Pengalaman

Disangka Untuk Legakan Bengkak Susu, Tetapi Sebaliknya Yang Berlaku

Disangka Untuk Legakan Bengkak Susu,Tetapi Sebaliknya Yang Berlaku

Disangka Untuk Legakan Bengkak Susu, Tetapi Sebaliknya Yang Berlaku – Kisah yang bakal kak fara kongsikan ini merupakan kisah yang mengisahkan seorang ibu mentua (MIL) yang terlalu ‘over protective’ sampaikan ibu bayi tu sendiri tak berkesempatan nak melekat dengan anaknya sendiri.

Jom baca kisah ibu ini..

Salam admin
Cerita pasal mil dan cucu pertama.
Anak saya cucu pertama belah suami. Memang mil minta nak bela tapi saya tak bagi.
Lepas saya melahirkan anak sepatutnya mak saya yang jaga saya berpantang tapi nenek saya meninggal pada hari ke 3 saya berpantang, maka saya kena duduk rumah mil.

Disebabkan dia dah kata dia nak anak saya dia sanggup putuskan susu ibu saya dan anak saya. Asalnya saya mengalami bengkak susu dan saya bagitau pada mil.

Tak lama lepas tu dia beri saya 1 daun untuk tekap kat breast.

Memang lega lepas tekap tu. Duduk dgn mil banyak makan hati. Seawal 2 minggu anak saya dah diberi susu campur nestum, katanya baby asyik mengecap minta makan.

Beri susu setiap 2jam pula tu. Suami ikut je cakap mak dia, suami kata mak dia lebih tau sebab dah jaga 6org anak. Masa ni saya bantah juga tapi mereka beri tanpa pengetahuan saya.

Cukup 3 hari anak saya nangis tak berhenti. Susu taknak, tidur taknak, bila check perut baby keras mcm batu. Mil tak bagi bawa pegi klinik.

Katanya baby kena tegur. Suami pun ikut je. Mil suruh bawa minta tangkal. Nasib baik pakcik tu okay. Pakcik tu cakap baby ni sakit perut ada bagi makan ke?

Disangka Untuk Legakan Bengkak Susu, Tetapi Sebaliknya Yang Berlaku
Masa tu saya rasa nak tampar suami saya.

Pakcik tu urut-urut perut baby barulah baby berhenti menangis. Tapi suami tetap taknak bawa klinik. Balik dari rumah pakcik tu baby berak-berak. Keluar semua nestum yang dia makan.

Memang kesian. Tapi nasib baik baby saya takde apa-apa. Lepas kejadian tu saya call mak saya nangis-nangis suruh ambil saya.

Masa hari mak saya nak ambil tu mil saya suruh saya balik pantang sorang-sorang tinggal baby dengan dia. Suami pun paksa saya. Saya berkeras cakap tak boleh.

Masa kemas-kemas barang fil saya beri saya seplastik daun untuk bawa sekali. Saya tanya daun apa ni abah? Fil saya jawab daun nak keringkan susu. Masa tu terus mil saya sampuk cakap “eh bukan daun tu”

Rupanya selama ni daun yg buat bengkak susu saya lega tu ialah daun utk keringkan susu.

Sampai hati mil saya. Hanya kerana nakkan anak saya tergamak dia buat camtu. Saya cakap saya taknak dan terus ajak mak saya balik.

Ibu-ibu, anak-anak ni hak kita. Tolonglah pertahankan.

Jangan ikut je apa org suruh selagi ianya tidak bertentangan dgn agama. Sebab andai apa-apa terjadi kita juga yg susah. Nak menyesal dah tak berguna.

Terima kasih admin.

Sejak dua menjak ni kak fara lihat makin ramai MIL yang macam nak ambil alih tugas menantunya yang baru melahirkan anak.

Tak salah, tapi jangan sampaikan si ibu sendiri tak ada peluang untuk susukan anak dia,sampaikan di suruhnya beri susu FM.

Sebolehnya ibu-ibu ikhtiar untuk berikan susu badan sehingga 2 tahun.

Dan kak fara nasihatkan ibu-ibu di luar sana,tegas dengan penjagaan anak anda. Lihat dulu baik buruk setiap nasihat dan tunjuk ajar yang ibu mentua/ibu sendiri yang berikan. Ada yang elok,ambil. Yang tak elok jangan ikut ye

———————–

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

.

1 thought on “Disangka Untuk Legakan Bengkak Susu, Tetapi Sebaliknya Yang Berlaku”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *