Tips & Panduan

Bagaimana Cara Nak Elakkan Bayi Meruam Melecet Di Pelipat?

Bagaimana Cara Nak Elakkan Bayi Meruam Melecet Di Pelipat?

Bagaimana Cara Nak Elakkan Bayi Meruam Melecet Di Pelipat? – Benda ni memang selalu terjadi pada baby kan? Tambah-tambah kalau baby tu dah berketak-ketak badan dia hehe.

Comel tu memang la comel. Tapi kalau mommies tak pandai jaga dekat celah lipatan diorang, nanti mudah naik ruam taw. Si mariam tu pun pernah kena. Nasib baik sempat kak fara elak dari jadi makin parah.

Bagaimana Cara Nak Elakkan Bayi Meruam Melecet Di Pelipat?

Baby pulak bila dah semakin parah ruamnya,diorang mana tahu bercakap lagi nak bagitahu sakit. Menangis ajelah jawapannya. Jadi mommies kena ambil berat perihal ni taw. Jangan ambil mudah.

Biasanya baby mudah terkena ruam bila :

  1. Bekas lelehan susu yang terkena kulit
  2. Peluh
  3. Lelehan lebihan air bilasan mandi yang tidak dikeringkan betul-betul pada kulit
  4. Cuaca yang panas dan lembab
  5. Allergic kulit yang teruk

Cara-Cara Elakkan Ruam Pada Bayi

Jadi jom kak fara share dengan mommies macam mana cara elakkan bayi meruam melecet di celahan pelipat.

1. Pastikan mandikan bayi dengan air suam

Bagaimana Cara Nak Elakkan Bayi Meruam Melecet Di Pelipat?
2. Semasa mandi, tidak perlu sabun atau sebarang antiseptik. Cukup sekadar  anda menyediakan sehelai tuala kecil.
Bagaimana Cara Nak Elakkan Bayi Meruam Melecet Di Pelipat?
Basahkan tuala kecil dengan air suam.
Lap dan sapukan tuala basah tersebut dikawasan ‘spot’ ruam contoh dipelipat leher, ketiak, celahan lengan, celahan kaki, celahan kelengkang yang berketak-ketak, belakang telinga dan di bahagian pipi.

Bahagian pipi selalunya timbul kesan ruam kerana bekas lelehan susu. Kadang-kadang bukan sekadar ruam, pipi mereka boleh berkerak pula. Alaaa,dah tak comel nanti bayi sekiranya tidak dibersihkan segera.

3. Selepas mandi, pastikan bayi dilap sekering-keringnya dengan tuala yang kering sekali lagi di kawasan ‘spot’ yang disebutkan tadi. Kawasan ‘spot’ tersebut perlu lebih perhatian.

Peringatan : Belek betul-betul di kawasan spot sehingga betul-betul tiada lembapan atau air di situ. Selak-selak la sikit spot tu. Air lembapanlah yang akan menyumbangkan kepada ruam nanti. Sekiranya dibiarkan dalam jangkamasa yang lama akan mengakibatkan kulit mereka kemerahan seperti dihiris

4. Pastikan lampin sering ditukar terutamanya yang kulit sensitif. Ikut pengalaman saya, bayi yang menyusu badan sepenuhnya kerap kali buang air besar ketika dalam pantang.

Bagaimana Cara Nak Elakkan Bayi Meruam Melecet Di Pelipat?

Boleh dikatakan setiap jam akan buang air. Kekadang tu lepas salin lampin dah membuang lagi.

Saat ini, ibu perlu beri sepenuh perhatian memastikan bayi dalam keadaan bebas najis.

kalau dibiarkan walau seminit, punggung bayi akan mulai kemerah-merahan. Lebih parah sekiranya melecet. Bila dicuci dengan air tentu pedihkan. Bayi tak tahu nak cakap, menangis sajalah tahunya.

5. Elakkan guna bedak keterlaluan, atau tidak perlu guna bedak langsung.

6. Elakkan guna ubat sapu mengandungi paraben atau steroid. Kesian kulit bayi yang masih halus mulus dicemari dengan bahan kimia merbahaya.

7. Lebih elok gunakan sapuan semulajadi antaranya tepung ubi.

Tetapi sekiranya bayi mengalami demam yang tinggi,ruam tak hilang walaupun macam cara dah cuba dan berpanjangan 3-4 hari,kena segera jumpa doktor.Bimbang takut jangkitan lain pulak yang jadi.
Kak fara harap perkongsian kak fara bagaimana cara nak elakkan bayi meruam melecet di pelipat ini dapat bantu mommies yang tengah runsing sebab anak kena ruam ye.Yang penting, pastikan celah lipatan baby sentiasa kering taw.
Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *