Pengalaman Tips & Panduan

Main ‘Au-Cak’ Penting Untuk Minda Bayi Yang Cerdas

Main ‘Au-Cak’ Penting Untuk Minda Bayi Yang Cerdas

Main ‘Au-Cak’ Penting Untuk Minda Bayi Yang Cerdas. Sebut mainan ‘Au-Cak’ ni, kak fara teringat masa kak fara kecil-kecil dulu. Kalau mak ajak kak fara pergi lawat baby,selalu nampak orang agah-agah baby sambil main ‘au-cak’ ni.

Main 'Au-Cak' Penting Untuk Minda Bayi Yang Cerdas
Rasanya semua orang tahu mainan ni kan. Ala, yang korang main sambil tutup mata depan baby tu. Konon nak baby gelakkan kita sambil nampak gusi tu. Bila baby dah senyum, rasa geram nak gomol-gomol kan? Haha

Main cakucak dengan baby ni sebenarnya kalau mommies nak tahu banyak manfaat dia taw. Kak fara pun sebenarnya baru tahu. Tu yang share dengan mommies ni. Benda baik kita kongsi sama-sama kan.

Kebaikan main “Au-cak” dengan baby:

  • merangsang deria bayi,
  • membina kemahiran motor,
  • menguatkan pengesanan visual,
  • menggalakkan pembangunan sosial dan yang paling penting,
  • ia adalah permainan yang seronok dan lucu!

Memangla syok main cakucak dengan baby ni. Part paling kak fara suka tengok bila diorang renyeh nampak gusi. Rasa nak cubit-cubit je mulut diorang. Haha!

Satu lagi kalau mommies nak tahu, permainan cakucak ni satu dunia tahu ye. Bukan mainan orang-orang kita je. Haha. Tapi nama permainan ni dekat tempat diorang kak fara tak tahu la. Hehe.

Bila main cakucak ni, bayi bertindak balas dengan positif dan ini menunjukkan keinginannya untuk terus berinteraksi dengan orang sekelilingnya. Jadi tak ada la bila mommies bawaj baby jumpa orang luar, kurang rasa takut dan mudah menangis. Kan?

Untuk 6 bulan pertama, mungkin baby mommies rasa macam “apa ke benda la mak aku main ni” maksudnya baby mungkin rasa blur lagi. Tak faham apa benda kita main dengan dia. Haha.

Tapi lama-kelamaan, mommies jangan risau. Mesti baby dah mula faham yang kita sedang bergurau dengan dia, sekaligus dia hadiahkan senyuman gusi untuk mommies haha!

Dengan cara main cakucak ni, si kecil itu dapat belajar dengan lebih banyak lagi. Bonding time dengan mommies pun lebih banyak. Sebab salah satu permainan untuk eratkan hubungan mommies dengan baby, inilah!

Ok jumpa next artikel pulak. Kak fara dah kejang jari ni. Hehe.

Nak sambung main cakucak dengan mariyam la pulak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *