Pengalaman

Belum Habis Pantang, Ibu Ini Kehilangan Anaknya.

Belum Habis Pantang, Ibu Ini Kehilangan Anaknya.

Belum Habis Pantang, Ibu Ini Kehilangan Anaknya.– Satu lagi kisah perkongsian yang mengisahkan seorang bayi meninggal disebabkan asap rokok.

Mungkin asap tu bukan dari si bapa, mungkin dari orang sekeliling. Kak fara harap perkongsian kali ni dapat dijadikan iktibar buat semua pembaca. Belum habis pantang, ibu ini kehilangan anaknya.

Assalamualaikum ..

Dah lama sebenarnya nak kongsi dengan ibu² dalam iih sekalian. Tapi malam ni baru ada kekuatan .

16062017

Dah 4hari keluar darah campur lendir.

Telefon nurse dekat KK bagitau problem. Suruh dtg dekat KD , pgy sana. Refer hspital besar. Check jalan baru 2cm , dr ckp boleh balik. Asbab sebelum ni pun da banyak kali pgy hospital sbb ada spotting tpi dr bg balik sbb dr ckp mybe kesan seluk .

18062017

Lagi skali darah turun tak henti² , makin banyak.

Pastu rasa macam nak meneran je 😂😂 .. Mak dgn hsbnd suh pgy KK sbb risau . Pgy kk , check jalan 2cm . Skali lg KK refer dkt hspital besar , smpai sana dalam kul 12pm.

Dr check contraction skala 7 , tpi sy xrsa skit. Dr siap tanya betul ke dah nak beranak . Huhuhu ,, doktor seluk bukaan 4cm . Tpi masih xboleh masuk labour room sbb penuh.

Pkul 2ptg baru sy rsa contraction, nak duduk xsenang. Pkul 6 naik wad.

Pkul 7 contraction da 5min skali, rasa nk teran je. Tapi baru je nak bgtau nurse , azan maghrib berkumandang. Bagi laluan utk nurse berbuka dahulu sbb sy masih boleh tahan.

Pkul 8.15pm , rasa dah xboleh tahan . Panggil nurse , nurse check jalan da 6-7cm ,, boleh turun kat bawah tapi masih xde kosong dalam LB , ddk bilik rwtn dr pecahkan ktuban , sakitnya Allah je yang tau.

Pkul 9.45pm rsa nak teran sngt2 dah , panggil nurse . minta tolong dengan nurse . Nurse check nurse ckp boleh teran . Pkul 10.50pm , lahirlah puteri sulong kami.

Berat 3.2KG . Alhamdullillah , betul orng ckp .. Sakit bersalin lepas kuar anak hilang skitnya . Allahuakhbar , cuma skit time jahit je 😁 .

16072017

Anak perempuan sy diberi nama NUR FARHAH ‘AAFIYAH BINTI MOHD FAIEZ telah kembali ke rahmatullah . Pinjaman Allah bg selama 27hari tiada galang gantinya.

Anak yang bijak , anak yg pandai 😊 . Selama 27hari , banyak perkara baru yang sy belajar terutama skali pengorbanan seorang ibu .

Kematian anak sy doktor sahkan jangkitan paru2 dengan pendarahan dalaman.

Anak yang sihat, tidak pernah meragam. Tidak pernah menunjukkan tanda2 sakit. Tapi umi abi tetap redha dengan setiap qada qadar Allah swt . Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati .

Belum Habis Pantang, Ibu Ini Kehilangan Anaknya.

Ibu² pantaulah anak² kita yea.

Jauhi dari asap rokok , dari habuk. sy sendiri tidak thu dri mana jangkitan dan dari mana punca pendarahan dalaman. Moga² masih ada peluang utk sy dan suami merasai sekali lgi nikmat memperoleh dan membesarkan cahaya mata kami.

Harini hari ke65 anaksyurga kami berada dgn penciptanya tapi rasa macam baru semalam bermain² dengan bby kami 😊 .

Allah , moga kami terus tabah dengan hari² yang mendatang.

Allah.

Sayunya hati si ibu bila anak yang selama ini tidak pernah meragam, tiba-tiba pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Belum habis pantang, ibu ini kehilangan anaknya.

Kak fara harap,masyarakat di luar sana lebih peka apabila pergi melawat bayi kecil.

Mereka masih kecil,tiada ada keupayaan untuk melawan sebarang penyakit. Kak fara doakan moga ibu ini tabah dalam menghadapi hari yang mendatang. InsyaAllah.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung paling up to date dan terkini sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

1 thought on “Belum Habis Pantang, Ibu Ini Kehilangan Anaknya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *