Tips & Panduan Tips Ibu Hamil

4 Perkara Yang Mommies Boleh Buat Apabila “Overdue”

4 Perkara Yang Mommies Boleh Buat Apabila “Overdue”

4 Perkara Yang Mommies Boleh Buat Apabila “Overdue” – Bila dah dekat dengan tarikh nak bersalin, mesti mommies happy kan? Kalau boleh nak beranak awal je kan? hehe. Sama macam kak fara dulu, hehe.

Tapi lain yang dirancang lain yang jadinya. Hari yang ditunggu-tunggu, baby tak nak keluar lagi. Mommies bukan main happy nak tunggu dia keluar. Tapi dia syok lagi duk dalam perut mommies. hehe.

Mommies jangan panik ye. Kalau panik,baby boleh stress taw. Jangan risau, kak fara akan share dengan mommies apa mommies perlu buat kalau mommies overdue. Janji kena rajin buat!

#1- Jangan stress!

Macam kak fara cakap dekat atas. Jangan panik dan jangan stress!

Kalau mommies stress, cuba isi masa lapang yang ada dengan buat perkara yang mommies suka sementara nak pujuk si kecik tu keluar dari perut ibu nya.

Antara perkara mommies boleh buat mungkin:

  • Dating puas-puas dengan cik suami
  • Jalan2 dan makan2 dengan kawan2
  • Shopping puas2 dulu.

Banyak kan boleh buat?

#2- Tarikh kelahiran anggaran sahaja. Jangan risau!

Kalau mommies nak tahu, tempoh kehamilan boleh berlanjutan selama 2 minggu selepas tarikh anggaran bersalin! Jadi jangan terlalu bimbang kalau baby overdue.

#3- Tahu risiko lambat bersalin

Bila mommies sudah mencapai 40 minggu, doktor mungkin akan mula memantau kehamilan dengan lebih teliti kerana bersalin 2 minggu selepas tarikh bersalin ada risikonya.

Selepas 42 minggu, risiko bayi mati dalam kandungan dan kemungkinan bayi baru lahir mati, adalah 2 kali lebih banyak dari bayi yang dilahirkan cukup umur.

Masalah lain yang mungkin dialami bayi baru lahir termasuk masalah pernafasan dan perkembangan yang lambat.

#4- Bincang dengan doktor 

Patut ke kelahiran itu dicepatkan?

Kebanyakan doktor tidak mengesyorkan mommies untuk “memaksa” proses bersalin sehingga minggu ke-41.

Tetapi, mommies boleh tunggu sehingga 42 minggu sebelum membuat keputusan jika mahu induce ataupun tidak.

Dapatkan nasihat doktor dan ambil kira keadaan diri sendiri. Akhirnya ini adalah keputusan ibu itu sendiri dengan syarat kehamilan itu dipantau sekerap 2-3 hari sekali. 

Jadi mommies yang ada pengalaman kelahiran overdue tu, jangan lupa cuba teknik yang kak fara kongsi ni ye. Mudah-mudahan baby keluar tepat pada masanya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *