Meroyan Bukan Mainan, Baca Pengalaman Ibu Ini
Pengalaman

Meroyan Bukan Mainan, Baca Pengalaman Ibu Ini

Meroyan Bukan Mainan, Baca Pengalaman Ibu Ini

Meroyan Bukan Mainan, Baca Pengalaman Ibu Ini – Dari kiriman seorang ibu kepada kak fara. Kak fara ingin kongsikan kepada korang mengenai pengalaman seorang ibu ini yang meroyan selepas melahirkan anak. Meroyan bukan mainan.

Jangan ambil mudah,dan jangan pandang remeh perihal ini. Ramai ibu di luar sana yang mengalami meroyan yang boleh membawa binasa pada diri.
.
.
Ini adalah pengakuan dari Puan Ainul Saadiah mengenai keadaan meroyan yang dilaluinya. Meroyan bukan mainan, baca pengalaman ibu ini.
.
Bismillah.

Assalamualaikum, saya Ainul.

Ini adalah catatan saya ketika terkena penyakit yang disifatkan meroyan.

Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman saya sendiri. Tujuan saya kongsikan adalah kerana di luar sana, saya tahu bukan saya sendiri sahaja yang mengalaminya.

Ramai lagi orang lain yang kena juga penyakit ini namun tidak tahu merujuk kepada siapa.

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah sama dengan saya. Anda tidak keseorangan. Kita masih mempunyai harapan. Jangan putus asa.

Meroyan ada banyak jenis. Apa yang Ainul alami sekarang adalah ‘meroyan angin’

Ainul tertekan dengan kehidupan, dengan keadaan anak selalu merengek, suami tiada di sisi ketika melahirkan anak, sakit buasir ketika pantang.

Pantang tak boleh makan makanan yang biasa kita makan dan paling utama adalah tertekan dengan orang kata-kata orang yang datang ziarah ketika pantang (sebab Ainul beranak caeser).

Perlahan-lahan Ainul cuba berubah.

Sampai bila Ainul nak hidup seperti ini. Pasti di sana ada jalan yang boleh memulihkan diri Ainul .

Amalan Ainul berubat sekarang ialah baca Al Quran setiap hari (sekurang-kurangnya 10 mukasurat ), baca istighfar, baca saidul istighfar (boleh Google) setiap hari dan amalan-amalan lain lagi contoh masuk bilik air baca doa, masuk rumah baca doa dan lain-lain.

Ainul juga berubat cara tradisional (seperti minum akar kayu Merbu).

SIMPTOM MEROYAN YANG AINUL ALAMI:

Kadang-kadang datang bisikan pasal anak-anak.

Suruh buang anak, bagi orang je anak ini, anak ini adalah beban dan mendatangkan malang. Astaghfirullah. Ainul sendiri hairan kenapa aku ni macam ni?

Sekali lagi, kalau Ainul tak ada asas agama, tak tahu lah apa dah jadi dengan anak-anak Ainul semua ini. Alhamdulillah, Ainul berjaya lawan dan tak ikut apa yang bisikan tu suruh.

Sensitif tidak bertempat. Contohnya, kalau Ainul beli coklat dan anak-anak makan coklat Ainul itu, Ainul akan menangis dengan sungguh-sungguh.

Pemikiran tidak stabil. Masa tu di rumah emak. Rumah bawah. Terasa nak bunuh diri dan tamatkan hidup ini.

Namun, terfikir juga berdosa apa yang Ainul buat ini dan sakit juga kalau kena batu. Lagi pula, rumah ni atas tanah. Bukan bangunan 40 tingkat. Nak terjun macam mana.

Itulah kali pertama dan terakhir datang bisikan seperti itu. Masa itu pula dalam pantang anak kembar. Namun, Alhamdulillah. Asas agama adalah benteng pertahanan diri kita.

Rasa putus asa, rasa bersalah, rasa sunyi, rasa letih, selalu menangis, rasa diri tidak berguna, rasa keseorangan, rasa sedih dan murung.

Itulah perkara yang Ainul alami. Semua orang tak nampak. Orang tak percaya. Hanya diri kita sahaja yang tahu.

Kepada mereka yang mempunyai simptom di atas, cepat-cepatlah berubat kerana jika terlambat boleh jadi gila. Ada yang terlalu berat sehingga membunuh diri dan orang yang disayangi.

Meroyan bukan hanya dalam pantang sahaja ya. Ia boleh berlarutan seumur hidup jika tidak berubat.

Paling penting, sokongan keluarga. Suami yang sentiasa ada di sisi.

Suami yang melihat perkara ini dan membantu dalam perubatan.

Membantu meringankan isteri. Menguruskan anak-anak. Mengemas rumah. Membasuh baju. Memberikan masa untuk Ainul bersendirian.

Membantu ingatkan tentang solat dan bacaan Al Quran. Itu antara faktor penting dalam perubatan dan perubahan diri. Ia kembali kepada minda kita. Kekuatan minda yang diperlukan melalui amalan-amalan yang disebut di atas.

Insya Allah. Allah tidak akan sia-siakan hambaNya.

Diberinya cubaan dan akan diberikan ganjaran dalam pelbagai bentuk buat kita. Percayalah. Kita mampu untuk menanggungnya dan menguruskannya. Kerana kita adalah makhluk paling sempurna Allah ciptakan.
.
.
Kak Fara harap para ibu di luar sana elakkan berpantang sendirian kalau boleh.

Setidaknya cuba berpantang dengan ibu sendiri atau mertua kita.

Kak fara pernah merasa berpantang sendirian dan hampir terkena dengan simptom meroyan. Tetapi segera berisighfar dan cepat-cepat dekatkan diri dengan Allah.

Semasa berpantang kita sebenarnya dalam keadaan kotor kerana berdarah nifas, syaitan suka pada benda kotor. Sebab itu ibu berpantang mudah terkena meroyan.

Jadi selalu berzikir dan dekatkan diri dengan Allah.

Elakkan bersendirian.

Sibukkan diri dengan berbual dengan bayi atau orang di sekeliling. Elakkan membaca perkara-perkara negatif di media sosial. InsyaAllah semoga kita jauh dari terkena angin meroyan.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

1 thought on “Meroyan Bukan Mainan, Baca Pengalaman Ibu Ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *