My Journey Pengalaman Tips & Panduan

Cara Redakan Demam Bayi 6 Bulan Ke Bawah

Cara Redakan Demam Bayi 6 Bulan Ke Bawah – Hari si mariyam demam, kak fara jadi tak senang duduk. Sekarang mariyam dah besar kak fara dah tahu macam mana nak handle dan redakan demam dia.

Tiba-tiba kak fara teringat masa kali pertama maryam demam.

Serius masa tu sebak sedih semua ada. Yelah, kali pertama, anak pertama. Semua jadi serba tak kena.

Tak tahu nak buat apa. Pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena. Runsing fikir pasal mariyam je. Dengar dia merengek je hati dah mula sedih sangat dah.

Cara Redakan Demam Bayi 6 Bulan Ke Bawah

Masa tu tak silap kak fara maryam umur 5 bulan.

Mungkin dia demam masa tu sebab peralihan bulan. Selalu jugak kak fara dengar bila baby nak beralih bulan ni, biasanya akan demam. Jadi kak fara pun redakan jiwa berkecamuk ni dengan fikir macam tu.

Apa kak fara buat masa mariyam mula-mula demam dulu?

1. Cek suhu

Sebenarnya setiap famili WAJIB kena beli alat untuk cek suhu badan taw.

Murah je,pergi beli kat shoppee sana.RM30 je satu.

Bila ada alat untuk cek suhu ni, senang sikit.

Kak fara sejak maryam lahir lagi memang dah beli. Jadi bila demam je, kak fara akan cek setengah jam sekali suhu maryam. Penting sangat-sangat untuk tahu suhu anak kalau demam.

Jangan sampai terlalu tinggi, melarat ke sawan nanti !

2. Mandikan anak sekerap mungkin

Mula-mula kak fara macam kesian taw nak mandikan mariyam yang masa tu baru 6 bulan dengan air sejuk biasa. Tapi hati kena kebal weh.Sabar kejap tengok anak menangis. Mandikan anak sekerap yang boleh sebab nak turunkan suhu badan dia. Memang la dia nangis teriak,tapi kejap je.

3. Bukak baju.Pakai pampers je!

Ya, kalau boleh pakaikan pampers je dekat baby.

Tapi kalau rasa kesian, pakaikan la baju yang nipis dan berlubang-lubang tu. Tujuan kita bogelkan dia sebab nak bagi haba tu keluar dari badan dia. Kalau tak,lambat la nak kebah demamnya.

4. Susu sekerap mungkin

Memang la baby bila dah demam, asyik merengek je.

Susu pun dia tak nak sangat sebab badan tak sedap. Macam kita la jugak, kalau demam makan pun tak nak. Nak tido je sepanjang hari. Tapi bila demam ni, badan baby akan terhidrat lebih cepat, jadi kena paksa juga bagi susu.

5. Jerlum dengan air atau pakai kool fever

Yang ni sebenarnya kena buat supaya suhu dia turun dengan cepat.

Ambil kain nipis celup dengan air paip. Perah pahtu letak dekat celah bahagian lipatan supaya suhu cepat lagi turun. Lap-lap la sama badan dia. Kalau nak lagi cepat, pakaikan kool fever dekat dahi dia.

6. Golek badan dengan telur rebus

Kak fara baca tips ni dari google.

Kak fara buat je. Kata orang usaha selagi boleh demi anak. Kak fara sempat buat 1 biji je sebab mariyam macam meracau sikit sebab sejuk.

Kalau korang nak buat, rebus telur sampai masak. Biarkan telur tu betul-betul sejuk sendiri. Jangan letak dalam peti pulak. Lepas tu kupas dan balut dengan kain nipis. Dan golek dekat satu badan dia. InsyaAllah berkesan.

Mengikut perubatan tradisional Cina, petua menggunakan telur rebus untuk disapu pada kulit telah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Ia dipercayai dapat ‘menarik’ kehangatan atau ketidakseimbangan unsur pada badan yang menjadi punca anak demam.

Tu la antara tips yang kak fara buat. Last sekali jangan lupa doa. Mintak Allah sembuhkan penyakit anak kita dengan cepat. Tak senang duduk bila anak demam ni, risau sangat-sangat taw.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *