Tips & Panduan

Jenis-jenis Pantang Selepas Bersalin

Jenis-jenis Pantang Selepas Bersalin
Buat ibu² dan bakal² ibu tu, please take note. Kak fara pon sama beringat. Kalau sebelum ni pantang yang kak fara tahu selepas bersalin adalah pantang 44 hari. Tak boleh buat kerja berat².

Makan kena pantang dan lain² lagilah. Pastu dengan pantang 100 hari. Yang ni kak fara tau pantang bersama ngan suami. Tapi lepas baca info yang ICE @ Siti Aishah (Certified Confinement Therapist) bagi ni, baru lah kak fara jelas maksudnya. Kenapa kena pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan juga setahun.

Pernah dengar tak orang lepas bersalin tak boleh makan laksa setahun? Kak fara follow jugak. Tapi tak jelas kenapa kena pantang laksa. Orang pantang ko pon nak pantang jugak kan.
Tapi tak tau kenapa…hahaha…Sekadar merasa tu ada lah sket. Yang Kak fara tau, ianya berkaitan dengan urat. Ok…panjang plak mukadimahnya. Meh baca jenis² pantang dan apa kaitannya.
PANTANG 44 HARI
– Pantang keluar rumah
Tapi skang ni ramai yang langgar pantang. Belum 44 hari dah kluar rumah.
PANTANG 100 HARI
– Pantang Suami
– Pantang mandi air sejuk
– Pantang ber aircond
– Pantang angkat benda berat² hatta dukung anak selain newborn
– Pantang kena hujan
PANTANG 6 BULAN
– Pantang makan selagi baby yang fully breastfeed tak start solid food. Kalau tak fully breastfeed pon elok pantang makan 6 bulan supaya badan betul² sihat
– Pantang exercise yang hardcore
Ikut jugak nih. Tapi banyaknya yang langgar lah. Exercise plak yang hardcore tu tak der lah. Buat kerja² rumah jer.
PANTANG SETAHUN
– Minum berais
– Pantang laksa dan pulut
Ais ni memang tak menahan wei. Nikmat bila dapat minum tu…perghhhh…ko tunggu lah  bila dah berumur nanti…nnggeeee…Tapi tak der lah hari² minum berais.
Sampai skang klo makan kat kedai Kak fara order air yang tak berais. Cuma mengicak sket lah air en. bos. Tapi kalau cuaca panas sangat, memang punah lah. Sirap limau ais kurang satu lah nampaknya.
Kepantangan makan laksa selama setahun plak.
Menurut dari komen yang Kak fara baca, laksa ni sejuk. Boleh kembang urat. Sama jugak kot kalau makan pulut. Pulut ni pon aku tak boleh makan banyak². Memang berangin satu badan.
Kenapa perut still buncit?
Haaaa…sila salah kan diri sendiri yerp. Perut tak kempis bukan sebab tak diet. Tapi sebab tak buang air besar berhari² masa dalam pantang dan SEBAB TAK PAKAI BENGKUNG DENGAN BETUL. PERUT YANG SENTIASA MEMBUANG DAN DIPAKAIKAN BENGKUNG AKAN KEMPIS.
Tetapi…ada tetapi tu. Perut tetap menggerutu sebab kulit tak mampu anjal balik. Sebab tu kena istiqomah berbengkung dengan campuran ubat barut.
kak fara belanja bengkung sajat.nak ramping macam dia juga pleasee
Macam mana nak kempiskan perut? Yang ni best sebab Kak fara pon nak mengempiskan perut yang dah start membuncit nih. Senang jer ubatnya.
Kena amalkan herba dalaman yang melawaskan pembuangan air besar. Luaran plak kena pakai girdle waktu siang. Dan bengkung pada waktu malam. Dan…..KENA EXERCISE!!
Masa dalam pantang memang kak fara menghadapi masalah nak membuang.
Sembelit . Memang seksa lagi menyiksakan. Nangis duk dalam toilet lelama. Nak meneran lebih², takut terkoyak plak jahitan. Ngeri bila di ingatkan balik.
Berbengkung plak boleh dikira dengan jari berapa kali pakai. Skang bila perut dah buncit rasa macam….Nak pakai bengkung balik lah.
Lepas ni kalau ada rezeki baby lagi…erkkkk…hahahaha…nak pantang betul² lah. Tak nak memain lagi. Nak pakai lama kan. Kena lah jaga. Kesan nya memang kita tak nampak sekarang.
Tapi masa akan datang? Fikirlah sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *