Fesyen Ibu Mengandung Tips & Panduan

Fesyen Untuk Ibu Mengandung Yang Terkini

Fesyen Ibu Mengandung Yang Terkini

Ibu mengandung pastinya inginkan pakaian selesa dan nampak cantik pada masa yang samaTerdapat banyak pakaian ibu mengandung yang cantik-cantik pada masa kini.

Tentulah ia tidak semudah untuk mommies mencari pakaian seperti sewaktu anda belum mengandung.

Kebanyakan kedai yang menjual pakaian bersaiz besar sekarang mempunyai banyak pilihan pakaian ibu mengandung. Terdapat juga beberapa jenama khas yang memasarkan pakaian ibu mengandung, termasuklah internet.

Tapi mommies juga boleh membeli pakaian biasa seperti seluar yang berpinggang rendah dalam saiz besar, ataupun skirt dengan pinggang getah.

Macam pengalaman ibu nurul jamian ni,dia share fesyen baju mengandung yang dia suka di blognya.Jom baca lebih lanjut cerita dia.

Sejak perut aku dah mula ke depan ni, aku selalu terfikir-fikir aku nak pakai baju apa supaya aku tak kelihatan kembang semacam dan aku nak kelihatan bergaya walaupun tengah pregnant.
Perghhh kemain aku berangan. Hahaha. Pada hal aku dah mula kembang sana sini okeh. Aku ni dahlah memang sedia maklum kembang taklah kurus mana pun dulu. Jadi bila pregnant automatiklah aku makin kembang.
Yang aku perasan, hidung aku dah mula kembang. Dulu masa mengandungkan Raina, hidung aku memang kembang kemain okeh. Siap ada garisan kat hidung.
Kali ni aku perasan bila kandungan aku dah mencecah 5 bulan ni, hidung aku dah mula nak mengembang. Sebelum ni aku perasan jugak hidung aku ni dah mula nak kembang.
Tapi aku nak sedapkan hati, aku cakap dalam hati maybe perasaan aku je kot. Tapi bila Saiful pun dah tegur bab hidung aku dah mula kembang, memang sahlah hidung aku dah mula kembang. Bertabahlah Nurul.
Kaki aku pun aku tengok ada potensi nak mula bengkak ni.
Masa mengandungkan Raina dulu memang kaki aku membengkak macam belon. So sekarang aku perasan dah ada potensi nak bengkak cuma tak ketara lagi.
Bila dah ada simptom-simptom pembesaran anggota badan, mulalah aku berfikir nak pakai baju cantik-cantik.
Kekonon nanti taklah orang perasan aku kembang semacam kalau aku pakai baju cantik-cantik sepanjang aku pregnant ni. Kemain aku berangan.
Realitinya aku macam biasa je. Pakai baju biasa-biasa je pun. Tak adalah nak beli baju mahal-mahal. Semuanya pun biasa-biasa saja.
Sebenarnya, aku memang tak suka pakai baju mengandung yang jenis ada tali ikat belakang tu. Kalau ada baju yang cantik kat mata aku, tapi ada tali, aku akan cuba mix dengan cardigan ke, jacket ke atau aku mix dengan seluar yang nampak lebih modern.
Begitulah aku. Time mengandungkan Raina dulu aku banyak pakai maxi dress je. Aku suka pakai maxi dress. Sebab lepas bersalin kita masih boleh pakai maxi dress tu so tak ada pembaziran kat situ. Sekarang ni pun aku lebih selesa pakai maxi dress.
Aku masih sarung seluar. Kalau nak tahu, aku masih sarung seluar jenis jegging yang berwarna-warna. Kadang-kadang selamber je aku pakai seluar warna kuning lah warna hijau lah pergi office.
Asalkan aku selesa. Tapi serius aku rasa masih selesa. Kalau dah tak selesa nanti, barulah aku beli seluar jenis palazzo.
Aku sukalah orang pregnant yang pakai  baju berfesyen-fesyen macam gambar-gambar kat atas ni. Cantik dan comel je aku tengok. Kalau aku kurus tak kembang semacam mungkin aku pun akan cari baju-baju macam dalam gambar-gambar kat atas tu.
Tapi disebabkan aku pun dah mula mengembang sana sini, aku tak naklah beli baju dan seluar jenis ketat-ketat dan singkat macam tu. Segan okeh. Hahaha.

Aku paling suka gambar yang no 1 tu. Sempoi je pakai kemeja dan jenis seluar legging. Tapi kalau aku pakai macam tu tak sesuailah kan? Pakai tudung pastu nak pakai seluar jenis legging pulak.

Macam tak kena dengan konsep orang bertudung pulak. So sekarang aku banyak pakai macam dalam gambar no 6 tu. Pakai maxi dress. Still pakai seluar tapi selalunya baju aku tu jenis labuh tutup punggung.

Kalau boleh nak beli maxi dress dan baju-baju yang cantik dan selesa lagi. Tapi tak nak beli yang mahal-mahal. Kalau boleh nak harga yang berpatutan je.

Tapi aku rasa macam payah sangat nak cari yang memenuhi citarasa aku. Atau aku yang cerewet? Mungkin kot. Sebab aku nak cari jenis pakaian yang kelihatan aku tak nampak kembang semacam gituuu

__________________________________________________________________________
Haaa,korang dah baca kan apa yang ibu nuruljamian share?
Yelah,lain orang lain taste dia. Kalau korang still macam tak tahu nak pilih baju mengandung yang lawa-lawa,apa kata korang pergi cuci mata dekat website Furbymoms.
Banyak sangat koleksi baju mengandung yang lawa-lawa taw!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *