Tips & Panduan

5 Cara Yang Betul Bagaimana Hentikan Bayi Menangis

5 Cara Yang Betul Bagaimana Hentikan Bayi Menangis

5 Cara Yang Betul Bagaimana Hentikan Bayi Menangis – Orang kata nak jadi seorang ibu memang kena tabah. Tapi betul la diorang cakap tu. Sebab apa yang kak fara alami start je si mariyam keluar dari perut, memang banyak mengajar kak fara untuk jadi sabar. Iye, kalau korang tak sabar, hari-hari boleh meroyan taw.

5 Cara Yang Betul Bagaimana Hentikan Bayi Menangis

Baby bila menangis ni biasanya kalau dia tak selesa, pampers dah berat,k embung perut atau lapar. Biasanya kalau dia dah berhenti menangis bila kita dah bagi apa dia nak,mujurlah. Tapi kalau jenis yang tak berhenti-henti jugak menangis,jenuhlah. Mesti korang stress gile kan?

Jangan tipu kak fara, kak fara pun pernah hadapi situasi macam tu ye. Dan biasanya kak fara amalkan 5 cara yang betul bagaimana hentikan bayi menangis ni je. InsyaAllah berkesan.

Cara 1: Bedung Bayi Dengan Kemas

5 Cara Yang Betul Bagaimana Hentikan Bayi Menangis

Tapi jangan bedung kuat sangat sampai baby tak leh bernafas oii. Hehe. Bedung biasa sahaja. Jangan bedung sekerat pulak.

Bedung sekali tangan dia dan kaki dia. Bedung badan sahaja tak jadi. Bila korang bedung, baby rasa seolah-olah dipeluk taw. Tambah pula dia susah terjaga atau terkejut bila korang bedung baby ni.

Cara 2: Baringkan Secara Meniarap Atau Mengiring

Dia konsep yang sama macam bedung.

Tujuannya tak nak bagi anak mudah terjaga atau buat dia merasa selamat. Sebab bila terlentang, baby akan merasa macam luas sangat dunia dia.

Jadi dia mudah merasa takut. Sebab tu bila kita tiarapkan baby dia cepat berhenti menangis. Tapi bila tiarapkan baby atau iringkan baby, jangan tinggal anak sensorang. Nanti muka dia terlengkup lemas naya lah.

Cara 3: Shhh Shhh Shhh !!

Ni bukan shhh nak halau kucing ye. Ni bunyi ‘white noise’ untuk tidurkan dan tenangkan bayi.

Ada setengah parents ingat kalau baby berada dalam bilik yang senyap, diorang akan rasa tenang. Tapi sebenarnya salah taw, sebabnya baby ni sejak dari dalam rahim lagi dia dah terbiasa dengan bunyi bising taw.

Jadi bila baby menangis, cuba buat bunyi ‘Shhh,Shhh,Shhh” di telinga dia sambil tepuk belakang baby dengan lembut. Pendek kata dodoikan sampai dia tidur.

Cara 4: Timang Tinggi-Tinggi

Kalau korang ada lengan yang kuat,timang-timanglah anak tu.

Nak timang cucu lambat lagi. Haha. Teknik timang-timang ni atau orang panggil buaikan baby ni menjadi jugak. Tapi jangan timang tinggi sangat ye. Timang lembut-lembut je bagi baby rasa berhayun macam tu.

Cara 5: Bagi Puting Atau Pacifier

Boleh cuba bagi puting atau pacifier dekat baby kalau dia sejenis yang hanya akan senyap bila menetek. Sebabnya kalau korang asyik bagi baby menetek sepanjang masa, alamatnya tak terbuat la kerja korang.

Tapi kalau nak belikan pacifier,pastikan beli yang orthodontic dan lembut.

Untuk jaga gusi dia dari tertolak ke depan sangat. Bila baby dah berhenti nangis atau tidur dah lena, cabutlah puting tu. Jangan ajar sangat dia sumbat puting, nanti susah nak ceraikan dia dari puting pulak.

Jadi lepas ni kalau baby korang tak berhenti menangis, korang boleh cuba salah satu dari 5 cara yang betul bagaimana hentikan bayi menangis di atas yang kak fara kongsikan taw. Mesti salah satu dari cara di atas membantu korang.

Kalau menjadi, jangan lupa share dengan kak fara taw!

1 thought on “5 Cara Yang Betul Bagaimana Hentikan Bayi Menangis”

  1. Alhamdulillah, satu post yang penuh info berguna.
    Banyak lagi teknik2 yang para ibu bapa boleh cuba untuk masalah bayi menangis.
    .
    p/s : Jom ikuti pengalaman manis bagaimana kami berjaya merawat masalah bayi (anak buah pertama) yang dulu kerap menangis tanpa tahu sebabnya.
    Rujuk Instagram : bayi_menangis_malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *