Tips & Panduan

Bagaimana Cara Betul Buang Kahak Dan Lendir Bayi

Bagaimana Cara Betul Buang Kahak Dan Lendir Bayi

Bagaimana Cara Betul Buang Kahak Dan Lendir Bayi – Kalau bayi meragam, ibu mana yang tak susah hati kan?Hatta kak fara sendiri, kalau si Mariam merengek sebab tak sihat, boleh jadi meroyan kejap sebab risaukan dia punya pasal.

Naluri ibu selalu dekat dengan bayi.

Jadi bila anak kita sakit, memang ibu tak senang duduk. Kak fara dapat rasakan semua tu. Salah satu penyakit yang merungsikan ibu bila si anak selsema dan batuk.

Bayi ni masih kecil.

Diorang mana pandai nak keluarkan kahak dan lendir selsema dengan sendiri kan?

Jadi kita sebagai ibu, kenalah tolong diorang untuk keluarkan. Jadi hari ni kak fara nak share dengan ibu-ibu semua bagaimana cara buang kahak dan lendir bayi.

Cara Buang Kahak Dan Lendir Bayi

1. Ketuk beberapa ulas bawang putih.

2. Masukkan bawang putih tersebut ke dalam sebesen air panas yang masih berwap

3. Baringkan bayi anda menghadap besen berwap. pastikan kepala lebih rendah dari kaki

4. Serkup kepala byi dengan kain lampin supaya wap tidak terbebas atau menyejuk dengan cepat dan bayi dapat menyedut wap bawang putih sepenuhnya

5. Hati-hati dan pastikan tangan bayi tidak menggapai besen

6. Tepuk bahagian belakang badan bayi disebelah kiri dan kanan dengan tangan dibentukkan “cupping” untuk longgarkan kahak dalam paru-paru

7. Jangan panik jika bayi anda menangis dengan kuat. itu lebih bagus kerana paru-paru akan mengembang dan memudahkan lendir untuk keluar

8. Lakukan selama 10-15 minit, 2 atau 3 kali sehari. ulang sehingga simptom2 berkurangan

Ibu-ibu boleh cuba bagaimana cara betul buang kahak dan lendir bayi di atas.

InsyaAllah sangat membantu.

Hatta kak fara sendiri pernah cuba kaedah ni.

Ingat ye ibu, kalau lendir dan kahak tidak keluar melalui najis bayi, ibu kena pantau keadaan bayi tu.

Kalau berlarutan makin teruk, segera ke klinik dan hospital berhampiran ye.

Selamat mencuba!

Sumber: Cahaya Mata


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *