Tips & Panduan

5 Tip Mudah Ceraikan Susu Badan Dari Anak, Sangat Membantu !

5 Tip Mudah Ceraikan Susu Badan Dari Anak, Sangat Membantu !

5 Tip Mudah Ceraikan Susu Badan Dari Anak, Sangat Membantu ! – Kadang-kadang mencuit hati jugak bila kak fara baca persoalan yang sering ibu-ibu menyusu tanya di group Facebook Kelab Menyusu tempoh hari.

“jenuh nak putuskan susu badan dari Aqil ni,macam mana lagi nak buat ye?”

“kopi dah letak,sirap dah letak,semua tak jalan!”

Kebanyakannya suka bertanya bagaimana nak ceraikan susu badan dari anak seawal usia 2 tahun. Bukan senang sebenarnya nak ceraikan susu badan seawal itu. Tambah-tambah lagi kalau si anak tu manja sangat dengan ibunya. Kerja asyik nak menetek je sepanjang masa. Ibu nak buat kerja pun susah.

5 Tip Mudah Ceraikan Susu Badan Dari Anak, Sangat Membantu !

Bercerai Susu Awal, Bagus Atau Tidak?

Mengikut pemahaman kak fara, waktu yang sesuai untuk bercerai susu adalah membiarkan anak kita sendiri menentukan bilakah dia mahu berhenti menyusu badan (baby-led weaning).

Tapi terpulanglah kepada kita sendiri untuk menentukan apa yang terbaik bagi diri dan anak kita.

Kalau korang nak menghentikan penyusuan badan cara perlahan-lahan sebelum bayi berumur satu tahun, korang perlu menggantikannya dengan susu formula. Boleh mencampurkan susu ibu dan formula semasa bayi korang membuat transisi ini.

Penyusuan badan adalah masa yang amat istimewa dalam kehidupan seorang ibu, dan menghentikannya merupakan satu pengalaman penuh emosi. Pada mulanya kita mungkin sedih yang tempoh masa ini sudah selesai, tetapi juga gembira sebab mendapatkan kembali badan idaman.

Berita yang paling baik ialah bahawa bercerai susu tidak akan menamatkan ikatan mesra yang si ibu dan bayi telah jalinkan sepanjang tempoh menyusu. Sebenarnya, penyusuan badan merupakan permulaan dalam hubungan istimewa si ibu dan anak.

Susahnya Nak Bercerai Susu !

Memang kak fara tak nafikan sangat susah sebenarnya untuk bercerai susu.

Tak semudah melafazkan cerai ye! Hehe.

Hatta Kak Fara sendiri pun dah cuba bermacam-macam cara untuk ceraikan susu badan dulu. Tapi sekarang jangan risau sebab kak fara akan kongsikan tips mudah untuk ceraikan susu badan dari si kecil.

InsyaAllah kalau korang amalkan 5 tip mudah ceraikan susu badan dari anak, sangat membantu ! ini dan buat secara konsisten lama-kelamaan proses untuk ceraikan susu badan akan menjadi mudah.

Bukan sekali buat terus jalan taw!

Tips Ceraikan Susu Badan 1 : Ajak Anak Beli Sippy Cup/Cawan/Botol Air

Cuba bawak anak ke pusat beli-belah dan ajak dia pilih sippy cup/cawan/botol air yang dia minat. Ini untuk ‘mengumpan’ si anak untuk mula minum susu/air dari cawan/botol air kesukaannya. Masa ni jangan kenalkannya dengan botol susu!

5 Tip Mudah Ceraikan Susu Badan Dari Anak, Sangat Membantu !

Tips Ceraikan Susu Badan 2 : Berikan Susu Bila Dipinta !

Yang ni hanya berikan susu bila anak minta sahaja. Jangan offer!

Dalam masa yang sama,berikan real food yang berkhasiat dan mengenyangkan pada setiap waktu makan dan juga snack time. InsyaAllah Kak Fara yakin si kecil akan mula memahami dan melupakan susu badan.

Tips Ceraikan Susu Badan 3 : Kenalkan Dengan Fresh Milk

Tips ni kak fara sarankan kepada si kecil yang melebihi setahun dan tidak mempunyai alahan kepada susu dan lactose intolerance.

Korang boleh mula kenalkan dengan fresh milk yang dituang ke dalam cawan atau botol air.

Tapi sekiranya si kecil menolak,cuba variasikan dengan pelbagai perisa. Sebagai contoh, kak fara akan blendkan dengan kurma,strawberri atau coklat. Tapi ingat, fresh milk ni bukan pengganti kepada susu ibu, tetapi sebagai sebahagian dari pemakanan seharian.

Susu kambing dan susu badan pun bagus!

Tips Ceraikan Susu Badan 4 : Pastikan Anak Kenyang

Ok yang ni sangat penting. Si ibu sebolehnya sebelum tidur,pastikan si anak kenyang. Jadi bila si anak kenyang,pada waktu malam tak delah dia mintak susu kan? Atau erti kata lain nak mengempeng waktu malam. Dan kalau boleh, sediakan botol berisi air sebagai persediaan kalau anak bangun pada malam hari.

Tips Ceraikan Susu Badan 5 : Ceraikan Dengan Kasih Sayang

Mungkin ada ibu yang fikir cara ni sangat susah.

Sebenarnya kak fara lebih suka kalau ibu-ibu gunakan cara ini sebagai langkah pertama sebelum beralih kepada cara yang lain.

Guna psikologi dalam situasi ini.

Cuba terangkan kepada anak dengan sebaiknya. Memang mereka tidak mengerti dan tidak boleh bercakap lagi. Tetapi sebenarnya jauh di sudut hati mereka, mereka akan faham lama-kelamaan. Belai dan beri kasih sayang secukupnya kepada mereka.

Pujuk dan jelas secara lembut sambil memeluk anak setiap kali dia meminta.

Buat berulang kali sambil memberitahu anak bahawa kita sangat sayangkanya.Yang ni juga si  ibu perlukan kerjasama dari suami juga.

Minta suami alihkan perhatian anak kalau anak masih meminta pada waktu malam. InsyaAllah lama-kelamaan akan menjadi mudah dan anak mudah lupa untuk menyusu.

5 tip mudah ceraikan susu badan dari anak yang kak fara kongsikan di atas mungkin memberi kesan yang berbeza kepada setiap orang. Ada yang kalau dah cuba tips 1, terus boleh bercerai susu.

Ada yang tidak. Jadi ringkasnya,cuba kesemua mengikut kesesuaian masing-masing. InsyaAllah kak fara yakin ibu-ibu boleh bercerai susu dengan mudah.

Nanti kalau menjadi salah satu cara di atas,kongsi dengan kak fara ye?

Jumpa di artikel seterusnya!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

1 thought on “5 Tip Mudah Ceraikan Susu Badan Dari Anak, Sangat Membantu !”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *