7 Faktor Perlu Bersalin Secara Pembedahan Caesarean
Tips Ibu Hamil

7 Faktor Perlu Bersalin Secara Pembedahan Caesarean

7 Faktor Perlu Bersalin Secara Pembedahan Caesarean – Assalamualaikum pembaca setia blog MB. Kalau MB bertanya kepada setiap ibu diluar sana yang sedang sarat mengandung sekarang, MB cukup yakin kebanyakannya bersetuju untuk bersalin secara normal berbanding bersalin dengan cara pembedahan. MB tak nafikan, tidak ramai yang mahu bersalin dengan kaedah pembedahan kerana 7 faktor perlu bersalin secara pembedahan caesarean ini.

1. Sakit

Ya, ramai ibu-ibu mengatakan bahawa mereka yang bersalin secara normal adalah hebat kerana terpaksa menanggung sakitnya ketika kontraksi berlaku, merasai kepedihan jahitan episiotomi, kehabisan nafas meneran sedaya upaya sehingga berada di hujung nyawa. Namun ingin MB tegaskan disini, ibu yang melahirkan anak melalui cara pembedahan juga akan merasai kesakitan yang hampir sama dengan ibu yang bersalin secara normal. Mereka akan dibius dengan ubat bius yang paling kuat, perutnya dibelah dan disiat-siat lapisan demi lapisan untuk menyambut bayi yang tercinta. Sakit tau!

2. Berpantang

Tidak ada apa yang perlu dihairankan. Menurut adat kita, selepas bersalin memang ada fasa bertenang yang orang kita kenali sebagai tempoh berpantang. Untuk yang melahirkan bayi secara normal pun akan melalui fasa ini. Cuma bezanya, mereka yang bersalin secara normal pantangnya tidaklah terlampau ketat jika dibandingkan dengan mereka yang bersalin dengan menggunakan kaedah pembedahan. Sudahlah pantangnya lebih cerewet, tempoh pantangnya boleh jadi lebih panjang daripada kebiasannya.

Sebab itu ramai yang tidak suka bersalin secara pembedahan. Tetapi, tidak semua yang bernasib baik diberi peluang untuk bersalin secara normal. Ada juga si ibu tiada lagi pilihan lain selain terpaksa memilih untuk bersalin dengan kaedah pembedahan ini. Sebab apa?

3. Si Ibu Mempunyai Komplikasi Penyakit

Jika si ibu menghidap penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, komplikasi jantung dan sebagainya, doktor mencadangkan si ibu melahirkan anak dengan kaedah pembedahan. Ini kerana, risiko yang terpaksa ditanggung oleh si ibu jika mereka memilih untuk bersalin secara normal adalah sangat tinggi.

4. Plasenta Previa

Apa bendanya ni? Pasti pembaca MB ada yang tak tahu kan? Plasenta previa adalah keadaan dimana posisi uri berada di bawah peringkat 3/4. Dan jika si ibu masih berdegil untuk bersalin secara normal, ianya adalah sangat bahaya. Kebiasannya akan mencadangkan dengan tegas agar si ibu memuat pembedahan untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa dengan izin Allah. Posisi uri di bawah peringkat 3/4 yang berbahaya jika melahirkan secara normal.

5. Bayi Pernah Meninggal

Jika sebelum ini si ibu pernah mempunyai peristiwa hitam kehilangan bayinya ketika berjuang untuk melahirkannya secara normal, maka kebiasannya doktor tidak lagi akan mengambil risiko ini. Cadangan supaya melakukan pembedahan adalah lebih baik.

6. Tali Pusat Terbelit

Tali pusat terbelit! Bukan MB nak menakutkan sesiapa tetapi situasi ini yang sangat buruk kerana si ibu berisiko untuk meninggal dunia dek hypoxia sekiranya langkah awal tidak diambil. Masalah ini terjadi apabila air ketuban pecah, dan tali pusat terhimpit sehingga menganggu oksigen untuk sampai kepada bayi. Pembedahan adalah jalan yang terbaik.

7. Kedudukan Uri

Kedudukan uri yang tidak berada di tempat yang sepatutnya adalah sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa ibu dan bayi itu sendiri. Maka, doktor akan memilih supaya si ibu menjalani pembedahan untuk bersalin daripada bersalin secara normal.

8. Bayi lemas

Apabila degupan jantung bayi jadi semakin melemah, kita tahu satu perkara iaitu bayi sedang lemas! Mungkin bayi tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan dia perlu dikeluarkan dengan kadar yang segera.

Jadi MB berharap para ibu yang bakal bersalin perlu tahu 7 faktor perlu bersalin secara pembedahan caesarean ini. Jangan terlalu takut apabila doktor menyarankan bersalin secara Caesarean kerana hanya satu tujuan iatu untuk menyelamatkan bayi yang bakal lahir dan menstabilkan kondisi si ibu.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

1 thought on “7 Faktor Perlu Bersalin Secara Pembedahan Caesarean”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *