boleh stimulate aktiviti di dalam rahim.

Orang cina biasa la dengan akupuntur ni kan. Mengikut testimoni ramai ibu yg hamil, dikatakan akupuntur ni memang cara semulajadi untuk induce kelahiran.

Tapi ada juga yg berpendapat kalau la baby tu tak bersedia nak keluar, buatlah akupuntur macam mana sekali pon, takde maknanya dia nak keluar

Urutan Boleh Cepatkan Bersalin

Ada kajian menunjukkan massage ni boleh meningkatkan tahap hormon oxytocin dalam badan. Oxytocin lagi kan? Oxytocin ni hormon selesa dan gembira. Bila kita rasa gembira la hormon ni dirembeskan.

So bila kita massage mestila kita selesa kan? Sebab tu la dikatakan banyak contraction bermula pada waktu malam, waktu kita tido dengan suami sebab kita rasa selesa

Amalkan VCO Untuk Cepatkan Bersalin

Ramai yang mengakui pengambilan Virgin Coconut Oil boleh membantu proses bersalin dengan mudah dan cepat. VCO boleh diminum seawal 32 minggu satu sudu pagi dan satu sudu malam bagi mendapatkan kulit yg lebih anjal.

Gunakan vco untuk membuat urutan perineum bagi mengelakkan koyakan pada perineum dan membantu pembukaan serviks dengan lebih efektif.

Kerap ‘Bersama’ Dengan Suami Cepatkan Bersalin

MB faham, ada sesetengah mak buyong di luar sana yang ‘hilang nafsu’ sepanjang tempoh kehamilan.Tetapi jangan terlalu setkan dalam minda sebegitu. Cuba buat seperti biasa.

Kerapkan buat hubungan kelamin bersama suami pada penghujung kehamilan sebenarnya sangat membantu si ibu untuk bersalin dengan mudah.

Jadi cuba curi masa untuk bersama dengan suami.

Nanti kesian si suami kena pantang 100 hari. Jadi inilah masa terbaik untuk manja dengan suami sebelum mula berpantang.

Makan Kurma Untuk Cepatkan Bersalin

Bahan yang mudah didapati.

Kajian yang dijalankan mendapati wanita hamil yang makan 6 biji kurma sehari selama 4 minggu sebelum kelahiran mempercepatkan proses bersalin.

96% dari wanita yang makan kurma juga boleh melahirkan secara spontan berbanding mereka yang tidak makan kurma.

Minum Air Selusuh Suami Untuk Cepatkan Bersalin

Ok. Masa MB dulu, MB minum air selusuh yang dibaca oleh budak-budak tahfiz.

Kebetulan masa tu ada majlis doa selamat dekat rumah mak mentua. Alang-alang tu mintak suami suruh budak tahfiz bacakan sekali.

Tapi ura-ura ramai yang mengatakan lebih berkat jika si suami sendiri yang membaca untuk air selusuh tu. Lebih dekat dan mujarab katanya, Wallahualam sejauh mana kebenarannya.

Cara buat air selusuh mudah sahaja, baca surah Maryam, surah Yaasin dan 40 x surah Al Fatihah sambil niatkan yang baik-baik.

Bersenam Setiap Hari Cepatkan Bersalin

Senaman contoh ketuk ketampi, sebab nak bagi baby turun, dan bukaan kat bawah tu cepat buka.

Sway your hip, caranya berdiri tepi katil, pegang katil, n sway ur hip. Bounce atas bola besar. Kalau tak ada bola, boleh bounce kat tepi katil. Jalan itik, berjalan sekeliling rumah or shopping complex dan lain-lain.

14 Cara Cepatkan Proses Bersalin Tanpa Overdue

Rajinkan Diri Kemas Rumah Cepatkan Bersalin

Tunduk bangun kutip baju also can induce contractions.

Tapi bukan dengan cara membongkok. Nak kutip tu buat cara duduk squat. InsyaAllah akan membantu mempercepatkan bukaan pintu bawah.

Jadi kak fara harap, perkongsian 14 cara cepatkan proses bersalin tanpa overdue ini dapat membantu anda.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

2 thoughts on “14 Cara Cepatkan Proses Bersalin Tanpa Overdue”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *