Tips & Panduan

Botol Susu Yang Sesuai Dan Elok Untuk Bayi Baru Lahir

Botol Susu Yang Sesuai Dan Elok Untuk Bayi Baru Lahir

Botol Susu Yang Sesuai Dan Elok Untuk Bayi Baru Lahir – Sebagai seorang ibu, kak fara yakin semua mommies tahu susu ibu merupakan sumber nutrisi terbaik untuk bayi khususnya pada 2 tahun pertama bayi.

Ikatan antara mommies dan baby juga menjadi lebih erat sewaktu penyusuan.

Tetapi,tidak semua mommies boleh habiskan masa yang panjang untuk menyusukan bayi kan? Memandangkan bukan semua mommies merupakan suri rumah sepenuh masa di sini.

Jadi hari ni kak fara nak share dengan mommies semua botol susu yang sesuai untuk baby newborn dan ke atas.Biasanya tak semua botol susu sesuai untuk baby.

Masalah timbul bila baby tak nak menyusu  bila puting botol tu keras. Yelah, bila dah terbiasa puting ibu lembut je, tiba-tiba mai hisap yang keras semacam. Memang baby tolak lah. Hehe. Mari kak fara kongsikan dengan korang botol susu yang sesuai dan elok untuk bayi baru lahir

Botol Susu Pigeon Wide Neck Sesuai Untuk Newborn

Botol Susu Yang Sesuai Dan Elok Untuk Bayi Baru Lahir
ni rupa bentuk botol susu pigeon wide neck ye. Jangan tertukar dengan slim neck pula. Bezanya dekat puting taw.

Kebanyakan baby newborn lebih memilih botol susu pigeon wide neck.

Buktinya mereka memang jarang sekali menolak bila disuakan botol susu tersebut. Kalau kak fara dulu berganti-ganti botol sebab semua mariam tak nak. Sampailah kak fara jumpa botol susu pigeon wide neck ni.

Botol Susu Yang Sesuai Dan Elok Untuk Bayi Baru Lahir
ini wide neck PP
Botol Susu Yang Sesuai Dan Elok Untuk Bayi Baru Lahir
ini wide neck PPSU

Botol susu Pigeon wide neck ni ada dua jenis taw, Polyphenylsulfone (PPSU) dengan Polypropylene (PP). Kalau botol yang PP ni selalu digunakan dalam produk seharian warnanya lutsinar orang putih panggil Crystal Clear.

PPSU pula gred lebih tinggi dan tahan lama warna seakan-akan madu lebah agak yellowish gitew. Bila bancuh susu nampak macam minum MILO.

Apa Kelebihan Botol Susu Pigeon Wide Neck?

  • Puting yang lembut.
    Dalam banyak-banyak puting memang kak fara pigeon paling lembut.Baby yang baru lahir kalau nak sua dengan pigeon wide-neck ni pun memang dia takkan reject.Pigeon wide neck puting dia lebih lembut daripada slim neck pigeon taw.Jangan salah beli pulak nanti.
  • Puting pigeon peristaltic plus
    Puting ni memang boleh elak dari tersedak susu taw.Tak perlu risau kalau botol susu ni tertonggeng dalam beg ke apa.Memang takkan tumpah.
  • Air Ventilation System (AVS™)
    Sistem AVS ni mengurangkan kemasukan udara ke dalam botol susu yang mana berpotensi mengakibatkan perut bayi menjadi kembung.
  • Polypropylene (PP) material
    Botol susu wide neck ni diperbuat dari material Polypropylene (PP) yang mana tahan lasak dan ringan.Malah botol ni jugak merupakan BPA FREE.

Jadi lepas ni kak fara rasa mommies semua dah tahu nak pilih botol susu apa kan. Pendek kata sebelum mommies semua beli jenama lain, mommies cuba dulu pigeon wide neck ye.

Nanti membazir beli botol susu banyak-banyak tapi baby tak nak. Susah la macam tu. Takkan nak menetek je manjang kan?

Jadi, kak fara harap panduan beli botol susu yang sesuai dan elok untuk bayi baru lahir ini sedikit sebanyak dapat membantu para ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *