Air Ketuban Kurang, Ini Tips Banyakkan Air Ketuban
Tips Ibu Hamil

Air Ketuban Kurang, Ini Tips Banyakkan Air Ketuban

Air Ketuban Kurang, Ini Tips Banyakkan Air Ketuban

Air Ketuban Kurang, Ini Tips Banyakkan Air Ketuban – Mesti ramai ibu di luar sana yang mengalami masalah air ketuban kurang kan? Setiap hari kak fara dapat persoalan bagaimana untuk banyakkan air ketumban.

Jadi berdasarkan pengalaman kak fara dulu. Bila air ketuban kurang, ini tips banyakkan air ketuban. Kak fara akan kongsikan bagaimana untuk banyakkan air ketuban. Jadi ibu-ibu di luar sana lepas ni tak perlu risau lagi.

Air Ketuban Kurang, Ini Tips Banyakkan Air Ketuban

Minum Air Kelapa

Ada yang berpendapat minum air kelapa boleh memperbanyakkan air ketuban.

Kak Fara memang dah cuba cara ni.Tapi kak fara mula minum air kelapa ni bila usia kandungan sudah memasuki trimester kedua.

Sebab ada yang mengatakan pada awal kehamilan, pengambilan air kelapa tidak digalakkan sangat sebab tajam. Sejauh mana kebenarannya kak fara tak tahu memandangkan bergantung pada ketahanan badan masing-masing juga.

Air Ketuban Kurang, Ini Tips Banyakkan Air Ketuban

Makan Tembikai

Selain air kelapa, tembikai juga boleh membantu untuk memperbanyakkan air ketuban.

Tetapi bergantung kepada sesetengah individu juga.

Macam kak fara, time pregnant kak fara tak boleh telan tembikai sebab angin. Sampai muntahkan balik. Padahal tembikai tu favourite sebelum mengandung kot. Hehe.

Air Ketuban Kurang, Ini Tips Banyakkan Air Ketuban

Banyakkan Minum Air Masak

Yang ni memang ramai ibu hamil di luar sana yang gagal buat.

Sebabnya lebih ramai gemarkan minuman berais daripada minum air masak. Kononnya nanti kena berpantang ais lama. Adehhh. Kak fara memang kaki minum air masak.

Tiap masa mesti ada bekal botol air masak. Ibu hamil sangat memerlukan air masak yang banyak. Penting untuk tumbesaran bayi dan kesihatan ibu itu sendiri.

Rehat Secukupnya

Ibu hamil juga kena rehat yang cukup. Jangan stress.

Bila ibu hamil stress, banyak benda dalam badan akan terganggu termasuk tumbesaran bayi itu sendiri. Kak fara pun ada stress juga masa hamil dulu, tapi cepat-cepat switch mood. Jangan stress lama-lama taw!

Semoga tips untuk banyakkan air ketuban yang Kak fara kongsikan di atas membantu ibu hamil di luar sana. InsyaAllah.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *