cara kenali kontraksi palsu
Tips Ibu Hamil

4 Cara Kenali Kontraksi Palsu Dan Kontraksi Sebenar

4 Cara Kenali Kontraksi Palsu Dan Kontraksi Sebenar

4 Cara Kenali Kontraksi Palsu Dan Kontraksi Sebenar – Assalamualaikum semua pembaca blog MB. Antara tanda-tanda saat kelahiran semakin tiba adalah sakit kontraksi atau pengecutan otot rahim sebagai persediaan untuk pembukaan pintu serviks. Bagaimanapun kontraksi yang anda alami belum tentu merupakan tanda bayi akan terus lahir.

4 Cara Kenali Kontraksi Palsu Dan Kontraksi Sebenar

Ini kerana ada kemungkinan ibu hamil akan mengalami kontraksi palsu (false alarm) di akhir kehamilan. Kebanyakan wanita yang hamil untuk pertama kali pasti mengalami kekeliruan tentang bagaimana Kenali Kontraksi Palsu Dan Kontraksi Sebenar.

Jom kenali perbezaan keduanya agar anda lebih bersedia ketika berhadapan dengan sakit kontraksi tersebut.

Cara Kenali Kontraksi Sebenar

Kontraksi palsu tidak menentu. Kebiasaanya datang sesekali kemudian hilang. Manakala kontraksi sebenar pula datang berkala dan kerap sekali. Setiap kontraksi lazimnya 30-60 saat.

4 Cara Kenali Kontraksi Palsu Dan Kontraksi Sebenar

Cara Kenali Kontraksi Sebenar

Kontraksi palsu mungkin hilang apabila kita berjalan, bergerak dan membuat sebarang aktiviti.Tetapi kontraksi sebenar berterusan walaupun dalam apa jua keadaan dan semakin kerap apabila bukaan serviks semakin membesar.

Cara Kenali Kontraksi Sebenar

Kekuatan kesakitan kontraksi palsu biasanya lemah dan makin kurang terasa.Kontraksi sebenar pula semakin sakit apabila si ibu semakin hampir dengan waktu bersalin.

Cara Kenali Kontraksi Sebenar

Kontraksi palsu biasanya berasa tidak selesa di bahagian hadapan badan seperti sakit hendak datang haid. Manakala kontraksi sebenar pula akan merasa sakit dari belakang badan hingga ke hadapan badan.

4 Cara Kenali Kontraksi Palsu Dan Kontraksi Sebenar

Jadi para mak buyong sekalian perlu mengambil berat akan tanda-tanda kontraksi ini. Jangan ambil mudah dan remeh. Perhatikan dan catatkan tempoh kontraksi anda. Sekiranya berkala dan kerap, segera ke hospital supaya perkara yang tidak diingini terjadi.

Ciri-Ciri Kontraksi Sebenar

Selain itu, ibu hamil perlu mengingati ciri-ciri kontraksi sebenar supaya mudah di kemudian hari. Antara ciri-ciri kontraksi sebenar ialah:

  • Rasa memulas disertai ngilu di bahagian pinggang sampai ke bawah
  • Sakit kontraksi muncul di antara usia kehamilan 37 minggu sehingga 40 minggu
  • Kekerapannya bermula sekitar 30-60 saat, tetapi apabila semakin hampir dengan fasa bersalin, sakitnya akan meningkat kepada 75 saat.
  • Sakit kontraksi tidak akan hilang biarpun anda mengubah posisi anda.

Sekiranya ibu hamil mempunyai ciri-ciri sakit bersalin kontraksi seperti di atas, segera ke hospital berdekatan. Malah ibu hamil juga perlu ambil perhatian dengan tanda-tanda hendak bersalin seperti berikut:

  • Keluar lendir yang bercampur sedikit darah dari vagina
  • Kantung ketuban pecah diikuti air ketuban
  • Ngilu di kawasan pinggul, kemudian menjalar ke bahagian paha dan perut bahagian bawah.
  • Bahagian leher rahim (perut bawah) terasa panas dan sakit

4 Cara Kenali Kontraksi Palsu Dan Kontraksi Sebenar

Ciri-Ciri Kontraksi Palsu

Para ibu hamil juga perlu mengenali ciri-ciri kontraksi palsu. Antara ciri-ciri kontraksi palsu ialah:

  • Rasa memulas tanpa ngilu di bahagian atas rahim dan turun ke bawah
  • Sakit kontraksi palsu biasanya berlaku pada usia kehamilan 20 minggu ke atas.
  • Kontraksi palsu berlaku kurang dari 20 saat. Kebiasaanya mencecah sehingga 2 minit.
  • Kebiasaanya berlaku sekali atau dua kali sehari dan tidak bertambah
  • Rasa sakit akan hilang apabila si ibu mengubah posisi.

Apa perlu si ibu buat apabila mengalami kontraksi palsu?

Tenang dan selesakan diri. Berbaring atau berjalan di sekitar rumah.

Tetapi sekiranya sakit kontraksi masih tidak hilang atau muncul tanda-tanda hendak bersalin, segera ke hospital berdekatan. Ingat 4 Cara Kenali Kontraksi Palsu Dan Kontraksi Sebenar.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

2 thoughts on “4 Cara Kenali Kontraksi Palsu Dan Kontraksi Sebenar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *