Tips & Panduan

Kebaikan Susu Ibu Yang Mommies Perlu Tahu

Kebaikan Susu Ibu Yang Mommies Perlu Tahu
Entry hari ini kak fara nak kongsi manfaat penyusuan ibu dengan semua pula. Kenapa kak fara beria sangat nak menyusu mariyam dengan susu ibu?

Bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu.

Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.

Rasanya, semua ibu sudah tahu tentang kebaikan susu ibu untuk tumbesaran bayi mereka.
Tapi mommies pasti tak sedar tentang satu perkara. Susu ibu sebenarnya amat bagus untuk melindungi bayi daripada alergi atau alahan!

Alergi dengan makanan adalah sesuatu yang sering dipandang ringan.

Tapi bagi mereka yang ada alergi, ia adalah perkara yang serius kerana alergi boleh membawa maut! Jumlah orang dewasa dan kanak-kanak yang ada alergi kian meningkat.

Menurut statistik yang kak fara sendiri baca, dalam tempoh 1997 hingga 2013, hampir 50% individu memiliki alergi. Dan ini tidak termasuk mereka yang tiada toleransi terhadap sesuatu makanan seperti laktosa dan celiac.

Banyak kajian menunjukkan ibu menyusu yang memakan makanan alahan seperti telur, kekacang, makanan laut semasa hamil, melindungi bayi dari kesan alergi.

Kajian juga menunjukkan mekasnisma biologi yang menguatkan toleransi terhadap sesuatu makanan.

Ini membuktikan terdapat jalan dan cara baru untuk rawatan alergi buat bayi baru lahir.

Kebaikan susu ibu yang amat berguna – melindungi bayi dari alahan!

Ketua penyelidik, Dr Michiko Oyoshi, seorang pediatrik di Jabatan Alergi dan Imunologi berkata yang, sama ada ibu hamil patut makan atau patut elak makanan alahan masih lagi kontroversi.

Sebelum ini, wanita dicadangkan untuk elak dari memakan makanan alahan semasa hamil atau menyusu.

Namun kajian yang diterbitkan dalam Journal of Experimental Medicine telah menemui yang susu ibu dari ibu yang memakan makanan alahan mampu melindungi kesan alergi pada bayi.

Ia mengelak dari kejutan anafilaktik, produksi immunoglobulin E dan sel mast.

kebaikan susu ibu
Susu ibu di bawah mikroskop

 Dalam satu kajian lain, susu badan manusia telah diberi ke tikus untuk melihat tindak balas terhadap alergi. Tikus tesebut juga terbukti dilindungi dari alergi!

Mereka mendapati perlindungan terhadap alergi makanan lebih optimum. Mereka juga menerangkan secara teliti bagaimana perlindungan itu disalurkan kepada anak dari ibu.

Reseptor, FcRn yang terdapat pada sel usus telah menghantar antibodi dalam susu badan kepada bayi.

Kemudian ia bertindak dengan alergen yang dipanggil IgC-IC dan ini mengaktifkan pengeluaran sel alergen spesifik T (Treg) yang bertindak dengan sel imun lain untuk melawan alergi makanan.

Kebaikan susu ibu mungkin berkekalan secara berpanjangan

kebaikan susu ibu
Ujian ‘patch test’ adalah salah satu ujian untuk melihat apa alergi seseorang itu

Lebih mengkagumkan, anak kekal toleransi terhadap makanan alahan walaupun antibodi ibu sudah tiada dalam badan.

Ini menunjukkan kemungkinan kesan yang berpanjangan. Dr Oyoshi melihat kemungkinan ini sebagai mungkin boleh memulihkan terus alergi di masa hadapan.

Namun untuk berjaya menemui penyelesaian itu, Dr Oyoshi perlu meneruskan eksperimennya dengan lebih terperinci. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang ada ekzema.

Buat masa ini, kajian tidak membuktikan 100% ibu yang makan kacang boleh dapat bayi yang sihat bebas alergi. Ini kerana terdapat banyak faktor luar juga mengapa seseorang itu mempunyai alergi.

Buat bakal ibu dan para ibu semua, welcome to the ‘breastfeeding club’ kekekeke. Nanti kak fara akan kongsikan kebaikan mengurut bayi pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *