Pengalaman

Betul Ke Bayi Main Air Liur Buat Rambut Ibu Gugur?

Betul Ke Bayi Main Air Liur Buat Rambut Ibu Gugur?

Betul Ke Bayi Main Air Liur Buat Rambut Ibu Gugur? – Teringat perbualan kak fara dengan mentua.Masa tu si maream ni duk main air liur. Habis basah baju dia. Kebetulan mentua tengok, terus mentua cakap macam ni:

“haaa tu dah main air liur, kejap lagi banyak la rambut mak dia gugur..”

Kak fara macam pelik.

Apa kaitan si maryam punya air liur dengan rambut ibu gugur? haha. Macam dah pelik.

Bila kak fara tanya mak mertua kak fara, dia cakap mak pun tak tahu. Orang tua-tua dulu cakap macam tu jugak. Adeh tak ada jawapan jugak sampai ke sudah.

Betul Ke Bayi Main Air Liur Buat Rambut Ibu Gugur?

Tapi macam biasa, kak fara sejenis yang susah nak berpuas hati. haha. Apa lagi,semangat google sana sini. Survey sana sini sampai jumpa jawapan ni:

Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala kita tumbuh dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat.

Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari

Ketika mengandung, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan jadi terdapat sedikit sahaja rambut yang berada dalam keadaan berehat dan kurang rambut yang gugur setiap hari.

Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen akan jatuh dan banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

Keguguran luar biasa ini akan berkurangan dan rambut anda akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa diantara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

Jadi pendek kata sebenarnya tiada perkaitan antara baby main air liur dengan rambut gugur.Β Tapi lepas balik dari rumah mentua,bila kak fara mandi banyak rambut gugur.Haha.Adakah kebetulan atau memang berkait

Jenuh fikir sebenarnya.

Betul Ke Bayi Main Air Liur Buat Rambut Ibu Gugur?

Tapi sebenarnya keguguran rambut pada wanita ni normal taw. Korang jangan takut ye. Kita sebagai wanita ni ada kira-kira 100,000 helai rambut atas kepala. Takat gugur 10-20 helai,boleh rileks lagi kot. Hehe.

Kalau korang sejenis yang risau,bolehlah potong rambut tu bagi pendek.

Sebab bila rambut dah pendek,Β keguguran rambut pun boleh dikurangkan.Β Malah senang sikit nak sikat rambut nanti. Kadang-kadang bila sikat dengan kasar pun boleh buat rambut gugur taw.

Dari segi pemakanan pun kena jaga.

Banyakkan makan makanan yang berkhasiat. Kalau boleh masak sendiri di rumah dan kurangkan guna bahan penambah rasa seperti MSG tu.

Tu salah satu faktor rambut boleh gugur juga. Masakan panas di kedai tu banyak yang guna MSG, jadi elakkan sekiranya boleh dari terlalu kerap makan di kedai.

Jadi kak fara rasa mommies yang tengah musykil pasal baby main air liur dengan rambut gugur tu rasanya dah dapat jawapan kan? Hehe. Jangan terlalu risau ye. Terlalu berfikir dan risau yang teramat pun boleh jadi punca rambut gugur ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *