Tips & Panduan

Panduan Memilih Dan Membeli Stroller Untuk Anak

Panduan Memilih Dan Membeli Stroller Untuk Anak

Panduan Memilih Dan Membeli Stroller Untuk Anak – Masa mengandung, benda yang paling excited ialah mase nak beli barang baby. Siap buat check list lagi kan. Tapi yang dalam banyak-banyak barang tu, nak beli stroller baby ni agak pening sikit la. Bukan ape, harga stroller sekarang boleh tahan.

Panduan Memilih Dan Membeli Stroller Untuk Anak

Sebab tu nak beli, bukan boleh maen beli je. Banyak benda kene survey dulu. Lagipon sekarang memang banyak brand yang ada dan kebanyakannya memang mahal sangat.

Tapi kak fara tak nafikan stroller ni memang satu keperluan.

Senang nak bawa anak kemana-mana. Baby boleh tidur dengan selesa dan yang penting kite pon tak penat menggendong bayi. Kalau tak, memang boleh lenguh tangan sepanjang masa kita dukung je baby.

Ok sekarang kak fara nak kongsi tips memilih dan membeli stroller untuk anak.

Hopefuly mommies semua boleh buat keputusan yang betul. Yang penting mommies semua jangan terburu-buru. Ingat semua benda yang mahal tak semestinya yang terbaik.

#1 Bajet

Ok yes.. yang ni memang lah tersangat penting.

Sebab stroller sekarang banyak yang mahal. Kite kene tahu berapa bajet kite walaupon kadang2 mentality kite memang akan kata yang mahal la berkualiti. Kalau boleh kak fara sendiri pon nak yang branded, ade style, selesa, dan cantik.

Tapi mommies kene ingat quality lain pon kene tengok jugak, bersesuaian la dengan bajet kite.

Bagi yang ade bajet 500 ke bawah mungkin boleh survey brand seperti Sweet Cherry atau My Dear. 500-1000 pulak maybe leh tgk brand seperti Combi, Halford, atau Mac Laren.

Bagi yang bajet lebih sikit (1000 ketas) boleh try survey Quinny, Babyzen, GB, Peg Preggo. Graco, Britax. Kalo nak mahal lagi (5000) boleh tgk Orbit Baby, Mima Xari, ICandy dan banyak lagi.

#2 Keselamatan

Panduan Memilih Dan Membeli Stroller Untuk Anak

Setiap stroller perlu ada ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan. Macamana momies boleh check sistem keselamatan setiap stroller? Ok mommies boleh check 3 to 5 Point Harness pada stroller tersebut;

-Tempat duduk yang boleh dilaraskan untuk keselesaan anak-anak._
-Seat Belt System untuk secure baby dari jatuh
-No sharp/rough edges yang boleh cederakan bayi/anak
-Stroller yang kuat dan kukuh /stabil
-Sistem Brek pada roda stroller

#3 Fungsi Sistem Recline

Fungsi recline sangat penting terutamanya untuk bayi umur 0-6 bulan.

Bayi yang dibawah 6 bulan masih lagi tidak boleh duduk dengan sendiri. So fungsi recline ni penting untuk bayi tidur dengan selesa.

Kalau mommies nak purchase stroller dari new born sampai besar, wajib pilih stroller yang ade fungsi recline ni. Some of stroller mmg ada yang untuk 6 bulan ke atas. Hati-hati ye mommies kene pilih bersesuaian umur anak jugak ye.

#4 Mudah dilipat

Bila stroller tu mudah dilipat, memang senang la nak masuk keluar bonet kete. Senang sket keje husbeng. Boleh cari stroller yang boleh lipat macam umbrella fold. Contoh stroller yang senang nak fold yang kak fara tahu ialah Babyzen Yoyo.

#5 Saiz dan Berat Stroller

Panduan Memilih Dan Membeli Stroller Untuk Anak

Saiz sangat penting. Yang ni kene tgk saiz kete mommies.

Kalau pakai Myvi atau kereta kereta mini yang laen memang kene sangat careful bile nak beli stroller ni. Jangan maen beli je ye. Sebab nanti kalau beli yang saiz gedabak tu memang konfirm la tak leh nak muat bonet kete.

Dari segi berat pula, tgk sape yang selalu kene handle stroller ni bawa masuk dan keluar boot kereta.

Kalau yang jenis keluar mana-mana ngan suami je, boleh la beli stroller berat seberat tong gas pon takpe. Yela sesambil dok usung stroller anak tu, bajet2 la dok exercise otot tangan lengan tu. Untung2 dapat tangan berketul.

Tapi bagi mommies yang selalu keluar berdua je dengan anak, berat stroller perlu diambil kira.

Better pilih yang jenis light weight. Contoh yang paling byk light weight adalah dari brand Combi. Ade yang seringan 3 kg. Handbag pon lagi berat kan haha.

#6 Handle yang Boleh Dilaraskan

Yang ni penting bagi yang tinggi. Yang ni supaya selesa bila tolak stroller tu, takdelah sakit pinggang pulak nanti.

#7-Material dan Canopy

Panduan Memilih Dan Membeli Stroller Untuk Anak

Pilihlah material yang selesa dan tahan lasak. Ada stroller yang boleh dibuka untuk dibasuh kainnya. Dari segi kanopi pula, memang sangat penting terutamanya bila nak bawa baby keluar waktu tengahari. Boleh la lindungi baby tu dari panas terik matahari.

Ape yang penting pastikan masa menggunakan stroller :

-Pastikan stroller sesuai dgn umur dan berat baby
-Kunci roda stroller bila berhenti.
-Jangan letak terlalu banyak barang atas stroller untuk mengelakkan stroller rosak dan kurang stabil.

Kak fara harap panduan memilih dan membeli stroller untuk anak yang kak fara kongsikan ni boleh membantu mommies sekalian buat pilihan yang bijak untuk beli stroller taw. Selamat membeli ye mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *