Tips & Panduan

5 Jenis Makanan Jadi Penyebab Kanser Payudara

5 Jenis Makanan Jadi Penyebab Kanser Payudara

5 Jenis Makanan Jadi Penyebab Kanser Payudara – Kanser payudara menyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita.

Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Kanser Payudara pada hari ni merupakan penyakit Nombor 1 yang membunuh wanita dalam diam.Hatta Kak Fara sendiri pun sentiasa berjaga-jaga dengan risiko penyakit pembunuh ‘senyap’ ni.

Tapi dalam kegalakan kanser payudara ni menyerang golongan wanita, masih ramai yang mengambil mudah mengenai soal pemakanan yang boleh mendorong kepada penyakit ini. Kak fara akan kongsikan dengan semua pembaca mengenai 5 jenis makanan jadi penyebab kanser payudara ni.

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak.

Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.

Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

5 Jenis Makanan Jadi Penyebab Kanser Payudara

5 Jenis Makanan Punca Kanser Payudara

Arak
Menurut American Cancer Society, kebiasaan mengambil alkohol dan minuman keras akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara.

Malah, ACS menyarankan bahawa wanita-wanita yang terdedah kepada kanser payudara agar menahan diri dari minuman beralkohol. Jangan mengambil lebih daripada satu gelas minuman beralkohol setiap hari.

Walaupun dengan hanya meminum beberapa gelas alkohol setiap minggu sudah boleh menyebabkan kanser payudara di usia tua. 1.5 ons minuman keras, 5 auns gelas wain, dan 12 ons bir setara dengan satu gelas minuman beralkohol.

Kafein
Ada anggapan yang menyebutkan bahawa minuman berkafein, seperti kopi adalah salah satu penyebab kanser payudara.

American Society menyatakan bahawa pendapat ini tidak sepenuhnya benar.

Kafein, tidak menyebabkan kanser tetapi meningkatkan risiko tumor payudara jinak (non-kanser), atau dikenali juga dengan sebutan benjolan fibrokistik.

Daging
Menurut Cancer Research UK, jenis daging dan cara memasaknya adalah faktor-faktor pencetus kanser payudara, apalagi jika diambil secara berlebihan.

Daging merah, seperti daging lembu, dan daging yang digoreng adalah penyebab kanser payudara.

Disyorkan untuk mengambil daging putih seperti daging ikan dan dada ayam. Kalau dah dapat daging korban tu elokla diagih-agihkan kepada orang ramai.Jadi kurang sikit risiko nak makan daging terlalu banyak.Hehe

Soya
Makanan dari kacang soya merupakan alternatif makanan yang diperbuat daripada haiwan.

Tapi American Cancer Society memberi amaran bahawa mengambil produk soya dalam jumlah yang banyak dari masa ke masa dapat meningkatkan risiko kanser payudara.

Hormon estrogen-phytochemical, yang ditemui dalam soya disebut-sebut berkaitan dengan tumbuhnya sel kanser payudara. Wanita yang sudah mempunyai kanser payudara harus mengelakkan produk soya, kerana boleh memburukkan keadaan mereka.

Lemak
Part ni Kak Fara punya favourite sebenarnya.

Diet tinggi lemak, terutama lemak tepu adalah jenis makanan yang menyebabkan kanser payudara. Menurut Cancer Research UK, walaupun risikonya kecil tapi diet yang tinggi lemak mengandungi lebih banyak kalori.

Yang cenderung menyebabkan obesiti atau kegemukan yang secara langsung boleh dikaitkan dengan kanser payudara.Tapi apakan daya,kalau order sate tak ada lemak tak syok rasa.

Lemak tu nikmat walaupun sebenarnya membahayakan kesihatan. Jadi berpada-padalah masa makan lemak tu. Jangan lupa diri ye!

Berhati-hatilah dengan 5 jenis makanan jadi penyebab kanser payudara.

5 Jenis Makanan Jadi Penyebab Kanser Payudara

Pencegahan dan Penyelesaian Kanser Payudara

Gejala kanser payudara sukar di kesan dari awal dan kebanyakan baru diketahui setelah sel-sel kanser telah menyerang organ tubuh yang lain sehingga sukar di sembuhkan.

Rawatan kanser payudara dilakukan dengan pembedahan dan kemoterapi yang memberi kesan negatif secara fizikal dan mental bagi para wanita pesakit. Ada sahabat kak fara yang sebegini.

Bila berjumpa doktor,rupanya kanser beliau sudah berada di tahap yang terakhir. Jadi pentingnya pemeriksaan payudara sendiri secara rutin.

Untuk itu, perkara terbaik yang harus dilakukan seorang wanita untuk melindungi dirinya dari kanser payudara adalah dengan menjalani gaya hidup yang sihat, termasuk diet yang baik dan sukan yang cukup.

Jenis makanan tertentu telah terbukti dapat mengurangkan risiko kanser payudara seperti produk susu rendah lemak, mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, dan mengambil makanan dengan serat yang tinggi.

5 Jenis Makanan Jadi Penyebab Kanser Payudara

Terlalu gemuk juga tidak baik bagi kesihatan dan meningkatkan risiko terkena kanser payudara.

Menurut Cancer Research UK, obesiti atau kegemukan mempunyai kaitan yang erat dengan kanser payudara. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan disarankan untuk menurunkan berat badan untuk membantu mencegah kanser payudara, dan masalah kesihatan yang lain.

Kak fara pun tengah dalam proses menurunkan berat badan juga ni demi kesihatan.

Malas dan sibuk bukan alasan untuk tidak sihat. Apa kata korang join program zumba?

Sambil berzumba,sambil hilangkan stress kerja seharian. InsyaAllah sedikit sebanyak membantu menjauhkan diri dari risiko terkena kanser payudara.

5 Jenis Makanan Jadi Penyebab Kanser Payudara

Jom join zumba dengan kak fara pada 22 Oktober 2017 nanti di The Venue, Shah Alam bersama coach jemputan iaitu Zin Nurin & Izzat Zin.Sambil berzumba sambil menderma kepada tabung kanser negara.

 

Mudah sahaja untuk join program Zumba With Baby anjuran FurbyMoms ni.Kak Fara terangkan di bawah:

  1. Masuk ke website www.furbymoms.com
  2. Search Charity Zumba
  3. Pilih kuantiti tiket Charity Zumba yang dikehendaki dan submit order.
  4. Bayar harga tiket , check out dan jumpa pada 22 Oktober 2017 nanti !

Atau lebih mudah,korang terus ke link berikut: CHARITY ZUMBA (KLIK)

Jumpa korang pada 22 Oktober 2017 nanti ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *