Cara-Cara Untuk Hilangkan Kerak Pada Kepala Bayi
Tips & Panduan

Cara-Cara Untuk Hilangkan Kerak Pada Kepala Bayi

Cara-Cara Untuk Hilangkan Kerak Pada Kepala Bayi

Cara-Cara Untuk Hilangkan Kerak Pada Kepala Bayi – Kalau orang dewasa,biasanya akan diserang dengan kelemumur dan kutu. Sambil duk tengok tv, sambil syok garu kepala,ulit-ulit kulit kepala kan. Sampai tertidur duk melayan kepala. Main kepala la senjata paling berkesan kalau nak tidur dengan cepat.

Tapi kalau pada baby pulak, biasanya diorang ni akan bermasalah dari segi kepala yang bersisik.

Biasanya orang-orang dulu panggil daki kepala. Kalau kak fara tengok daki tu dekat kepala si mariam, rasa gatal je tangan nak kopek buang. Hehe. Tangan ni memang tak boleh duk diam taw.

Tapi bahaya kalau kopek terus!

Ya, bahaya kalau korang terus kopek tanpa letak minyak atau shampoo.

Sebabnya kulit kepala baby ni sensitif sangat taw mommies. Macam kulit bawang. Tak boleh kopek macam kita kopek kepala kita sendiri taw. Jadi jangan gatal nak kopek kepala baby.

Jom kak fara share cara-cara untuk hilangkan kerak pada kepala bayi ni.

#1: Guna Minyak.Tapi Bukan Minyak Sebarang Minyak!

Hehe. Ni bukan minyak masak korang ambil ye. Ambil minyak kelapa dara atau baby oil, letak pada kepala baby. Biar kejap dalam 15 minit bagi kerak tu kembang. Lepas tu sikat guna sikat lembut. Jangan pakai sikat keras tu.Yang tu kepala korang bolehla pakai. Hehe.

Kalau tak nak pakai sikat, korang boleh pakai cotton bud atau kapas yang dah rendam dengan minyak. Perah sikit pastu sapu secara perlahan dekat bahagian kerak tu.

#2: Guna Shampoo Semasa Mandikan Baby

Masa korang tengah mandikan baby,boleh letak shampoo yang lembut dan tidak memedihkan mata baby dekat bahagian kerak kepala tu. Lepas tu gosok dengan perlahan guna sikat lembut atau jari korang ye. Kalau guna jari pulak,jangan tekan kuat sangat ye. Sakit kepala baby nanti. Hehe

#3: Buat Ubat Semulajadi Dari Baking Soda Dan Cuka Epal

Bagi korang yang banyak masa terluang bolehlah cuba kaedah ni.

Macam kak fara memang tak adanya nak buat. Tak sempat nak merenyah buat benda alah ni hehe. Ok, korang boleh cuba campurkan cuka epal dengan air dengan nisbah 1: 2.

Pastu sapukan larutan ni pada kerak kepala. Biarkan selama 15 minit kemudian sikat dengan sikat lembut. Larutan cuka epal ni membantu mengendurkan kulit dan lembutkan kerak kepala.

Kalau nak guna baking soda pulak,campurkan baking soda dengan air dengan nisbah 1 : 1.

Kacau larutan tersebut dan sapu pada bahagian kerak kepala.

Biarkan soda tersebut mengering dekat kepala selama 15 minit. Kemudian sikat dengan sikat lembu macam biasa. Ingat ye, lepas dah buat guna cuka eplal dan soda ni, jangan lupa cuci balik kepala anak tu Hehe.

Tapi kalau kulit bayi luka atau mengelupas,jangan guna kaedah ni ye. Nanti meraung di jiwa tak berhenti anak korang nanti. Jenuh nak diamkan dia haha.

Pergi Klinik Kalau Dah Teruk !

Ok kalau kerak kepala pada baby tu dah kemerah-merahan, mengelupas dan luka,segera ke klinik ye mommies. Jangan nak memandai nak cuba itu ini sendiri dekat rumah.

Kulit kepala baby tak sama macam kulit kepala kita. Kulit kepala kita dah keras macam kulit kelapa dah.haha.

Kulit baby nipis lagi macam kulit bawang taw. Jadi sebaiknya terus ke klinik, Jangan bertangguh! Moga tips cara-cara untuk hilangkan kerak pada kepala bayi ini dapat membantu.

Selamat mencuba ye mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *