Pengalaman Tips & Panduan

Kenapa Tak Patut Biarkan Bayi Menangis Terlalu Lama

Kenapa Tak Patut Biarkan Bayi Menangis Terlalu Lama

‘Biarlah dia menangis.nanti dia penat,dia berhenti la..’

Selalu sangat kak fara dengar orang tua-tua cakap macam tu bila dengar bayi kecik menangis.Yelah kononnya diorang kata nak bagi bayi belajar sendiri.

Adeh tak tercapai dek akal kak farah.

Bagi kak farah,sebenarnya kak farah kurang setuju dengan pendekatan diorang yang lebih membiarkan bayi menangis terlalu lama daripada memujuk diorang supaya bertenang.

Kenapa?

Sebab lepas kak farah tengok video di bawah ni, situasi bayi menangis terlalu lama memang betul-betul buat kak farah tersentap. Perkara kecil kita lihat pada hari ini sebenarnya memberi kesan yang mendalam pada esok hari.

Mommies kena tengok video dekat bawah ni.Tengok sampai habis taw.

Dah habis tengok mommies?Mesti lepas tengok video ni mommies rasa terfikir macam tak logik, tapi sebenarnya kajian sains jarang untuk salah menafsir.

Dan dari video ni sendiri kak farah lebih yakin apa yang diorang beritahu ,hampir 95% adalah betul.

Yelah, kadang-kadang mesti ada mommies terdengar cakap kan. Kononnya jangan manjakan sangat anak tu,sikit-sikit nangis terus nak angkat.

Bagi kak farah, bila bayi nangis kita terus respon,itulah cara sebetulnya. Dah memang fitrah bayi berkomunikasi melalui tangisan. Pulak tu memang diorang secara lahiriahnya memang memerlukan kasih sayang.

Kalau mentaliti kita asyik fikir :

‘eh jangan dukung sangat baby tu,nanti susah nak berenggang..’
‘eh jangan duk riba sangat baby tu,nanti susah nak tidur sendiri..’
‘eh jangan cepat sangat angkat bila dia nangis,nanti asyik mintak kena pujuk je..’

Bila kak fara dengar ‘mulut-mulut’ macam tu,kak fara totally macam terhenti sekejap.

Kak fara tertanya-tanya pulak. Habis korang buat anak untuk apa? Bukan untuk diberi kasih sayang? Bukan untuk dibelai? Bukan untuk dimanjakan?

Dah memang azalinya mereka minta dimanja,dibelai,dipujuk. Jadi layankan aje. Jangan duk nafikan keperluan rohani yang mereka perlukan. Jangan seksa batin bayi.

Kak fara sedih dan sensitif sangat kalau dengar bayi nangis lama-lama.Tak sampai hati.

Jadi pengajarannya di sini, bila bayi nangis cepat-cepat pergi pujuk ye.

Jangan pentingkan diri sendiri sangat. Kononnya nak ajar dari kecik. Jangan paksa bayi. Sampai masanya mereka akan belajar dengan sendiri. Masa tu akan tiba.

Enjoy je moment dengan anak ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *