Pengalaman Tips & Panduan

Ini Cara Yang Betul Bagaimana Beri Ubat Pada Anak

Ini Cara Yang Betul Bagaimana Beri Ubat Pada Anak

Ini Cara Yang Betul Bagaimana Beri Ubat Pada Anak – Bila si maream demam, kak fara la orang yang paling gelisah. Mana taknya, dah beri macam-macam jenis ubat pun tak kebah.

Dah direct feeding acap kali pun tak kebah-kebah jugak. Risau benar kak farah bila macam tu. Semua keje jadi tak senang nak buat. Nak dudul lagi tak senang sebab fikirkan anak kan.

Sampai la baru-baru ni kak fara terbaca perkongsian seorang ibu dekat wall facebook dia pasal cara beri ubat dengan betul dekat anak.

Bila kak fara baca tu, rupa-rupanya cara kak fara beri ubat pada si maream selama ni salah! Haha. Patutlah anak aku tak kebah-kebah!

So kak fara decide nak kongsi dengan mommies sekali cara-cara yang betul bagi dekat si anak dalam versi kak farah pulak Hehe.

1 Picagari 1 Ubat

Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu. Lepas tu baru tarik pakai picagari.

Ini Cara Yang Betul Bagaimana Beri Ubat Pada Anak
Ni penutup ubat yang selalu mommies nampak

Kalau ade yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.

Contoh: celup dlm botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.

Jangan buat macam ni ye mommies!

Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus.

Bila celup-celup macam tu. Ubat tu dah takde fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak. Yang mana ubat kalau mommies dah selalu celup picagari tu, nanti buang.

Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari pastikan basuh bersih sebelum celup ubat yang baru pulak.

Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambik pakai picagari terus. Sbb nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak pulak.

Apa yang kak fara share ni dalam versi yang kak fara faham hasil pembacaan ibu yang kongsi dekat wall dia tadi.Semoga pahala semakin mengalir dekat ibu ini jugak sebab berkongsi benda yang baik-baik.

Jadi mommies semua dah faham kenapa anak tak kebah-kebah demam kan? Lepas ni ubah ye cara bagi ubat dekat anak tu. hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *