Fesyen Ibu Mengandung

5 Sebab Wanita Hamil Tidak Boleh Pakai Pakaian Sendat Dan Ketat

5 Sebab Wanita Hamil Tidak Boleh Pakai Pakaian Sendat Dan Ketat

5 Sebab Wanita Hamil Tidak Boleh Pakai Pakaian Sendat Dan Ketat – Mommies yang hamil mesti tidak terlepas nak kelihatan cantik dan bergaya kan. Kak fara pun macam tu juga.

Suka nak bergaya bila perut dah memboyot. Bukan selalu nak memboyot ni. Hehe. Tambah pulak orang cakap bila memboyot ni seri dia lain macam. Jadi apa lagi pakai la cantik-cantik masa ni. Mana tahu suami jatuh cinta kali kedua kan?

Tapi soal pemakaian time hamil, kak fara akan menitikberatkan soal saiz. Kak fara tak suka pakaian yang ketat dan sendat. Bukan setakat tak selesa,malah sebenarnya kalau mommies nak tahu banyak keburukan dari kebaikan terutama dari segi kesihatan.

Ok meh kak fara cerita kenapa tak elok pakai baju dan seluar ketat time mengandung ni.

Sebab 1: Pedih Ulu Hati

Selain selalu rasa pedih ulu hati semasa mengandung disebabkan pemakanan,kadang-kadang disebabkan pemakaian yang ketat pun boleh menyumbang sama taw.

Kalau mommies pakai baju yang ketat terutama di bahagian pinggang, sebenarnya boleh mengundang pedih ulu hati yang mana salah satu masalah kesihatan yang buat kita kurang selesa. Tak senang duduk taw bila pedih ulu hati ni.

Sebab 2 : Jangkitan Kulat

Ok,bila mommies pakai seluar yang ketat sampaikan ‘cik adik’ kita tak boleh bernafas, mommies sebenarnya mengundang penyakit je.

Mana taknya, dahlah pakai seluar ketat, kain pulak jenis tak menyerap peluh tak berangin. Jadi kawasan cik adik tu tak selesa jadinya.

Pengudaraan pun tak ada. Malah kawasan cik adik kita boleh jadi lembap dan yis dan kulat boleh tumbuh dengan galaknya. Sebab tulah asyik nak menggaru je tang tu.

Sebab 3 : “Tempah” Sakit

Ni la orang cakap, sakit jangan di cari. Sebab tu orang-orang dulu marah bila pakai baju ketat time pregnant ni. Bila time pregnant, elakkan baju dalam yang ketat sebab boleh buat bawah lengan, belakang badan dan dada kita rasa sakit. Utamakan coli yang tidak ada besi.

Sebab 4 : Alirah Darah Terganggu

Kadang-kadang bila baju terlalu ketat, sampai pusat pun nampak nak tersembul, bukan sahaja buat kaum Adam ni ‘cuci mata’ FREE je, malah mommies akan mudah rasa cramp sebab aliran darah boleh terganggu bila ketat sangat. Bukan pada mommies je, yang lelaki kalau pakai ketat sangat pun sama jugak.

Sebab 5 : Adab Kat Mana?

Sebagai seorang muslim, kita sedia maklum kewajipan menutup aurat itu wajib tidak kira lelaki mahupun perempuan. Jadi tidak kira la mommies hamil atau pun tidak, utamakan kewajipan menutup aurat ye.

Jangan terlalu ikutkan gaya nak #ootd sangat macam kawan-kawan lain sampaikan tuntutan Islam diketepikan. Tak salah kalau mommies nak bergaya time mengandung, tapi janganlah sampai jadi macam ‘balut nangka’ orang kata.

Jadi kak fara harap mommies boleh faham ye kenapa Islam tidak menggalakkan kita memakai pakaian yang ketat dan sendat baik ketika hamil ataupun tidak.

Banyak kekurangan dari kelebihannya.

Kalau mommies rasa tetap nak nampak cantik tetatpi bergaya, apa kata mommies pergi cuci mata tengok koleksi baju-baju mengandung yang cantik tapi murah di Furby Moms?

Dah la murah, cantik dan trendy pulak tu. Ok mommies, jumpa next artikel taw!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *