Pengalaman

Biar Orang Kata ‘Kedekut’ Anak, Jangan Sampai Nyawa Anak Tergadai

Biar Orang Kata ‘Kedekut’ Anak, Jangan Sampai Nyawa Anak Tergadai

Rokok dengan bayi memang musuh utama bagi kak fara. Bayi tidaklah. Tapi apa yang kak fara nak bagitahu, kak fara memang pantang gila dengan orang yang merokok ni.

Dah nampak kita dukung bayi, tapi masih buat-buat bodoh hembus asap depan kita. Rasa macam nak bagi %^* je dekat dia.

Nak jadi mak ayah ni ilmu kena banyak taw. Jangan tahu buat anak je. Jangan tahu beri duit pada anak je. Mak ayah paling penting dalam nak pastikan anak membesar dengan sihat.

Kalau suami mommies ada yang merokok lagi,tolonglah.

Tolong sangat-sangat mintak dia berhenti.Jangan secara drastik, tetapi secara perlahan-lahan asalkan berhenti. Merokok ni terlalu banyak kesan buruknya.

Tak jadi pada kita, jadi pada anak kita.

Macam kisah mommies kat bawah ni:

Benarlah ilmu itu luas..dulu umie xtahu n xpernah ambil tahu.. bila renung wajah anak sendiri YALLAH what should i do??

I love him so much n will do anything for him… how can i convience other people?? Patotla ada ibu2 kat luar sana sanggup menjauhkan anak dr org…

Selalu jugak dengar.. ALAHHHH!! Anak ak ok je hidup jugak sampai sekarang… ALLAH belum uji lagi… now aku diuji dgn perasaan takowt yg teramat sgt…

Aku perhatikan sikap cerewet mak bapak lain yg betol2 mementingkan kebersihan n persekitaran anak2… basuh tangan sebelum pegang bayi anda yg paling penting jauhi rokok… bila kita terlalu amik tau n cerewet ade yg menganjing ckp kita mengada2… ada yg xamik kesah…lg nampak kita pgg baby lagi dia akar rokok 2..now lihat anak ak sendiri yallah ape ak patot buat!

Credit: Izzati Najib

Sedih kak fara baca.Mungkin tak jadi pada kita hari ni.Esok?Lusa?Kita tak mampu nak kawal semua tu.Jadi jalan yang terbaik adalah cegah semua tu dari awal ye.Jangan sesekali pandang remeh.Bak kata orang,sekali terhantuk baru terngadah.Dah kena baru nak beringat.

Masa tu semua dah tak guna.Jadi sebaiknya biarlah orang kata kita cerewet asalkan kita tak susahkan orang.

Kak fara kongsi cerita ni supaya mommies semua beringat sebelum kena.

Selamat membaca mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *