Pengalaman Tips & Panduan

Ini Bahaya Para Ibu Perlu Tahu Jika Bedung Bayi Terlalu Ketat

Ini Bahaya Para Ibu Perlu Tahu Jika Bedung Bayi Terlalu Ketat

Ini Bahaya Para Ibu Perlu Tahu Jika Bedung Bayi Terlalu Ketat – Hari ni kak fara nak share sesuatu mengenai bedung. Ada sesetengah mommies suka bedung bayi.

Ada sesetengah tak suka sebab dia nak baby dia explore keadaan sekeliling lebih cepat. Kak fara golongan kedua. Kalau bedung pun, kak fara bedung time nak tido je. Sebab tak nak si mariyam cepat terjaga.

Ok, jadi nak cerita pasal bedung ni, kak fara nak sentuh pasal sesetngah mommies yang suka bedung baby sampai ketat yang amat. Kononnya nak bagi kemas lagi. Tapi sebenarnya bedung terlalu ketat ni bukan beri kebaikan taw, malah banyak keburukan.

Apa keburukan dia?

  • Boleh menyebabkan kekejangan
  • Bayi sukar bernafas dengan baik
  • Hip dysplasia (keadaan kaki tidak simetri)
  • Risiko Sudden Infant Death Syndrom (SIDS) atau kematian mengejut
  • Perkembangan motor yang lambat.

Macam di Indonesia baru-baru ni, kak fara baca seorang ibu dia bawa baby dia yang tak sampai usia dua hari pun. Katanya, dia dengar nafas baby dia bunyi pelik. Bila doktor lepaskan bedungan baby tu, terus tangan baby dua-dua ke atas macam kekejangan. Puncanya sebab bedung terlalu ketat kata doktor.

Sebab itulah, cara bedung yang betul perlu dipraktikkan oleh semua ibubapa ye. Kak fara selalu je nampak sesetengah mommies suka bedung bayi dengan ketat. Kalau boleh memang tak nak bagi baby bergerak langsung.

Baby memang suka dibedung sebab rasa hangat je, tapi mommies kenalah tahu cara bedung yang betul ye. Jangan main bedung je. Sian baby uolss..!

Ada yang kak fara dengar, diorang nak bedung sebab nak bagi kaki baby lurus. Adeh…!Hehe

Mommies, sebenarnya mengikut Beuh, skor Ballard, kaki bayi secara semula jadinya akan membengkok seperti kaki katak (frog like). Jadi, jangan risau kalau baby terkengkang. Itu normal ok.

Dan bagi kak fara ada logiknya kenapa ramai yang cakap sebenarnya bedung bukan kewajipan pun sebab dalam rahim ibu, bayi itu bebas menendang, bertinju, berpusing sesuka hati.

Tetiba dah jumpa dunia, eh kena bedung pulak. Hehe. Kalau mommies nak bedung baby sebab takut baby sejuk, pakaikan je selimut tebal atau baju tebal. Banyak lagi inisiatif lain kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *