Pengalaman

Ibu Mertua Bengang Tak Dapat Masuk Bilik Bersalin!

Ibu Mertua Bengang Tak Dapat Masuk Bilik Bersalin!

Menyambut kelahiran bayi memang sangat mengujakan buat semua ahli keluarga. Apatah lagi jika itu merupakan anak atau cucu pertama. Tapi, wajarkah jika ibu mertua tidak suka menantu dan marah apabila tidak dapat masuk bilik bersalin?

Bagi kak fara, kak fara lebih nak suami yang masuk temankan kak fara sepanjang proses melahirkan maream. Kenapa?

Sebab dengan suami la korang boleh nak punching atau cubit tangan dia sepuasnya masa contraction. Haha.

Seorang ibu mertua yang tidak diberitahu namanya telah membuat luahan di laman The Slate kerana sakit hati dengan menantu dan anak lelakinya.

Ayatnya berbunyi begini –  “Anak lelakiku, Steven dan menantuku, Julia bakal menimang cahaya mata pada bulan depan. Anak ini merupakan cucu pertamaku.”

Ibu mertua tidak suka menantu ini menganggap hubungan beliau dan Julia baik-baik saja. Namun, sangkaannya meleset apabila dia tidak dapat masuk bilik bersalin. Hanya ibu Julia dan Steven yang dapat masuk ke bilik itu!

Ibu mertua tidak suka menantu dan makin marah

ibu mertua, ibu mertua marah, ibu mertua tidak suka menantu, tidak dapat masuk bilik bersalin, bilik bersalin, ibu mertua tidak dapat masuk bilik bersalin, masuk bilik bersalin, beranak, menantu, anak, bayi

Dia rasa terkejut dan sakit hati dengan keputusan yang dirasakan tidak adil itu. Dan nenek ini sanggup berusaha agar Julia dan Steven membenarkan dia dapat masuk ke bilik bersalin.

Namun Julia telah memberitahu yang dia tidak selesa ibu mertua tidak suka menantu itu ada di situ.

Ibu mertua ini telah mengingatkan Julia yang dirinya merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang bersalin selama 40 tahun. Jadi dirinya tidak kekok berada dalam bilik bersalin.

Dia hanya ingin menyaksikan kelahiran cucu pertamanya ke dunia saja!

Dia juga telah memujuk Steven untuk memujuk Julia agar membenarkan dirinya masuk ke bilik bersalin. Namun anak lelakinya itu takut membuatkan Julia kecil hati dengan permintaannya.

Dia juga telah meminta bantuan ibu bapa Julia untuk memujuk Julia. Tapi mereka meletakkan telefon dengan kasar. Dan dia menjadi sangat sedih kerana tidak dapat masuk ke bilik bersalin.

Menurutnya lagi, Steven telah memujuk dengan mengatakan yang dia boleh menunggu di luar bilik bersalin dan masuk setelah Julia bersalin dan selepas bayi mereka dibersihkan.

Ibu mertua ini menjadi marah kerana diletakkan di tempat kedua berbanding besannya. Sedangkan selama ini, dia telah membantu Julia dengan kehamilannya.

Tidak dapat masuk bilik bersalin, wajarkah ibu mertua tidak suka menantu ini marah?

ibu mertua, ibu mertua marah, tidak dapat masuk bilik bersalin, bilik bersalin, ibu mertua tidak dapat masuk bilik bersalin, masuk bilik bersalin, beranak, menantu, anak, bayi

Menurut WHO, peranan pendamping yang bersama ibu bersalin di bilik bersalin amat penting. Dan ia mendorong kepada perjalanan proses bersalin itu.

Sesiapa sahaja yang diingini oleh si ibu boleh menjadi pendamping dan peneman.

Pendamping secara psikologinya membantu kelancaran proses kelahiran. Sebab itu sebenarnya penting jika seorang ibu itu memilih seseorang yang dia selesa.

Jika dia tidak selesa dengan seseorang, ini boleh mengganggunya secara psikologi semasa proses kelahiran.

Jadi di dalam kes Julia dan ibu mertuanya, walaupun tidak enak kita dengar pergaduhan seperti ini, tetapi dia memang harus mementingkan keselesaannya.

Apa pendapat korang?

Kak fara lebih selesa suami. Bukan nak membelakangkan mertua dan parents sendiri.Tapi biarlah pengalaman manis ini kita dan suami kita pula lalui bersama. Inikan keluarga kita sendiri kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *