Tips & Panduan

Normal Atau Tidak Bila Bayi Mula Menghisap Jari?

Normal Atau Tidak Bila Bayi Mula Menghisap Jari?

Normal Atau Tidak Bila Bayi Mula Menghisap Jari? – Kita seringkali melihat bayi terutamanya yang baru lahir menghisap jari. Ada yang menghisap ibu jari, jari telunjuk dan lain-lain.

Menariknya, kebiasaan ini bukan sahaja bermula dari selepas kelahiran, sebaliknya ada sesetengah bayi yang sudah pun mula menghisap jari semenjak di dalam kandungan.

Sebagai ibu bapa, kak fara yakin mesti mommies terfikir bahayakah kebiasaan ini? Normal atau tidak bila bayi mula menghisap jari?

Sebelum mommies bertindak bagi menghentikan habit ini, ini beberapa sebab, kenapa bayi menghisap jari.

3 Sebab Kenapa Bayi Menghisap Jari

1.  Tindakan refleks menghisap (sucking reflex) bayi.

Ianya terjadi hasil dari kebiasaan bayi menyusu. Hasil dari keseronokan menghisap puting, bayi cuba mencari alternatif lain dan jari yang paling mudah.

2. Menghisap jari menenangkan.

Tabiat ini membuatkan bayi dan kanak-kanak ini berasa selamat.

Sebagai contoh, apabila ibu bapa meninggalkan mereka sebentar. Jadi, jangan risau sekiranya bayi terus menghisap jari walaupun anda baru sahaja memberikannya susu.

3. Jari sentiasa ada di tangan.

Pada mulanya, bayi hanya mencuba-cuba merasai jarinya. Kemudian, setelah dia merasa selesa dan seronok, ianya mula bertukar menjadi tabiat.

Apakah Kesan Buruk Dari Tabiat Ini?

Ini bergantung pada beberapa faktor seperti kekerapan hisapan, tempoh masa dan kekuatan bayi menghisap jarinya.

Contohnya, bayi yang menghisap jari dengan daya hisapan yang kuat tetapi dalam tempoh yang sangat sekejap tidak memberikan kesan yang begitu ketara.

Kebanyakan doktor-doktor gigi menghalang perbuatan ini kerana, hasil kajian membuktikan, dengan hanya daya hisapan yang lemah, mampu menggerakkan kedudukan gigi.

Biasanya, bayi yang mempunya tabiat ini akan menghisap dengan daya hisapan yang lemah tetapi berpanjangan contohnya ketika waktu si comel tidur.

Berikut adalah 2 kesan buruk dari tabiat ini:

i) Gigi Tertolak Keluar – Bagi 1-2 tahun pertama, jangan terlalu risau berkenaan gigi anak anda. Biasanya tabiat ini akan mula menghilang menjelang anak anda berumur 3-4 tahun.

Tetapi, sekiranya pada umur 3 atau 4 tahun, bayi anda tiada tanda-tanda untuk tabiat ini hilang, anda sudah boleh memulakan langkah bagi menghalang tabiat ini.

Disebabkan tabiat menghisap jari itu sendiri yang menolak bahagian atas gigi, menghisap jari boleh mengakibatkan gigi jongang (buck teeth). Ianya juga boleh mengakibatkan pelbagai masalah gigi yang lain.

ii) Merosakkan Jari – Tabiat menghisap ini juga akan memberi kesan pada kulit jari yang dihisap. Terlalu lama terperangkap dengan air liur dan tekanan dari gigi, membolehkan jari terkena jangkitan. Lebih teruk, jari akan luka dan berdarah memudahkan infeksi (kemasukan bakteria dan kuman ke dalam badan).

5 Cara Untuk Menghentikan Tabiat Menghisap Jari

1.  Sediakan Alternatif Selain Menghisap – Secara fitrah, anak-anak gemar bermain. Jadi, apa yang anda boleh lakukan ialah, mencari permainan yang memerlukan anak-anak menggunakan tangan.

Contohnya bermain kad, menyanyi dan lain-lain. Ini sangat membantu kerana, anak akan berasa seronok dan tertanam di dalam minda separa sedarnya, ada perkara lain yang lebih seronok dari menghisap jari.

Ini juga dapat mengalihkan perhatian si bayi. Biasanya bayi/anak anda menghisap jari ketika dia bosan dan tiada aktiviti.

2. Tunjuk & Beritahu – Sekiranya anak anda sudah boleh memahami percakapan anda, anda boleh melakukan ini. Tunjukkan gambar2 kesan dari tabiat menghisap jari yang berpanjangan pada si anak dan terangkan padanya.

3. Membalut Jari – Pada sebelah malam, ketika bayi/anak anda tidur, pakaikan padanya sarung tangan atau cukup sekadar membalut tangan. Ini dapat membantutkan hasrat anak anda kerana rasanya yang berlainan.

4. Cadangkan Tabiat Yang Belawanan – Caranya..cadangkan pada anak anda, sekiranya dia terasa mahu menghisap jari, dia dikehendaki menyorokkan jari tersebut di belakang. Sekiranya dia Berjaya, berikan hadiah. Anda juga boleh menyuruhnya untuk menyembunyikan jarinya di bawah bantal semasa tidur. Cara ini sesuai untuk anak berumur 4 tahun ke atas.

5. Meminta nasihat Doktor Gigi – Sekiranya tabiat ini, masih lagi berlarutan. Mintalah nasihat doktor gigi berdekatan anda. Doktor gigi akan memasukkan Alat Oral (oral appliance) berbentuk dawai kokot di bahagian belakang atas gigi.

Ini dapat menghalang anak anda dari meletakkan jari. Pastikan cara ini adalah pilihan terakhir selepas pelbagai cara lain tidak Berjaya. Kaedah ini juga hanya sesuai pada anak2 yang sudah meningkat dewasa.Normal Atau Tidak Bila Bayi Mula Menghisap Jari?

Menghisap Jari VS Menghisap Puting

Bayi mommies akan memilih jari.

Tetapi, putting juga antara alat yang sangat berkesan bagi menghapuskan tabiat menghisap jari bayi mommies. Ada sesetengah dari ibu bapa tidak menggemari puting atas faktor kebersihan.

Justeru, sekiranya anda ingin menggunakan alat ini, pastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih.

Takut-takut terjadi perkara yang lebih buruk di masa hadapan pada bayi.

Bagi kak fara, kak fara lebih memilih puting orthodonthic bukan rounded. Ianya lebih selamat dan membantu pemeliharaan gusi yang lebih baik.

Jadi kak fara harap mommies semua jelas dan dapat jawapan dari persoalan normal atau tidak bila bayi mula menghisap jari?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *