Tips & Panduan

4 Tips Bagaimana Cara Tambahkan Susu Badan Ibu

4 Tips Bagaimana Cara Tambahkan Susu Badan Ibu

4 Tips Bagaimana Cara Tambahkan Susu Badan Ibu – Bila sikecil dah keluar, semua ibu excited kan nak susukan dia. Niat dalam hati sebelum dia keluar, nak susukan dia sampai 2 tahun. Tapi apakan daya kita mampu merancang, Allah menentukan. Ada ibu yang dikurniakan susu yang melimpah ruah.

4 Tips Bagaimana Cara Tambahkan Susu Badan Ibu

Sampai terlajak melimpah pun ada. Tak muat peti nak simpan susu EBM tu. Tapi ada juga ibu yang kurang susu badan. Ibu jangan stress taw, kak fara memula dulu macam tu jugak. Yang penting ibu usaha dan memang dah berniat nak bagi dekat bayi.

Jom kak fara share macam mana nak tambahkan susu badan untuk ibu.

Terutamanya ibu yang muda dan baru beranak sulong.Tips ni kak fara godek-godek dan ambil berdasarkan yang paling latest taw. Cubalah 4 tips bagaimana cara tambahkan susu badan ibu

#1- Makan Roti Jagung

4 Tips Bagaimana Cara Tambahkan Susu Badan Ibu

Ibu boleh try makan roti jagung gardenia. Setakat ni, diorang cadangkan brand Gardenia tu la. Kalau brand lain kak fara kurang pasti. Diorang ada cakap bila makan roti perisa jagung tu,susu makin meriah. Yang ni kak fara belum sempat cuba lagi.

#2- Minum Air Longan Dates

4 Tips Bagaimana Cara Tambahkan Susu Badan Ibu

Haritu viral pasal air longan date jenama marigold kononnya boleh menambahkan susu badan lagi meriah. Tapi sebenarnya tak semua yang menjadi. Bergantung atas badan masing-masing. Tapi tak salah kalau ibu nak cuba yang ni. Usaha sehabis boleh.

#3- Kopi O Meriahkan Susu

4 Tips Bagaimana Cara Tambahkan Susu Badan Ibu

Yang ni ada yang cakap time pantang atau masa menyusu bayi tak boleh minum kopi bimbang kafein tinggi, ataupun takut bayi tak selesa nanti. Tapi sebenarnya kopi ‘o’ la yang membantu memperbanyakkan susu badan.

Kalau kak fara,kopi ‘o’ paling menjadi. Dalam setengah jam lepas minum,terus rasa breast bengkak. Alhamdulillah rezeki kan. Tapi ibu-ibu yang tak pernah minum kpi, kena cuba sikit-sikit sebab bimbang baby meragam tak selesa perut.

#4- Oat Dan Nestum

4 Tips Bagaimana Cara Tambahkan Susu Badan Ibu

Kalau oat,kak fara rasa tak semua boleh telan sebab rasa dia ‘tak ada rasa’. Haha.Tapi sebenarnya oat sangat membantu taw nak banyakkan susu badan.

Kalau tak leh nak telan direct oat,beli je biskut lactation yang ada oat di luar.

Banyak dah sekarang lactation cookies yang letak oat. Kalau tak boleh juga,makan je nestum. Habis cerita. Nestum pun membantu jugak. Tapi nestum jangan letak gula banyak. Letak sekadar nak bagi rasa je taw.

Antara banyak-banyak tips nak banyakkan susu badan, 4 tips bagaimana cara tambahkan susu badan ibu ini je yang banyak memberi kesan. Tips lain ada jugak tapi tak membantu sangat.

Setakat ni 4 tips ni insyaAllah boleh sesuai dengan semua jenis badan. Ibu-ibu boleh cuba taw. Mindset nak menyusu pun kena selalu positif. Jangan fikir yang bukan dan jangan stress. Kalau ibu stress, lagi susah susu nak keluar. Susu pun jadi kurang berkualiti.

Ala, chill je sepanjang breastfeed ni. InsyaAllah akan dipermudahkan semuanya.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *