Pengalaman

Sakitnya Bila Nak Beranak, Ya Allah !

Sakitnya Bila Nak Beranak, Ya Allah !

Sakitnya Bila Nak Beranak, Ya Allah ! – Antara sakit yang paling sakit di dunia ni ialah sakit ketika nak meninggal, sakit gigi dan sakit nak bersalin. Cerita ini dikirimkan oleh salah seorang pembaca setia blog kak fara. Jom baca pengalaman beliau dalam perkongsian di bawah.

Assalamualaikum kak fara, selepas mengikuti perkongsian demi perkongsian yang diberikan oleh blog kak fara saya tergerak hati untuk berkongsi pengalaman sakitnya bila nak bersalin yang saya alami baru-baru ini.

Sempat Ke Kota Bharu

Sebenarnya sehari sebelum saya masuk ke wad,saya sempat berjalan-jalan ke Kota Bharu dengan family saya. Kononnya nak makan puas-puas sebelum berpantang.

Hajat di hati nak pekena teh tarik madu Warung Pak Mat Pulau Pisang, tetapi hajat tak kesampaian memandangkan masa sampai di sana kedai Pak Mat tutup bercuti.

Nasib baik tak teringin sangat. Hehe. Seharian kami habiskan masa berada di Kota Bharu. Kami bergerak balik ke kampung halaman selepas waktu Isyak.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, perut rasa lain macam.

Tetiba rasa menyucuk dan ngilu di bahagian kemaluan seperti ada jarum.

Rasa macam ada orang nak robekkan tulang kemaluan tu pun ada. Sakitnya! Tapi masih cuba bertahan.Sumpah tak selesa sepanjang duduk dalam kereta tu.

Tahan Lagi Sampai Esok!

Keesokan harinya, sakit makin menjadi-jadi.

Malamnya nak tidur sumpah tak selesa. Kali ni memang rasa sakitnya datang selang satu jam sekali. Masih sakit di bahagian sama iaitu di bahagian kemaluan.

Seolah-olah ada benda cuba nak keluar. Ummi dah ‘halau’ suruh pergi hospital, tapi saya degil.

Konon nak tahan lagi sebab bila betul-betul sakit baru nak pergi hospital dengan harapan tak nak kena tahan hospital lama-lama.

Kalau boleh nak pergi beranak terus. Hehe. So tahan lagi sakit tu satu hari. Tambahan pula masa tu memang tak ada keluar lendir atau darah pun.Tu yang malas nak pergi.

Bantai Daging Korban Dan Pulut Sekaya Dulu!

Dua hari kemudian, kebetulan dapat daging korban banyak.

Bantai masak black pepper dulu. Tunggu lagi sambil menahan sakit. Petang tu pulak kakak sulong masakkan pulut sekaya. Katanya makan dulu sebelum pergi berjuang dekat hospital. Haha.

Di sebabkan terliur,tahan dulu sakit perut mengeras tu.

Nasib baik baby pun faham. Sakit mengeras tu datang sekejap-kejap sahaja. Kali ni selang setengah jam. Makin ke malam,makin rancak sakit tu. Terus buat keputusan pergi serah diri ke hospital.

Sampai di sana, doktor cek jalan. Sakitnya MB!

Pertama kali kena seluk sakitnya aduh! Baru bukak 1cm. Doktor terpaksa tahan juga di wad memandangkan sakit contraction saya semakin kuat. Bermulalah episod ‘check-in’ di hospital.

Semua beg baju baby memang dah bawak siap-siap. Jadi tak ada masalah.

Macam Tahu-Tahu Je !

Hari pertama di hospital, perut sakitnya makin menjadi-jadi.

Sepanjang menahan kesakitan tu, saya tak lupa amalkan teknik pernafasan yang betul semasa contraction. Alhamdulillah bila praktikkan semua tu, sakit contraction saya boleh atasi tanpa rasa meracau atau panik.

Sebab itu pentingnya ilmu sebelum,semasa dan selepas kehamilan.

Sebagai persediaan sebelum meghadapi detik-detik ‘cemas’ itu. Pagi tu juga,pergi ke tandas untuk mandi dan sebelum kencing ada tompokan lendir coklat pada pad dan lendir jernih dan melekit pada paha.

Dalam kepala terus happy sebab salah satu tanda nak bersalin dah muncul. Haha. Lepas mandi je, makin menjadi-jadi sakitnya!

Cek Jalan Lagi !

Hari kedua di hospital baru cek jalan lagi.

Sebab sakit contraction yang saya alami boleh lagi di kawal. Nurse di situ juga ada beritahu kalau sakit tak tahan sangat datang balik ke bilik prosedur untuk cek jalan.

Kali kedua cek,bukaan baru 4cm.

Doktor kata get ready untuk ditolak ke labour room bila-bila masa sebab di sana kalau dah 4cm, diorang akan tolak ke labour room untuk pecahkan ketuban dan bukaan akan bertambah pada bila-bila masa.

Semasa kali kedua cek jalan tu,doktor tolong ‘bukakkan jalan’ lagi besar katanya.

Lepas tu sakit makin menjadi-jadi. Hampir sepanjang masa duduk di katil sahaja.

Langsung tak boleh nak bergerak sangat. Nak tidur pun tak lena sebab time tidur pun masih boleh rasa sakit contraction tu datang. Nak update facebook? Lagi lah tak sempat!

Sakitnya Bila Nak Beranak, Ya Allah !

Suami Pendorong Semangat !

Petang tu, suami datang melawat lagi.

Masa tu sakit lain sikit dari contraction. Kali ni sakit macam nak meneran berak sangat-sangat. Masa ni cuba praktikkan lagi teknik pernafasan tu.

Sakitnya Nak Beranak, Ya Allah !

Alhamdulillah still boleh bertahan.

Tapi bila nampak muka suami, sakit nak meneran berak tu makin menjadi-jadi. Ajak suami teman ke bilik air. Konon nak buang air besar sebab macam sakit sangat nak berak ni.

Tapi bila buka pad, makin banyak lendir darah dan coklat keluar.

Sakit nak meneran berak makin kuat. Terus ajak suami pergi pimpin tangan nak cek jalan kat bilik depan. Masa ni sakit sumpah sakit yang amat! Nak berjalan 2 3 langkah pun kena ada pit stop! Orang sekeliling tengok tak kira apa dah. Memang tak hirau apa dah.

Cengkam tangan cik suami kuat-kuat.

Masuk bilik prosedur,bagitahu nurse: ‘Nurse saya sakit sangat macam nak meneran berak dah ni. Tak tahan sangat dah ni. Selang 5 minit sakitnya..’

Nurse pula dengan kelam kabutnya terus suruh saya naik ke atas katil cek jalan.

Sakitnya Nak Beranak, Ya Allah !

Masa ni 6cm dah! Terus diorang call labour room kata emergency sebab saya memang nak meneran sangat-sangat dah. Sakit dia umpama nak meneran berak yang memang tak boleh dikawal atau ditahan dah.

Biasanya kita boleh kawal lagi kalau nak teran berak kan? Tapi sakit nak beranak ni memang tak boleh nak kawal. Seolah-olah ada orang paksa suruh teran keluarkan.

8cm Sudah !

Sampai di labour room, doktor pasangkan tiub kencing nak bagi air kencing keluar. Sempat lagi diorang tanya nombor kad pengenalan bagai.

Masa ni dah la sakit teramat sakit.

Sakitnya Nak Beranak, Ya Allah !

Doktor pula banyaknya adeh soalan. Haha. Setengah jam dalam bilik bersalin tu, doktor cek jalan sekali lagi. Masa ni dah 8cm dah. Makin rancak diorang seluk, makin saya rasa nak teran berak. Aduh!

Terus saya cakap : ‘Doktor ! Saya nak teran sangat-sangat dah ni. Tak tahan sangat dah ni…’

Doktor cakap : ‘Okai-okai teran cepat walaupun bukaan awak tak full lagi.’

Saya cuba teran seboleh-bolehnya.

Sampai kali kedua, terus rasa nak teran tu hilang. Masa ni kepala baby dah sekerat jalan keluar. Doktor paksa saya teran lagi.

Masa ni suami ada sekali. Lepas dia mai tu terus rasa nak meneran tu ada walaupun tak rasa sangat nak meneran. Paksa diri sebab siankan baby dekat bawah lama-lama takut lemas.

Sakitnya Nak Beranak, Ya Allah !

Cukup 3 kali teran, terus terasa air panas ketuban keluar bersama baby. Masa tu leganya Ya Allah tak boleh nak gambar rasanya. Penat terus terasa lepas daripada tu. Terus rasa nak tidur.

Dan Alhamdulillah tepat jam 7.01pm 5 September, seorang khalifah kecil berjaya di lahirkan ke muka bumi.

Syukur yang teramat dengan nikmat sakit bersalin yang Allah berikan ini. Sungguh memang teramat layak syurga seorang anak itu di bawah telapak kaki ibunya.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk blog kak fara.

Terima kasih di atas kesudian kalian membaca perkongsian.

Saya doakan bakal ibu yang sedang menanti hari di permudahkan segala urusan dan buat mereka yang sedang menanti semoga dimakbulkan hajat. InsyaAllah.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *