punca sukar hamil
Tips Ibu Hamil

Hina Sangat Ke Kalau Wanita Tidak Ada Anak ?

Hina Sangat Ke Kalau Wanita Tidak Ada Anak ?

Hina Sangat Ke Kalau Wanita Tidak Ada Anak ? – Assalamualaikum semua pembaca blog MB. Artikel kali ni mungkin bakal menyentuh atau bakal menjentik hati korang. Moga korang tabahkan hati baca nukilan MB kali ni. Ambil iktibar dan secara positif apa yang bakal diceritakan nanti. Hina Sangat Ke Kalau Wanita Tidak Ada Anak ?

Biar 100 tahun menunggu pun, kalau Allah belum nak beri rezeki anak maka jawapannya tidak. Tapi ramai sangat manusia di luar sana yg sibuk hendak buat kerja tuhan.

Oleh kerana mereka2 yg suka buat kerja tuhan ni yang menjadi punca, pasangan yg belum mempunyai rezeki anak selepas bertahun- tahun mendirikan rumah tangga tertekan sehinggakan ada bercerai berai. Antara si isteri dan suami biasanya si isteri yang akan lebih tertekan. Biasanya orang anggap masalah sukar dapat anak kerana masalah datang drpd perempuan.

Diceritakan dari kisah benar:

7 tahun menunggu zuriat.Dan ini apa yang aku rasa dan alami.Kisah yang selama ini hanya aku baca di media social kini terjadi pada diri ku sendiri.

Sebulan Berkahwin Dan Terus Gugur!

Alhamdulillah selepas usia perkahwinanku menjangkaui sebulan, aku dan suami mendapat berita gembira.Kami bakal menimang cahaya mata pertama 9 bulan dari sekarang.Dalam kegembiraan,timbul secebis kegusaran.Bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu?

Hina Sangat Ke Kalau Wanita Tidak Ada Anak ?

Ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari. Anugerah yang terindah ini hanya mampu bertahan di dalam rahimku selama 3 bulan sahaja. Aku keguguran. Kata doctor kerana rahimku tidak kuat.

Doktor berpesan pada aku sekiranya mengandung lagi selepas ini,dia minta supaya aku hadkan aktiviti-aktiviti berat pada trimester pertama kehamilan. Kurangkan travel, jangan angkat benda-benda berat dan jangan naik turun tangga terlalu kerap.

Namun itulah rutinku tiap hari untuk ke tempat kerja.

Travel sejauh 20km ke tempat kerja dan naik turun tangga LRT. Hampir setiap hari! Aku redha dengan pemergian anak syurgaku yang pertama. Maafkan ibu sayang kerana terlalu mementingkan diri sendiri. Ibu sangka ibu kuat,tapi sebenarnya Allah lebih mengetahui segala-galanya.Aku teruskan proses berpantang seperti biasa selama 2 minggu.

Aku Diuji Lagi !

Selepas 6 bulan selepas keguguran, alhamdulillah dikurniakan rezeki anak sekali lagi.

Kali ni memang di luar jangkaan. Tersedar dah 3 minggu miss period.Beranikan diri utk buat UPT, Ya Allah double line ! Syukur !

Sejujurnya, keguguran pertama dulu tak meninggal kesan dalam diriku.

Aku anggap kandungan kali kedua ni mungkin akan selamat sehingga 9 bulan dan melahirkan. Mungkin juga masa tu masih muda, jadi kurang pengetahuan tentang sakit puan.

Selepas tahu hamil, sepatutnya aku perlu berjumpa pakar utk rujuk kandungan.

Tapi pada pagi subuh hari, tepat usia kandunganku 15 minggu,aku tumpah darah. Kali ke dua Allah beri amanah ini tumpang sekejap juga di dalam rahimku. Masuk sahaja kandungan 15 minggu aku keguguran sekali lagi.

Allah, kecewanya aku hanya DIA yang tahu. Aku mula menyalahkan diri sendiri kerana lalai dalam menjaga amanah Allah yg ada dalam rahimku ini. Kali ni aku tidak jalani proses D&C memandangkan janin keluar sendiri. Aku berpantang seperti biasa di rumah dengan mentuaku.

Bermulalah Drama Akasia Setiap Hari !

Selepas keguguran kali kedua, agak lama aku menunggu utk dapatkan zuriat. Hati mula risau. Pelbagai persoalan timbul dalam diri. Rumah tangga mula dingin. Lagi tambah dingin bila terpaksa berjauhan dengan suami. Suami pula bertugas di Port Dickson dan aku pula di ibu kota.

Jika nak diukur jarak tidak lah jauh beribu batu tapi kekangan masa. Aku hanya bercuti pada hari isnin manakala suami pula di hujung minggu. Mungkin juga disebabkan ini kami susah nak dapat zuriat.

Oleh kerana itu, aku membuat keputusan utk berhenti kerja untuk fokus berada dekat pada suami. Maka kami lebih banyak masa bersama. Sejak duduk sebumbung ni kami sering balik ke kampung menghadirkan diri ke kenduri kendara.

Tapi soalan yang sering di tanya:

Lama dah kan kawen?
Belum lekat lagi ke? Cuba pergi check doctor kot2 ada masalah .

Allah sentap kejap!

Seingat aku usia perkahwinan kami dah masuk 4 tahun. Tapi encik suami tak anggap pun ini sebagai satu masalah sebab soalan tu bukan utk dia. Tapi untuk si isteri yg kononnye bermasalah nak mengandung.

Dek rentetan peristiwa itu,aku mula desak suami utk berjumpa pakar. Tapi biasalah orang lelaki buat tak endah shj. Hampir setiap hari desak suami sampai dia bertindak tapi tak juga bertindak.

Sampailah satu hari, dapat berita gembira daripada family sebelah suami. Ada yang hamil…alhamdulillah. Tapi skali lagi terkesan bila membaca whatsapp dripada family group. “Alhamdulillah tak lama lagi dapat cucu sulung. Tunggu yang sulung tak dapat2 lagi.”

Allah tersentapnye aku! Salah kah aku jika lambat dapat zuriat? Penting sangat ke cucu sulung ke cucu akhir? Walaupun dlm nada gurau tapi terkesan berminggu-minggu. Bila bercerita dengan suami berkenaan hal itu dia hanya cakap sabar.

Kalini makin kuat aku mendesak suami. Cuba ugut dia kalau tak mahu bertindak untuk bertemu pakar kita berpisah je. Bila di ugut sebegitu rupa baru dia bertindak.

Kami buat appoiment dengan hospital angkatan tentera. MasyaAllah prosedurnya lama sangat. Tunggu giliran nak amik darah pun berbulan-bulan.

Masa ni aku dah mula berjinak-jinak dgn business. Dah ade simpanan sikit. Mula google pakar sakit puan yg terbaik. Lepas berbincang kami ambil keputusan utk ke Pakar sakit puan Dr Hamid Arshad.

Temujanji pertama dgn Dr Hamid, buat scan rahim semua rupenye ade cyst. Cyst ini punca aku susah nak hamil. Atas nasihat pakar, kami pun bersetuju nak buat operation utk buang cyst. Kos rawatan menelan belanja RM 6000.

Tapi masa hari sepatutnye aku warded utk operation aku tak datang pun. Sebab duit tak cukup. Takpelah mungkin ade hikmahnya.

Suatu malam, dapat inbox facebook dari sepupu suami ku dari luar negara.

“Fara lepas gugur aritu tak ngandung2 lagi ke? Kita ni isteri kena hormat suami supaya Allah permudahkan proses mendapat zuriat.”

MasyaAllah senangnye berkata-kata. Hormat suami? Aku berhenti kerja dengan niat nak dekat dengan suami tapi kau boleh keluar statement aku tak hormat suami? Masa ni aku menyirap nak marah tapi aku sabarkan hati. Mungkin ini ujian kecil Allah selitkan pada aku.

Aku fokus pada bisness. Malas nak fikir tentang anak ni. Biarlah Allah belum nak beri rezeki. Bisikku sedapkan hati. Alhamdulillah bisness semakin berkembang. Aku sering ke luar negara kerana urusan bisness.

Sekali lagi aku tersentap. Suami lupa log out facebook die. Aku terbaca conversation antara die dengan sepupu yang tempoh hari katanya aku tidak hormat suami. Tapi kali ni lain pula ceritanya.

“Faiz tak risau ke fara selalu ke luar negara sorang2? Kot2 dia ada orang lain. Sebab tu susah nak dpt anak”

Ya Allah remuknya hatiku waktu itu! Aku bekerja cari rezeki dengan niat membantu suami. Seorang diri di negara orang macam-macam dugaan tapi tuduhan ini yg ku dapat. Salah ke aku tak mengandung lagi? Kenapa tak tanya lelaki…dah check kesuburan ke?

Aku makin emosi. Pantang sebut pasal zuriat aku melenting. Aku mencari-cari punca kenapa susah sangat nak hamil. Terbaca satu artikel, suruh turunkan berat badan dahulu dan cuba buat rawatan. Alhamdulillah berat kembali normal dan get ready utk mengandung. Senyap2 aku buat appointment dengan pakar sakit puan di KPJ Seremban, Dr Ishak.

Macam biasa doc akan buat scanning perut. Ternyata keputusan yg sama aku ade cyst. Tapi doc tak suggest buat operation. Mulakan rawatan kesuburan dengan ambil clomid tanpa perlu buat cyst.

Start ambil clomid 1st cycle selepas habis period. Lepas seminggu ambil, perlu ke hospital semula berjumpa doc bagi melihat adakah telur berkembang dengan baik. Dan doc akan bagi TIPS2 MUDAH HAMIL dlm masa rawatan dijalankan. Alhamdulillah lepas 4 minggu , aku berjaya hamil.

Sebulan sekali aku perlu ke hospital utk amik suntikan kuatkan rahim. Doctor nasihat, jangan bawa kereta, jangan berjalan jauh dan dont stress. Aku jaga sangat rapi kali ni.

Dalam masa rawatan, badan aku sedikit naik dan nampak berisi. Tak silap kandungan sudah hampir masuk ke bulan 3. Ada satu jemputan kenduri di kampung suami bulan tu. Sampai di sana, terus bersalam- salaman dengan sanak saudara. Sedang sibuk bersalaman, tiba-tiba keluar ayat ni dari seorang mulut lelaki puaka :

“dia tak payah makan. Badan dia dah gemok tu. Simpan banyak makanan dlm tu”

Berdesing telinga dengar. Suami ku tersenyum simpul dengan si lelaki puaka tadi . Tanpa fikir panjang, aku ambil kunci kereta terus beredar dari kenduri meninggalkan sang suami dan saudaranya.

Hina Sangat Ke Kalau Wanita Tidak Ada Anak ?

Sakitnya hati Allah sahaja yang tau. Tak mengandung salah, sudah mengandung badan naik pun salah. Nadanya mungkin bergurau tapi keterlaluan.

Gugur Kali Ketiga!

Seharian dalam bilik memikirkan kata-kata si mulut puaka td. Minggu ke 17, tibe2 ade tompokan coklat. Rasa mcm nak pengsan. Keguguran lagi ke aku?

Pagi tu terus call doctor Ishak, dia mintak ke hospital. Terus drive ke hospital. Ya Allah skali lagi rahim ku di tumpang oleh 2 khalifah Allah. Sedihnya tak dapat nak diungkap. doktor bagitau yg die tak boleh buat proses d&c kerana nak ke umrah esoknya.

Aku pulang ke kampung dan bercadang berpantang di sana sebab ibu mintak berpantang 100 hari. Kali ni mmg mintak doc buat d&c bagi betul bersih supaya mudah untuk aku mengandung semula. Perasaan sedih kali ni sangat berbeza kerana zuriat ku kembar 2.

Rezeki Kali Keempat!

Selapas 5 bulan habis berpantang 100 hari, berat pun kembali normal Alhamdulillah aku berjaya hamil buat kali ke empat . Perkahwinan kami masuk tahun ke 6.

Hina Sangat Ke Kalau Wanita Tidak Ada Anak ?

Kali ni kami decide buat rawatan di hospital Pakar An-Nur Bangi. Setiap minggu berulang alik ke hospital utk ambil injection kuatkan rahim dan buat scanning perkembangan bayi. Naik kebal dah punggung kene suntikan dan tak terlarat nk telan ubat cairkan darah setiap hari.

9 bulan 5 hari berada dalam keadaan berjaga takut akan kehilangan lagi. Syukur alhamdulillah 7 tahun menunggu dengan penuh sabar, tarikh keramat aku bergelar ibu pada 5 may 2016 dan lahirlah zuriat yg pertama kami Adlina maryam jam 9.32 mlm seberat 4.5kg.

Dulu, soalan yg ditanya bila lagi nak dpt anak tapi sekarang bila lagi nak tambah lagi satu. Itulah manusia ….

Hina Sangat Ke Kalau Wanita Tidak Ada Anak ?

Sedikit nasihat untuk yg sudah lama menunggu zuriat, pergilah berjumpa pakar sakit puan bagi mengenal pasti punca sukar utk hamil.

Amalkan pemakanan sihat, dan cuba turunkan berat badan. Yang paling penting, dont stress. Abaikan sahaja manusia yg sibuk buat kerja-kerja tuhan.

Aku yang sabar menunggu rezeki zuriat.

Farhana Baharuddin
Founder of Furby Moms


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *