teknikpernafasanbersalin
Tips Ibu Hamil

6 Teknik Pernafasan Yang Betul Semasa Sakit Bersalin

6 Teknik Pernafasan Yang Betul Semasa Sakit Bersalin | Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, hari ni MB akan kongsikan 6 teknik pernafasan yang betul semasa sakit hendak bersalin. Jadi,bila korang semua dah tahu teknik-teknik pernafasan yang betul, korang dapat mengelakkan dari terjadinya ‘panic attack’ semasa dalam labour room nanti.

Relaks Penting Sebagai Teknik Pernafasan Sakit Hendak Bersalin

Semasa contraction terjadi terutamanya,cuba fikirkan perkataan ‘relaks’. Semasa tarik nafas sebut perkataan ‘re’ .Dan semasa hendak hembus nafas, sebut ‘laks’. Ulang teknik ni berulang kali semasa contraction. Pastikan tarik nafas secara pendek sahaja melalui hidung dan hembus secara perlahan melalui mulut.

teknik-meneran-yang-betul-ketika-bersalin
Jangan menjerit semasa contraction.Simpan tenaga sebanyak yang mungkin untuk meneran

Kiraan Sambil Bernafas Teknik Pernafasan Sakit Hendak Bersalin

Buat kiraan 1-3 atau 1-4 (atau sebarang nombor yang anda suka) semasa menarik nafas. Seterusnya semasa menghembus nafas, cuba kira 1-3 atau 1-4 juga. Anda akan dapati semasa menarik nafas adalah lebih selesa mengira 1-3 & 1-4 semasa menghembus nafas.

Tarik Melalui Hidung Dan Hembus Melalui Mulut Teknik Pernafasan Betul

Tarik nafas melalui hidung dan hembuslah perlahan-lahan melalui mulut. Buatlah bunyi menghembus nafas seperti oooohhh atau aaaaahhh kerana ia akan melegakan. Semasa proses kelahiran, minum sedikit air masak semasa sela kontraksi bagi mengurangkan kekeringan mulut.

Jangan Panik Semasa Kontraksi Membantu Pernafasan Yang Betul

Ya, MB nampak ramai mak buyong panik semasa kontraksi. Terutamanya ibu muda yang tiada pengalaman langsung. Adalah semulajadi semasa sakit bersalin kita mengalami kontraksi.Tetapi jangan panik!

Apa yang paling penting semasa sakit kontraksi adalah sedut nafas pendek-pendek melalui mulut dan hembus cepat-cepat melalui mulut juga. Buat seperti anda tercungap-cungap. Lakukan dalam keadaan tenang & jangan kosongnkan paru2 sebelum menyedut nafas seterusnya.

teknik pernafasan yang betul ketika bersalin

Bernafas Dengan Bijak Semasa Gesaan Meneran

Tarik nafas 2 kali melalui hidung, dan lepaskan melalui mulut. Bila dah takde gesaan meneran lepaskan nafas seperti biasa.

Ingat Teknik Nafas Ini!

Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan melalui mulut juga. Ini untuk mengelakkan bayi yang sudah berada dipintu serviks termasuk kedalam semula.

Adalah sangat penting untuk bakal ibu ketahui teknik pernafasan yang betul semasa sakit hendak bersalin. Bila ilmu ini sudah penuh di dada, banyak komplikasi yang tidak diingini dapat dielakkan seperti bayi stress di dalam kandungan,bayi lemas atau situasi bayi tersepit di pintu rahim.

Jadi MB nasihatkan supaya para pembaca hadam dan ingat betul-betul setiap teknik pernafasan yang MB sudah kongsikan di atas sebagai kegunaan di dalam bilik bersalin nanti.Yang penting,jangan panik ! Dan bernafas dengan betul.

Wslm.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

2 thoughts on “6 Teknik Pernafasan Yang Betul Semasa Sakit Bersalin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *