Tips & Panduan

Bagaimana Cara Nak Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi ?

Bagaimana Cara Nak Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi ?

Bagaimana Cara Nak Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi ? – “Tak apa ke kalau lidah bayi putih ni? Takut kalau dibiarkan nanti makin tebal pula lapisan susunya. Tapi, perlukah dibersihkan? Nak guna apa?”

Mesti ibu-ibu perasan kalau bayi yang menyusu biasanya memiliki lidah berwarna putih susu kan?

Tidak kiralah sama ada bayi meminum susu badan mahupun susu formula, lapisan susu ini boleh bertukar menjadi lebih tebal dan seterusnya membentuk kulat susu yang dikenali sebagai candidiasis atau ‘oral thrush’.

Menurut sumber oleh BabyCenter, kadangkala kulat ini boleh membiak dan merebak, lalu menyebabkan jangkitan.

Persekitaran yang panas, lembap dan bergula, iaitu keadaan yang terdapat dalam mulut bayi semasa menyusu adalah persekitaran yang sempurna untuk ianya membiak.

Jadi jom kak fara share dengan ibu semua macam mana nak hilangkan putih susu pada mulut bayi dengan 5 cara yang mudah ni.

5 Cara Nak Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi

1. PASTIKAN SAMA ADA IANYA JANGKITAN KULAT ATAU LAPISAN SUSU

Bagaimana Cara Nak Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi ?

Pertama sekali, perhatikan tompokan putih pada lidah bayi dengan teliti. Jika ianya boleh dibersihkan dengan mudah menggunakan kain lembap yang bersih, ia hanyalah sisa lapisan susu.

Namun, jika anda mendapati terdapat lapisan tebal yang sukar dihilangkan dan beberapa tompokan lagi dalam mulut bayi, ia mungkin jangkitan kulat.

Kadangkala, bayi turut menunjukkan simptom kesukaran menyusu dan beberapa tanda ketidakselesaan lain. Kalau jadi macam tu,ibu kena bawa bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dengan segera.

2. CUBA BERSIHKANNYA

Bagaimana Cara Nak Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi ?

Ibu boleh cuba lilitkan kain bersih pada jari ibu. Paling mudah, gunakan kain lampin dan kemudian celupkannya dalam air putih / air suam sebelum digosokkan pada selaput putih di mulut bayi anda.

Buat perlahan-lahan dan tidak menyakiti bayi. Lakukan rutin ini dengan kerap setiap hari untuk menjaga kebersihan mulut bayi.

3. UTAMAKAN RUTIN KEBERSIHAN SEBELUM & SELEPAS MENYUSU

Selain menjaga kebersihan mulut bayi, penting juga untuk ibu memastikan kebersihan puting payudara atau puting silikon yang digunakan setiap kali menyusu.

Bagi yang menyusu badan, ibu boleh mencuci puting payudara dengan air kosong terlebih dahulu sebelum penyusuan.

Selepas selesai menyusu, pastikan juga puting payudara ibu bersih dan kering kerana puting yang lembab di dalam bra sebenarnya boleh menyebabkan jangkitan kulat.

Jika bayi berusia 6 bulan ke atas, ibu boleh memberi bayi meminum sedikit air suam selepas menyusu untuk membilas mulutnya.

4. MINIMAKAN RISIKO PADA PERSEKITARAN

Bagaimana Cara Nak Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi ?

Selain alatan penyusuan seperti pam susu ibu, cuci dan bersihkan juga alatan mainan bayi serta dengan menggunakan air panas mendidih sekerap mungkin. Ini kerana, bayi cenderung menggigit dan memasukkan kesemua barangan ke dalam mulut.

Cuci tangan sekerap mungkin setiap kali sebelum dan selepas penyusuan. Untuk memudahkan, ibu boleh juga menggunakan hand sanitizer untuk membunuh kuman.

5. KETAHUI TANDA BAHAYA

Apabila mendapati lidah bayi putih, ibu perlulah mencucinya seawal mungkin supaya susu ini tidak berkumpul.

Ini kerana, keadaan ini seringkali disusuli oleh jangkitan kulat di bahagian bawah mulut mereka lalu mengakibatkan sedikit kegatalan.

Walaupun selalunya kulat susu ini tidak merbahaya, ia boleh memudaratkan jika bayi berasa tidak selesa dan enggan menyusu.

Lebih teruk lagi, bayi boleh mengalami demam akibat dehidrasi. Maka, dapatkan pemeriksaan awal jika terdapat sebarang tanda yang mencurigakan.

Kulat Susu Juga Boleh Berjangkit Pada Ibu

Bagaimana Cara Nak Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi ?

Ibu jangan ambil mudah jangkitan kulat susu ni ye memandangkan ianya juga boleh berjangkit pada ibu juga. Menurut laman kesihatan NHS Choices, jangkitan kulat susu atau ‘oral thrush’ ini boleh dipindahkan oleh bayi kepada payudara ibu menyusu.

Antara simptomnya termasuklah rasa sakit ketika menyusu, puting susu yang berubah warna, merekah atau tidak normal. Maka, penting untuk ibu mengetahui tanda awal bagi mengelakkan sebarang kesukaran dan masalah penyusuan.

Walaubagaimanapun, biasanya doktor akan mempreskripsikan krim anti-fungal bagi membolehkan ibu menyusu badan walaupun ibu mengalami jangkitan ini.

Sebaiknya, bawalah bayi berjumpa doktor jika terdapat sebarang jangkitan mahupun kekeliruan samaada ianya kulat atau sisa susu.

Ingat ye ibu-ibu sekalian, rajinkan diri jaga kebersihan bayi. Ikut tip ini bagaimana cara nak hilangkan kulat susu pada bayi ? Kak fara doakan semoga semua urusan ibu dipermudahkan.

1 thought on “Bagaimana Cara Nak Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *