Tips & Panduan

5 Tips Mudah Beri Susu Badan Melalui Botol Susu Kepada Bayi

5 Tips Mudah Beri Susu Badan Melalui Botol Susu Kepada Bayi

5 Tips Mudah Beri Susu Badan Melalui Botol Susu Kepada Bayi – Normal la bila si kecil asyik nak mengempeng je kan? Kak fara dulu masa menyusukan mariam pun macam tu.Tapi kena ajar juga dia pakai hisap susu badan melalui botol.

Alamatnya kalau tak ajar, memang tak terbuat la kerja-kerja rumah. Bagi ibu-ibu menyusu yang hampir mengakhiri cuti bersalin, selalunya mereka akan mula mengajar bayi mereka untuk minum susu badan melalui botol susu. Nak ajar anak kecil pakai botol ni ada caranya jugak.Jangan ibu main sumbat je taw. Nanti lagi susah.

Ibu-ibu pasti sedih, setelah penat lelah mengepam susu, tapi si kecil itu tidak mahu minum pula kerana mereka lebih mahu minum terus dari badan anda. Jadi hari ni kak fara nak kongsi dengan ibu semua 5 tips mudah untuk beri susu badan kepada si kecil melalui botol.

#1. Berikan botol susu ketika mengantuk

Ketika bayi memasuki fasa mengantuk, mereka akan menjadi mamai dan lebih mudah menerima. Berikan botol susu ketika ini. Atau ketika mereka baru bangun tidur.

#2. Cuba pelbagai jenis puting

Kadang-kala, bayi tidak suka dengan puting yang digunakan.

Jadi, cuba pelbagai puting yang berlainan tekstur, bentuk dan saiz, jika ia menepati bayi anda.

Lama-lama, mereka akan pilih untuk minum dari botol susu.

5 Tips Mudah Beri Susu Badan Melalui Botol Susu Kepada Bayi

#3. Beri botol susu ketika mandi

Ketika mandi dengan air yang suam, bayi akan lebih relaks dan lebih menerima apa yang ditawarkan kepadanya.

Jadi, gunakan peluang ketika mereka relaks untuk cube mengenalkan botol susu kepadanya.

#4. Pelbagai posisi

Kadang-kala, disebabkan posisi memberi susu botol adalah sama seperti posisi diberikan susu badan, mereka enggan menerima botol susu.

Cuba pelbagaikan posisi agar mereka tidak keliru dengan posisi menyusu badan.

Contohnya memberi botol susu ketika mereka sedang baring.

#5. Dapatkan bantuan orang lain

Sebenarnya ibu ada bau susu yang kuat hingga menyebabkan mereka akan mencari susu badan.

Jika keempat-empat cara di atas masih tidak berjaya, cuba dapatkan bantuan orang lain seperti suami.

Sebab tiada bau susu, bayi akan lebih memilih untuk menerima sahaja botol susu yang dihulurkan.

Semoga 5 tip mudah beri susu badan melalui botol susu kepada bayi ini dapat membantu memudahkan usaha ibu memperkenalkan botol susu kepada si kecil. Kak fara yakin ibu-ibu boleh buat!

Selamat mencuba 🙂


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

2 thoughts on “5 Tips Mudah Beri Susu Badan Melalui Botol Susu Kepada Bayi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *