Resepi

5 Buah-Buahan Terbaik Dan Sesuai Untuk Ibu Mengandung

5 Buah-Buahan Terbaik Dan Sesuai Untuk Ibu Mengandung

5 Buah-Buahan Terbaik Dan Sesuai Untuk Ibu Mengandung – Kak fara selalu dengar kalau nak putih merah-merah maacm korea, makan buah delima banyak-banyak.

Kita ni pun duk percaya la bagai, paksa diri makan banyak-banyak delima tu.

Tiap kali pergi pasar mesti beli. Haha.Tapi ada yang cakap menjadi,ada yang cakap dak. Tapi kalau dah baka sawo matang, susah jugak nak dapat anak putih melepak. Hehe.

5 Buah-Buahan Terbaik Dan Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Tapi delima memang banyak kebaikan dia untuk ibu mengandung ni taw. Selain delima juga, ada lagi beberapa biji buah yang memang ramai cakap ibu mengandung wajib ambil kalau nak kandungan sihat.

Antara yang kak fara selalu dengar ialah buah:

#1 Tembikai

5 Buah-Buahan Terbaik Dan Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Buah tembikai ni yang kak fara tahu, dia boleh bantu tambahkan kandungan air ketuban.

Jadi korang yang ada masalah air ketuban kurang, bolehla cuba makan buah ni.

Tapi ada juga yang cakap buah tembikai ni angin taw. Macam kak fara, memang kak fara tak telan langsung masa 4 bulan pertama tu. Padahal sebelum pregnant memang kak fara suka gile buah ni.

#2 Buah Kelapa Muda

5 Buah-Buahan Terbaik Dan Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Sebenarnya air kelapa muda ni banyak juga bantu kita sebagai ibu mengandung ni.

Tapi kalau korang nak ambil air kelapa muda ni, kak fara syorkan korang start ambil bila dah masuk trimester ke-3. Sebab kalau yang jenis rahim tak kuat, boleh buat gugur juga sebab buah ni tajam sebenarnya.

Tapi bergantung pada orang jugak. Ada yang jenis rahim tebal tak ada masalah rasanya. Air kelapa muda ni khasiat dia boleh tambahkan air ketuban dan bagi kulit bayi jadi bersih.

#3 Buah Oren

5 Buah-Buahan Terbaik Dan Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Buah oren ni semua tahu dia sumber vitamin C.

Untuk ibu mengandung ni, sehari kita perlukan lebih kurang 85mg sumber vitamin C.

Vitamin C memang sangat penting untuk ibu mengandung memandangkan ia membantu tubuh kita melawan penyakit seperti demam,selsema dan batuk.

Kalau demam time mengandung ni, korang jangan ambil mudah ye. Segera ke klinik. Kalau takut nak makan ubat, makan je buah oren ni banyak-banyak.

#4 Avocado

5 Buah-Buahan Terbaik Dan Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Kalau sebut avocado ni, kak fara tahu tak semua boleh telan. Haha. Sebab avocado ni ada yang pahit ada yang manis. Kalau terkena yang pahit ni mesti ngeri. Haha. Lepas tu avocado ni kononnya ‘buah omputih’ jadi orang kita ni kurang la sikit.

Sebenarnya kalau korang nak tahu, avocado nilah yang paling banyak khasiat dia.

Antaranya kaya dengan vitamin B, vitamin C, asam folat, serta kalium. Avocado juga boleh kurangkan morning sickness, membantu perkembangan otak, sistem saraf dan perkembangan bayi dalam perut tu. Kalau nak mudah telan,buat jus ye. Lagi sedap!

#5 Buah Jeruk

5 Buah-Buahan Terbaik Dan Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Ada orang bagitahu kak fara, kalau kerap sangat makan jeruk, nanti anak mudah dapat kuning.

Kak fara pun tak pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi apa yang kak fara tahu, buah jeruk ni mengandung vitamin C, folat, dan serat yang tinggi.

Hampir 90% kandungannya adalah air yang mana boleh membantu ibu hamil untuk memenuhi keperluan cecair dalam tubuh.

Ibu mengandung ni kalau kurang air, mudah penat taw. Kandungan folat yang tinggi pada jeruk juga dapat membantu perkembangan otak dan sumsum tulang belakang pada janin dan mencegah janin lahir cacat.

Ok tu 5 buah-buahan terbaik dan sesuai untuk ibu mengandung.

Tapi jangan selalu sangat makan buah ni. Seminggu 2 kali pun okai dah. Sebabnya nanti mudah kena kencing manis. Tapi atas orang jugak taw. Yang penting jangan tak ambil langsung.

Jumpa next artikel ye mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *