Tips Ibu Hamil

Ini 10 Tanda-Tanda Bersalin Para Ibu Perlu Tahu!

Ini 10 Tanda-Tanda Bersalin Para Ibu Perlu Tahu!

Ini 10 Tanda-Tanda Bersalin Para Ibu Perlu Tahu! | Assalamualaikum semua para pembaca MB. Hari ni MB banyak dapat pertanyaan mengenai tanda-tanda bersalin.

Jadi para ibu hamil perlu mengambil serius dengan tanda tanda bersalin yang memerlukan perhatian rapi dan segera ke hospital berhampiran. Ini 10 Tanda-Tanda Bersalin Para Ibu Perlu Tahu!

Ini 10 Tanda-Tanda Bersalin Para Ibu Perlu Tahu!

Ada yang tanya MB:

“MB,saya keluar warna coklat tengahari tadi. Perlu pergi hospital tak?”

“MB,tadi lepas bersama dengan suami, perut saya rasa mengeras je.Tu tanda bersalin ke?”

“MB, boleh cerita tak apa tanda-tanda bersalin?”

Lap peluh kejap MB taw. MB sebenarnya nak mintak semua bakal ibu supaya penuhkan ilmu di dada sebanyak-banyaknya. Lebih-lebih lagi ilmu untuk menjadi seorang ibu ni. Jadi,jom hadam salah satu ilmu penting untuk korang yang bakal menjadi ibu dalam masa terdekat ni.

Ini 10 Tanda-Tanda Bersalin Para Ibu Perlu Tahu!

Apa Itu Tanda-Tanda Bersalin?

Tanda-tanda bersalin adalah tanda atau simptom yang menunjukkan bahawa bakal bayi akan lahir dalam masa yang terdekat. Ada yang kurang daripada 24 jam. Ada yang lebih daripada 24 jam. Apa sekalipun, para ibu perlu berwaspada dengan sebarang tanda-tanda bersalin yang para ibu bakal alami nanti.

Baby Mula ‘Jatuh Ke Bawah’ Tanda Hampir Bersalin

  • Beberapa minggu sebelum melahirkan, kedudukan baby semakin ke bawah. Kepala baby akan mula engaged dengan tulang pelvik kita sedikit demi sedikit. Pada waktu ini ibu akan mudah terasa nak membuang air kecil seperti pada Trimester Pertama kerana kepala baby menekan pada pundi kencing. Berita baiknya pula, ibu dah boleh bernafas dengan agak mudah kerana ruang atas dah semakin kosong

Ini 10 Tanda-Tanda Bersalin Para Ibu Perlu Tahu!

Laluan Atau Pintu Mula Terbuka Tanda Bersalin

  • Serviks juga semakin menipis dan semakin terbuka sebagai persediaan untuk melahirkan. Ada sesetengah hospital akan melakukan pemeriksaan bukaan setiap kali check-up dan ada juga yang tidak. Jangan rasa bimbang sekiranya anda hampir dengan due date tetapi tiada bukaan langsung. Ini kerana setiap orang adalah berbeza keadaannya

Kerap Rasa Cramp Dan Sakit Belakang Tanda Bersalin

  • Terutamanya sekiranya ini bukanlah anak yang pertama, anda akan rasa semakin sakit di bahagian belakang bawah. Otot dan semua joint akan melonggar dan bergerak sebagai persediaan untuk melahirkan

Ini 10 Tanda-Tanda Bersalin Para Ibu Perlu Tahu!

Sendi-sendi Pada Badan Mula Longgar Tanda Bersalin

  • Sepanjang tempoh kehamilan, hormon relaxin yang dirembeskan akan menyebabkan semua ligamen menjadi lembut dan longgar. Semakin hampir dengan due date, anda akan dapat merasakan bahagian badan anda semakin melonggar. Jangan risau, ini adalah sebagai persediaan untuk memberi laluan kepada si kecil anda.

Berat Badan Statik Atau Berkurang Tanda Bersalin

  • Menjelang akhir kehamilan, anda tidak akan bertambah berat badan dan mungkin ada juga yang kehilangan berat badan. Tapi jangan risau, baby masih bertambah berat badannya. Cuma air ketuban kita (amniotic fluid) semakin berkurangan, serta kekerapan kita ke toilet untuk membuang air akan mengurangkan berat badan

Kerap Cirit-Birit Tanda Bersalin

  • Yang ni MB sendiri pernah alami.2-3 ahri MB asyik ulang-alik pergi tandas.Cirit dia tak sakit.Cirit biasa sahaja. Memandangkan semua otot berada dalam keadaan relax, begitu juga otot pada rectum. Ini menyebabkan aktiviti pada usus besar melonggar dan menyebabkan cirit birit. Walaupun rasa tak selesa, harus diingat ini adalah petanda baik. Banyakkan minum air untuk kekal hidrate ye.

Kerap Rasa Letih Dan ‘Malas’ Tanda Bersalin

  • Maksud MB ‘malas’ itu adalah korang akan rasa nak berehat je. Dengan perut yang memboyot, badan lesu tidak bermaya menyebabkan anda berasa sangat letih. Tidur malam pon tak lena. Sekiranya anda mempunyai peluang diwaktu siang untuk berehat, just have a good nap ye. Nanti bila dah ada baby, korang akan jadi beruang panda hehehe.

Contraction Yang Kuat Dan Kerap Tanda Bersalin

Yang ni MB ada bertanya ibu MB sendiri. Dia bagitahu sakit contraction ni umpama sakit senggugut. Rasa cramp dari pinggang sampai ke bawah.Tetapi kadar kesakitan dia tu, ibu MB cakap : ‘tak boleh nak gambarkan!’ . Sakit sangat katanya.Hehe.Tapi korang kena maintain cool ye. Jangan panic. Belajar teknik pernafasan yang betul ketika contraction. Artikel akan datang MB akan ceritakan teknik pernafasan semasa contraction ye.

Contraction adalah tanda awal bagi active labour. Kecuali Braxton Hicks. Bagaimana nak bezakan antara contraction sebenar dengan yang palsu (Brixton Hicks) ni:

  • Walaupun anda aktif, contraction tidak menghilang, malah semakin sakit dan kerap
  • Walaupun anda dah tukar posisi, contraction tetap tidak berkurang dan hilang.
  • Contraction bermula dari bahagian bawah belakang, dan berpindah ke bahagian bawah perut dan juga kaki
  • Contraction progress: Semakin kerap dan semakin sakit. Dan kadangkala mempunyai rentak tertentu.Bila dah nak bersalin tu sakit contraction adalah selang 1 minit.

Lelehan Berwarna Pekat Atau Darah Tanda Bersalin

  • Beberapa hari sebelum nak bersalin tu anda akan perasa cecair yang keluar adalah sedikit pekat.
  • Bila dah tiba hari nak melahirkan, akan ada ‘bloody show’ iaitu akan turun sedikit darah. Jika tanda ini dah keluar, cepat-cepat ke hospital ye

Keluar Air Ketuban Tanda Bersalin

Kalau diikut pada penceritaan jururawat masyarakat yang pernah merawat MB,dia bagitahu air ketuban ni berwarna seperti air susu berkeladak.Dan baunya lebih hanyir.Tidak seperti keputihan.

  • Hanya 15% dari ibu hamil akan mengalami air ketuban pecah, jadi jangan ambil ini sebagai satu-satunya tanda anda dah nak bersalin ye.
  • Bila air ketuban dah pecah, cepat-cepat ke hospital, kerana semakin lama anda bertahan, lagi bahaya kerana baby mudah terkena jangkitan sekiranya perkara ini terjadi.

Bila Perlu Pergi Ke Hospital?

Ok. MB akan bagitahu tanda-tanda bersalin yang macam mana yang korang perlu segera pergi ke hospital.

Baca dan hadam betul-betul taw. Bila ada sahaja salah satu dari tanda bersalin di bawah ni, segera pergi ke hospital.

  • Keluar lelehan berdarah / coklat
  • Keluar air ketuban
  • Contraction yang kerap
  • Baby mengeras berterusan
  • Baby kurang dari 10 kali pergerakan.

Kalau diikutkan pada nasihat doktor, kalau korang alami salah satu dari tanda bersalin di atas, segera ke hospital berhampiran. Jangan lupa bawak buku pink bersama.Hehe. Susah pulak doktor nak periksa kandungan nanti.

Sampai di sini dulu perkongsian Ini 10 Tanda-Tanda Bersalin Para Ibu Perlu Tahu! kali ini. Tunggu artikel MB seterusnya mengenai teknik pernafasan semasa contraction.

Wslm.

Ini 10 Tanda-Tanda Bersalin Para Ibu Perlu Tahu!

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *