Resepi

Cara Masak Bubur Bayi Dan Nasi Dengan Mudah

Cara Masak Bubur Bayi Dan Nasi Dengan Mudah

Cara Masak Bubur Bayi Dan Nasi Dengan Mudah – Bila anak-anak dah masuk 6 bulan, perkara yang mommies paling suka mesti bila nak bagi diorang makan kan? Dalam kepala kak fara boleh agak mesti mommies syok duk fikir nak bagi macam-macam sebab nak suruh diorang besar dengan cepat. hehe.

Tapi bila sampai waktu nak masak,semua pening. Tak tahu macam mana nak masak dengan cepat tapi still nak sedap. hehe

Tak pe, jom kak fara share cara masak bubur bayi dan nasi dengan mudah.

INI CARA NAK JIMAT MASA BUAT BUBUR BAYI, 2-IN-1 SEKALI MASAK NASI!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk bubur. (Bahan nak masak nasi tu, macam biasalah ya.)

BAHAN-BAHAN

  • Ikan bilis / ayam
  • Sayuran ikut kegemaran
  • 1 sudu minyak sayuran

Cara Masak Bubur Bayi Dan Nasi Dengan Mudah

CARA-CARA

Ini pula cara-cara memasak bubur sekali dengan nasi dalam rice cooker.

1. SEDIAKAN ALATAN

Pertama sekali, sediakan peralatan yang akan digunakan iaitu rice cooker dan cawan / mangkuk kecil.

Biasa cawan stainless steel tu saya buang tangannya. Saya tak suka guna yang plastik sebab bahaya. Jadi, macam inilah yang saya buat.

cara buat bubur bayi

2. SUKAT BERAS

Beras dalam cawan dibahagikan kepada 3 bahagian. 1 beras, 2 air.

Kalau nak lembek, kurangkan beras. Agak-agak macam buat bubur. Nasi yang dalamrice cooker kita masak macam sukatan biasalah ya.

3. ISI AIR

Seterusnya, isikan air secukupnya dan letak di tengah-tengah rice cooker.

4. TAMBAH BAHAN-BAHAN PERASA

Selepas itu, masukkan pula bahan-bahan perasa untuk bubur. Ikut sukalah nak bubuh ikan bilis, ayam, sayuran, atau apa-apa bahan lain.

Kemudian saya tambahkan sedikit minyak sayuran. Fungsinya untuk melembutkan lagi bubur. Kalau tak ada minyak sayuran gunakan minyak zaitun, minyak bunga matahari, atau apa-apa minyaklah. Minyak masak biasa pun boleh.

5. MASAK MACAM BIASA

Bila dah bubuh semua bahan, bolehlah masak macam biasa.

6. GAULKAN

Akhir sekali bila dah masak, gaulkan sedikit bubur supaya bubur akan melembut.

Boleh nampak dalam gambar di bawah perbezaan tekstur bubur dan nasi yang dimasak.

SIAP!

Sambil masak nasi, dapat masak bubur sekali. Memang mudah dan menjimatkan masa, kan? Hasilnya bolehlah dapat dalam 2 mangkuk kecil bubur, cukup untuk 2 kali makan.

Wah, lepas ini tak perlu nak masak asing-asing lagi. Nasi dapat, bubur pun siap sekali. Hari-hari dapat bagi bayi makan bubur yang fresh. Tak perlu jaga api, bubur pun takkan hangus. Senang kan? Tak payah pening kepala!

Tips cara masak bubur bayi dan nasi dengan mudah ni semua kak fara baca dari perkongsian dari Puan Musyahadah yang gigih berkongsi cara masak bubur dengan cepat.haha.

Mommies nak tunggu kak fara snap satu-satu jawabnya memang tak kesudah la. hehe

Okai selamat mencuba ye mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *