Resepi

Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat

Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat

Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat – Berpantang zaman sekarang dah berbeza sangat dengan zaman-zaman nenek moyang kita. Ada juga yang masih amalkan teknik berpantang tradisional, tapi ada juga yang ambil mudah.

Lebih-lebih lagi bab makanan semasa berpantang kan.

Ada yang jenis bedal je semua. Ada yang jenis beringat. Badan nak pakai lama la sayang oii. Kak fara dulu masa berpantang memang pantang betul-betul. Sebab fikir badan ni nak pakai lama lagi.Bukan sekejap.Apa lah sangat 44 hari berpantang. Sekejap je.

Hari ni kak fara nak kongsi resepi untuk ibu berpantang yang sedap dan berkhasiat. Tak adalah ibu jemu asyik makan nasi kosong dengan sup kosong je kan? Hehe. Ok jom tengok menu dia.

Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat
Susu,kurma,cornflakes dan kismis

Yang ni favourite kak fara. Susu dan kurma. Hehe. Susu dan kurma bagus sebagai milk booster untuk menambahkan susu badan ibu taw. Pendek kata makanan-makanan sunnah ni sangat bagus untuk menambahkan susu badan.

Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat
Sunkist,Nasi putih+Crunchy Garlic dan tenggiri masak singgang

Sunkist pula bagus untuk menyembuhkan luka selepas bersalin taw. Sehari sebiji sunkist.InsyaAllah luka jahitan ibu cepat sembuh.

TENGGIRI MASAK SINGGANG
tenggiri slice
serai
asam keping
*lengkuas
*kunyit hidup
*bawang putih
Ketuk serai, Hiris bahan bertanda * kemudian panaskan air. Masukkan serai, asam keping dan hirisan bahan bertanda *. Bila dh mendidih masukkan ikan. Last sekali letak garam. Siaaaap.
 Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat
TENGGIRI MASAK ASAM
tenggiri slice
asam jawa
*bwg merah
*bwg putih
*halia
Hiris nipis bahan yang bertanda * kemudian bancuh setengah mangkuk asam jawa dgn air.Satukan semua bahan hirisan dan air asam jawa. Kemudian renehkan ikan ke dalam air asam jawa tu. Reneh sampai masak, masukkan garam sikit.SAWI LOBAK TUMIS
lobak merah
sawi
bwg putihPotong sayur ikut suka hati nk buat bentuk apa haha tumis bawang hingga naik bau, masukkan sayurrr siapp. Ni budak 5thn pn boleh masak hehe

 Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat

DAGING GORENG KUNYIT
daging batang pinang atau australian beef (hiris) marinate dgn serbuk kunyit sikit, blackpepper and garam. capsicum hiris.

Panaskan minyak dalam non stick pan. Dh panas, masukkan daging. Tnggu sampai masak dan kering. Last sekali masukkan capsicum yang dihiris tu. Tumis sampai masak hehe.

SAYUR TUMIS
lobak putih
lobak merah
kentang
kucai

Hiris ikut suka hati semua sayur di atas.

Tumis bawang putih, dah naik bau masukkan smua sayur kecuali kucai. Masukkan sikit air dan tunggu hingga sayur masak. Masukkan garam dan sikit blackpepper. Dh masak kemudian masukkan kucai. Siap.

Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat

SUGARLESS OAT PANCAKES
well nama resepi pun macam poyo kan. Hahaha sebenarnya ni lempeng oat tak bergula kalau ditranslate ke bahasa melayu hahaha.

Bahan cukup senang.you kena ada tepung gandum and oat aje. Sebatikan kedua2 bahan tu, sukatan ikut naluri hati memasing hee.

Nak banyak, banyakkan la sukatan. Nak sikit, buhh sikit ja la. Pastu dh gaul sebati, masak atas non stick pan. Dh siap angkat, makan dgn madu & strawberry haa gittewww.

Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat

Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat

TENGGIRI GRILL
ikan tenggiri
*serbuk kunyit sikit
*blackpepper & garam
Marinate ikan guna bahan bertanda * kemudian grill jerrr. I pakai pan je grill ikan tu haa. Grill sampai masak.HALIA GORENG
hiris jejari halia and bawang putih, pastu goreng guna minyak yang sikittt. Then tabur atas ikan tu makan sekali dengan nasi. Lepas makan confirm angin keluar dari setiap pelusuk haha.SAWI STIM
Stim je sawi tu pastu tabur sikit minyak bawang putih and bawang putih goreng. Siap.
 Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat
GRILLED SALMON
sliced salmon
salt & blackpepperMarinate salmon dgn garam & blackpepper then grill sampai masak hehe i mkn dgn crunchy garlic.SAWI CARROT MINCED BEEF
daging cincang
sawi
carrot
bwg putihTumis bwg putih, masukkan daging cincang. Tumis hingga masak. Kemudian masukkan sayur sawi & carrot. Perasakan dengan garam.
Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat
STEAM CHICKEN
ayam (guna ayam kampung or ayam didik)
hirisan carrot, daun bwg dan daun sup
minyak bijanRebus ayam guna garam dan carrot. Kemudian dh masak, potong ayam. Sajikan dgn minyak bijan, kicap cair sikittt, hirisan daun sup daun bawang dan carrot. Sup rebusan tadi boleh dijadikan sup utk dimakan sekali okay hehe
Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat
NASI GORENG CINA
nasi putih
carrot potong dadu
bwg putih, merah hiris nipis
daun bawang hiris
minyak bijan
Panaskan minyak bijan. Tumis bwg2, masukkan carrot, dh masak kemudian masukkan nasi. Goreng hingga sebati. Last masukkan daun bawang yg dihiris. Sedap dihidangkan dgn daging grill. Meletop
Resepi Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap Dan Berkhasiat
SAMBAL TOK-TOK LADA HITAM
Sebab teringin gila makan sambal hitam hahaha ni versi sambal hitam solehah sikit. Bahan2 ikan bilis, bwg merah, bwg putih, bwg holland sikit, lada hitam. Layurkan kesemua bahan tu, kemudian tumbuk dgn sedikit garam. Siap, nyaman dimakan bersama nasi panas.
Okai selamat mencuba resepi untuk ibu berpantang yang sedap dan berkhasiat ye ibu-ibu semua!
——————————————————————————————————

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *