Cara-Cara Bertangas Yang Betul Dan Mudah
Tips Ibu Hamil

Cara-Cara Bertangas Yang Betul Dan Mudah

Cara-Cara Bertangas Yang Betul Dan Mudah

Cara-Cara Bertangas Yang Betul Dan Mudah – Ibu-ibu tahu ke apa itu bertangas? Bertangas ini sebenarnya adalah mandi wap.

Mungkin ada yang menganggap ia adalah amalan dalam pantang bersalin, namun sebenarnya ia juga bagus untuk dilakukan setiap kali selepas haid. Bukan untuk ibu sahaja,anak dara pun boleh buat untuk kesihatan rahim.

Cara-Cara Bertangas Yang Betul Dan Mudah

Bertangas juga sebenarnya dapat membantu mengeluarkan peluh serta toksin dari badan.

Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat.Lepas bersalinkan mariam dulu,kak fara terus bertangas lepas darah nifas dah kering.Alhamdulillah memang lega dan menyegarkan sangat-sangat.

Kali ni kak fara nak kongsi dengan ibu semua cara-cara bertangas yang betul dan mudah di rumah.Tak perlu pergi spa. Buat sendiri je dekat rumah taw.

Cara-Cara Bertangas Yang Betul Dan Mudah!

Petua ni memang berkesan sebab segala kekotoran dalam rahim akan keluar apabila bertangas. Cara ini juga mudah dan dapat menjimatkan para surirumah.

BAHAN-BAHAN

Kunyit hidup sebesar ibu jari
Asam keping 4-5 keping
Lada hitam 20 biji
Manjakani 5-6 biji
Sedikit garam kasar (bergantung kepada besar bekas)
Daun sirih 15 keping

CARA-CARA

1. DIDIHKAN AIR

Masukan semua ramuan dan didihkan air di dalam periuk.

2. TUANG DALAM BALDI / BEKAS KHAS

Selepas ramuan dan air dididihkan sekitar 30 minit, boleh tutup api.

Tuangkan semua ramuan di dalam baldi atau bekas khas yang boleh digunakan untuk bertangas.

3. DUDUK DI ATAS WAP

Seterusnya, bolehlah kita duduk di atas wap yang keluar daripada baldi itu. Duduk selama lebih kurang 30minit. Insya Allah, segala kekotoran yang terlekat dalam rahim kita akan terkeluar.

Cara-Cara Bertangas Yang Betul Dan Mudah

Ada yang nak mudah, terus saja duduk atas baldi.

Tapi kalau nak lebih selesa, boleh juga gunakan kerusi berlubang dan aturkan bahan seperti dalam gambar ini.Atau boleh dapatkan kerusi khusus untuk bertangas yang dah banyak dijual di pasaran.

Untuk mendapatkan kesan wap bahan rebusan tadi secara menyeluruh, boleh juga berselubung menggunakan kain pada paras leher sehingga ke kaki (seperti berkemban).

Sementara menunggu tempoh 30 minit tersebut, senaman kemutan otot rahim (senaman Kegel) juga boleh dilakukan untuk kekuatan otot alat sulit dan rahim.

Senang je kan cara-cara bertangas yang betul dan mudah ? Selamat mencuba. Kalau nak share, silakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *