Resepi

Resepi Puri Dan Stok Ayam Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas

Resepi Puri Dan Stok Ayam Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas

Baby mommies dah dekat 6 bulan? Atau sudah umur 6 bulan? Haaa mesti excited sebab baby dah boleh start makan hehehe.

Kak fara pun excited sangat masa maream nak mula makan dulu.

Bila baby dah dekat nak sampai umur 6 bulan ni, start la ke Mr. Google search tu search ni nak tau apa yang bole baby makan dan apa yang baby tak boleh makan lagi.
Bukan saja setakat search kat Mr. Google, kat officemate pun ada tanya jugak. Tanya ni tanya tu nasib baik la dia ok and suka share hehehe…
Ok now kita terus tengok resepi puri buah-buahan dan sayur-sayuran.
Harus diingat ye mommies sekalian, makanan pertama baby mestilah dalam bentuk cecair supaya senang untuk bayi telan. Boleh klik gambar atau tengok description untuk tengok cara-cara membuat puri.

 1) Puri Epal

2) Puri Pir

3) Puri Lobak Merah/Carrot

4) Puri Pisang

5) Puri Keledek

6) Puri Kentang
Ambil dalam kuantiti yang sikit. Kalo banyak takot puri jadi pahit.

7) Puri Brokoli

8) Puri Labu
Cara membuat:
1- Ambilkan suku labu dan buangkan kulit dan bijinya.
2- Selepas itu, cuci bersih buah itu dan potong dadu.
3- Rebuskan atau stimkan labu sehingga empuk dan toskan airnya.
4- Biarkan seketika sehingga kurang panas.
5- Akhir sekali, kisar sehingga halus bersama air masak atau susu ibu.
Puri ni jugak disukai oleh baby sebab manis. Aku pun suka 😛
9) Puri Buah Naga
Cara membuat:
1- Ambil suku buah naga dan buang kulitnya. Nak banyak pun bole ikot mana mommies suka.
2- Blend buah naga dengan air masak atau susu ibu sehingga halus.
3- Tapiskan buah naga tersebut sebab nak asingkan biji buah naga.
4- Tuangkan puri buah naga kedalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge.
Mommies bole campur susu atau air masak kedalam puri. Lepas tu simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge. Pastikan mommies simpan dalam bekas tertutup bagi memastikan makanan baby kita tak dihinggapi oleh bakteria dan sebagainya.
Jika nak bagi makan pada baby, mommies bole keluarkan puri dan letak dalam bekas yang BPA Free. Selepas tu, rendam dengan air panas. Sedia untuk dihidangkan 🙂

10-Sup Stok Ayam Dan Ikan Bilis

makanan bayi, makanan bayi usia 7 bulan, bayi resipi makanan bayi, menu makanan bayi, resepi makanan bayi 6 bulanApabila menyediakan resepi makanan bayi 6 bulan, sup stok ayam boleh ditambahkan sebagai perisa tambahan

Untuk menambah rasa kepada bubur atau makanan bayi, ibu boleh cuba sediakan stok ayam dan ikan bilis ini.

Bahan-bahan:

800 g tulang ayam bahagian dada
1 1⁄2 cawan ikan bilis
4 cawan air

Cara memasak:

  1. Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
  2. Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, senduk keluar segala kotoran pada permukaan sup sehingga sup itu jernih. Reneh ayam selama 45 minit atau sehingga sup itu tinggal separuh daripada jumlah asal.
  3. Tapis dan biarkan sejuk.

Sup ayam ini boleh ditambahkan ke dalam bubur si manja. Kemudian baki sup ayam boleh disimpan dalam peti sejuk.

Stok ayam boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu ataupun dibekukan sehingga sebulan. Tetapi sebelum membekukan stok ayam, asingkan mengikut jumlah yang diperlukan untuk setiap hidangan.

Satu cara yang bijak ialah untuk membekukan stok ayam dalam bekas ais ketul. Dengan melakukan ini, ibu hanya perlu menyahbekukan jumlah sup yang diperlukan.

Jadual Pemakanan – 4 Days Rules

Awal pemakanan selalunya mommies akan ikot 4 Days Rules, macam jadual diatas. Apa 4 Days Rules ni??? Haaaa 4 Days Rules ni kita bagi baby makan satu-satu puri tu selama 4 hari berturut-turut.
Sebab apa? Sebab nak tengok baby kita ok tak dengan makanan tu, ada alergi ke tak, mudah hadam ke tak, ada sembelit ke tak dan sebagainya. Tulah pentingnya 4 Days Rules ni.
Kebanyakkan mommies akan bagi Puri Epal dulu dekat baby. InsyaAllah baby akan suka sebab epal kan ada rasa manisnya. Cuba la sampai 4 hari.
Lepas 4 hari bole bagi Puri lain seperti Puri Pir atau Puri Carrot selama 4 hari jugak. Seterusnya mommies bole campur Puri Epal dan Puri Pir. Kalo baby ok teruskan bagi baby puri yang lain pulak.
Tambahan pula, bila baby dah makan ni mommies kena la bagi baby minum air masak banyak. Ni sebab kita tak mau nanti najis baby keras atau baby sembelit.
Kesian nanti sakit kita pun sedih. Untuk pengetahuan mommies, bila dah makan ni najis baby pun akan lain la sikit awal-awal tu. But, it’s normal. Don’t worry ok.
InsyaAllah, mudah-mudahan baby kita membesar dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat. Masak dari hati masak dengan penuh kasih sayang
Selamat mencuba mommies.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *