My Journey

Charity Zumba Furbymoms Sempena Kempen Kesedaran Payudara

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga makbuyong.com.  Kak fara baru lepas brainstormed dengan designer upahan utk koleksi Raya Baju mengandung Furby Moms untuk tahun 2018. Tahun 2018 insyaAllah akan start marketing lebih awal. Lega rasanya settle satu bab. Niat nk menulis tentang Charity Zumba ahad lepas lama tergendala sebab masa tak mengizinkan.

PADA 22 OKTOBER , AHAD lepas adalah hari bersejarah bagi kak fara & team Furby Moms. Kami anjurkan program Charity Zumba Sempena Kempen Kesedaran Payudara (Pink Oktober) di The Venue Seksyen 15 , Shah Alam. Dan ini merupakan 1st aktiviti charity Furby Moms. Program ini adalah projek kerjasama bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Setiap perserta dikenakan bayaran RM35 kerana sebahagian daripada duit penjualan tiket yang dibeli akan disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional(MAKNA) .

Seramai 300 orang peserta telah menyertai program Charity Zumba Furby Moms

DI SEBALIK TABIR CHARITY ZUMBA FURBY MOMS

Kak fara sangat bersyukur walaupun 1st event charity kami tapi Alhamdulillah perjalan semua lancar walaupun pada awalnya kak fara hampir give sebab kurang sambutan .

3 kali terpaksa tukar plan. 1st plan hanya seorang shj zumba instuctor yg akan beraksi. Kak fara pilih Izzat Zin. Hari petama buka penjualan tiket, Alhamdulillah lebih kurang 40 tiket berjaya dijual . 40 tiket tu daripada follower Izzat Zin sendiri.

FUH! lepas seminggu senyap. Tiada tiket berjaya dijual. Marketing FB dah berjalan, 5000 flyer dah diedarkan dan posting2 di group sekitar Shah Alam tapi langsung tak berkesan.

Terpaksa kaji balik, kak fara call sorang2 kawan utk menanyakan kawan2 . Daripada feedback kawan2, meraka mintak tukar utk perserta hanya LADIES ONLY. So adjust for 2nd plan. LADIES ONLY! Oleh keran dah byr deposit utk Izzat Zin, so tak boleh suka2 untuk batalkan. Maka kami decide untuk tambah sorang lagi zumba insturctor perempuan. Kami pilih Zin Nurin . Ok nampak skit peningkatan pembelian tiket tapi masih tak capai KPI yang kak fara nak.

Lagi seminggu event nak berlangsung.  Seriusly jem. Changes tu 3rd plan – plan C. Kak fara amik masa 1 jam study tentang zumba. Pap! Dapat dah kunci. Setiap Zumba insturctor mesti ada follower masing2. Jadi kak fara cari Zumba Instuctor yg aktiviti di kawasan Shah Alam sebab program kami di Shah Alam.

Zin Alize Jazam dan Zin Shah Bariah Instructor Zumba yang sangat power

Alhamdulillah Zin Alize jazam dan Zin Shah Bariah safe me. Serius depa ni mmg power. Otai! Skali diorg post tiket dekat group berduyun orang nak join. Tq sistur! Capai KPI dah. i owe u.

Pendaftaran peserta seawal jam 8 pagi

Pendaftaran start jam 8 pagi. Ya Allah terujanya 7.45 dah penuh depan laman The Venue. Sepatutnya pendaftaran 8.30 pagi tapi disebab sistur2 zumba dah serbu awal kak fara mintak team lepaskan masuk ke dewan awal.

Peserta bersemangat nak berzumba. Masing-masing berlari cop tempat paling depan

Kak fara lagi teruja sistur2 semua berebut nak masuk dewan cop tempat. Sebagai penganjur Ya Allah tiba2 tegak bulu roma sebab sambutan yg amat menggalakkan.  Zumba diadakan di dalam tempat berhawa dingin sebab ada yang bawa baby. Kak fara perlu consider banyak aspek.

Tepat jam 9, Artis jemputan Linda Jasmin dan family masuk ke dewan. Sistur zumba teruja!

 

Sedikit kata2 alaun daripada kak Fara. Thanks to Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Sponsership partner yg menyumbang goodies dan hadiah cabutan bertuah.

Antara penaja yang menyertai Charity Zumba ini ialah :

  • Youha Malaysia
  • Set Bersalin Danita
  • Body Dream
  • Thread & Lilies
  • Silera HQ
  • Jari Kasar Menari
  • AIA Insurance Kuantan

The Venue Shah Alam pula merupakan penaja utama yang menyediakan lokasi dan prasarana yang sangat selesa untuk para peserta. Untuk mereka yang masih mencari lokasi untuk majlis istimewa, boleh masukkan The Venue Shah Alam dalam list ya! Serius best, luas dan sangat selesa!

1st session dengan Masala Baghra bersama Zin Alize & Zin Shah

Semua orang dah tak sabar nak start berzumba. Kami start 1st session dengan Masala Baghra bersama Zin Alize & Zin Shah. Giler ko, kak fara ni beginner zumba…tak terfollow hakak. Session diorg berlangsung selama 20 minit. Kak fara pun nak jaga air muka kan…hantam je step. hihi

2nd session bersama Izzat zin

2nd session bersama Izzat zin. Session faveret uols. Semua orang enjoy dengan step Izzat. Time kak fara berzumba sakan sampai basah tudung. Akak ni fanatic dengan Izzat tapi kene cover uols…

Jangan jeles uols. Nampak comel di situ

 

3rd Session (Jamming session) bersama Zin Allize, Zin Shah dan Zin Nurin

3rd Session – jamming session melibat 3 orang zin iaitu Zin Allize, Zin Shah dan Zin nurin. Session ni tertutup untuk Ladies Only. Semua manusia yang rasa di lelaki wajib tinggalkan hall.

Session lagi heaven. Semua sistur berzumba macam ke rasuk. Uols dapat bayangkan tak? Sebab ladies only dengan musik yg best memang layan. Banjir peluh dibuatnya dan dewan pun terasa bahang sebab energy yg sistur2 zumba berikan sgt power.

Uols semua memang best sisturr.

Persembahan nyanyian artis dari Irene Catalina

Dah banjir peluh, kita take a break sebentar dgn nyayian daripada sahabat kak fara sendiri Irene Catalina. Penyanyi kepada lagu Ajari Aku . Bangga tau ade kawan penyanyi.

Lagu kedua irene bawa lagi I will Survive. Satu dewan enjoy dan menari poco-poco together2.

 

Ucapan dari Cik Habiba, Pegawai Penasihat dan Kaunseling Pesakit Kanser, Majlis Kanser National (MAKNA).

Majlis diteruskan dengan ucapan penutup daripada Pegawai Makna  ,Cik habiba dan juga penyerahan cek sumbangan kepada pihak MAKNA Malaysia. Kak fara sempat interview Cik habiba dan beliau sudah berkhidmat lebih 20 tahun dgn MAKNA bagi membantu wira-wira kanser negara.

Sempat kak fara bersembang semasa sesi pendaftaran pagi itu. Rupanya ramai wira kanser yg mampu survive lebih daripada 8 tahun dan yang  sudah pun 12 tahun kerana sokongan dan semangat sekeliling mereka.

Sangat kagum InsyaAllah kak fara teringin nak bawa team untuk berjumpa dengan meraka supaya kak fara dan team dapat ambil semangat juang meraka..

Penyampaian Sumbangan kepada MAKNA

Alhamdulillah daripada penjualan tiket yg kami terima, sebanyak RM1500 dapat disalurkan kepada Majlis kanser Nasional. Kak fara berjanji pada diri dan team ini bukan charity yang terakhir. InsyaAllah selepas ini akan lebih banyak charity yg kami akan anjurkan.

Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah kepada 40 orang peserta

Kak fara nak ucap terima kasih tak terhingga kepada Sponsership partner yg menyumbang hadiah utk cabutan bertuah. Sampai kak fara terima feedback daripada sistur2 yg lain, tak pernah lepas zumba ada cabutan bertuah.

11.30 MAJLIS BERSURAI . MasyaAllah lega rasa majlis berjalan lancar.  Lapang terus dada kak fara.

Sangat banyak pengalaman yang kak fara dapat belajar daripada Charity Zumba ni.  Pelajaran yg mahal tidak boleh beli di mana-mana. Setiap majlis yang akan dibuat perlu ada perancangan yang rapi dari pemilihan tempat, konsep majlis, harga tiket, penyertaan peserta, marketing, jualan tiket , jemputan vip dan itenary program.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT Charity Zumba Sempena Kempen Kesedaran Payudara Furby Moms berjalan lancar. Terima kasih di atas semua feedback positif yang kami terima.InsyaAllah kak fara akan jadikan Charity Zumba ini sebagai aktiviti tahunan Furby Moms. Kita jumpa di Charity Zumba tahun 2018. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *