Pengalaman

Salahkah Beranak Ramai ? Baca Kisah Perkongsian Ibu Ini

Salahkah Beranak Ramai ? Baca Kisah Perkongsian Ibu Ini

Salahkah Beranak Ramai ? Baca Kisah Perkongsian Ibu Ini – Antara lontaran pedas dari makcik-makcik bawang di luar sana yang suka jaga tepi kain orang. Kak fara pun kadang naik hairan.

“uiiiishh,yang sulong baru 1 tahun lebih,dah ada isi ke?”

“anak no.1 czer,yang ke 2 ni pun mesti czer.tulah rajin betul buat anak ye”

“rajinnya ko buat anak ye?yang baru lahir ni pun tak habis lagi nak bermanja”

Banyak betul masa makcik-makcik bawang ni yang terluang sampai sempat nak jaga ‘tepi’ kain orang ye? Agaknya diorang dah puas kupas bawang dekat dapur. Tu yang ‘terlebih’ rajin tu gosip hal orang.

Salahkah Beranak Ramai ? Baca Kisah Perkongsian Ibu Ini

Kak fara dapat satu mesej dari pembaca blog kak fara yang ingin berkongsi pengalaman beliau mengenai beranak ramai ni.

Sedikit sebanyak cerita yang beliau kongsi boleh dijadikan iktibar dan panduan kepada ibu-ibu di luar sana.

Salahkah Beranak Ramai ? Baca Kisah Perkongsian Ibu Ini


Assalamualaikum, Sihat semua?

Hari ni saya terdetik nak berkongsi dengan para pembaca blog kak fara mengenai pengalaman beranak ramai.

Memang penat sangat bila anak ramai dan agak rapat sebenarnya. Tapi bila fikir apa hikmah di sebaliknya terus cuba gagahkan diri.

Pernah 2-3 orang kenalan seakan menghina dan perli saya ada anak dah 6. Pelik ke anak ramai?

Tak pelik pun pada saya walau zaman sekarang ni ramai yang nak 2-3 orang anak je.

Mungkin sebab busy atau malas nak serabut kan otak dengan urusan anak dan takmo kumpul lemak kat badan tu kot. Siyes cakap kalau ada peluang saya nak anak lagi ramai.

Harta dunia boleh cari, tapi bagi seorang wanita yang hanya menjadi suri rumah ni anak-anak adalah harta akhirat. Menjaga dan mengasuh anak adalah saham akhirat untuk diri ini.

Itu saja yang saya fikir.

Pernah ada kenalan yang sampai duk kira berapa orang anak kami lompat turun dari kereta, dia ingat orang yang tak dikenali..masa tu anak kami baru tiga. Haish…boleh jek dia hina anak ku ramai dan anaknya cuma sebegitu ?

Salahkah Beranak Ramai ? Baca Kisah Perkongsian Ibu Ini

Untuk apa berkahwin?

Zuriat atau sekadar menghalalkan apa yang haram?

Jika rezeki Allah bagi, kita terima seadanya.

Bukan sedia menggugurkan amanah yang Allah kirimkan untuk kita jadikan saham akhirat. Dulu saya takut untuk beranak ramai.

Sampailah satu ketika terjumpa satu ibu muda dalam pertengahan 30-an yang mempunyai anak kecil seramai 5 orang dan ibunya cantik serta slim melim tau tak?

Masa tu memang ternganga mulut tengok dan kagum.

Sebabnya dia urus sendiri anak tu tanpa bantuan dari pembantu rumah. Takda pembantu rumah dan urus anak sendiri memang buat saya kagum.

Sekarang ni anak dia dah 6 orang, semuanya lelaki..hero!

Sejak kenal dengan ibu muda ni terus saya rasa seronok tengok orang ada anak yang ramai. Dia seorang ibu yang pintar, suri rumah sepenuh masa yang menjadi suri dihati suaminya dan bonda terbaik buat anak-anaknya.

Terus menjadikan kakak tu idola dalam mendidik diri untuk menjadi sekuat dan setabah itu dalam menjadi seorang ibu buat anak-anak saya sendiri. Ramai rakan kata kalau camni, mungkin anak saya akan jadi 9 orang kot? hehehe…

Bagi yang kenal saya mesti tau saya bercita-cita punyai anak ramai dan kalau boleh lepas ni nak anak lelaki je berderet. Itu adalah impian saya, punyai anak seramai yang mampu dan di didik dengan ilmu akhirat sebaik mungkin.

Mengapa ilmu akhirat saja?

Sebab dalam al-Quran tu dah lengkap semuanya. Jika anak itu solat dan faham apa isi al-Quran, dia akan berjaya di dunia juga…percayalah.

Hidup bukan lama pun, tak guna ada duit yang banyak, kereta mewah dan rumah besar macam mahligai tapi anak penghubung untuk kita di akhirat tak ada.

Bukan tak mampu ada anak, tapi tak mahu.

Orang yang nak anak sampai cari anak angkat, tapi orang yang mampu dapat anak sampai sanggup gugurkan kandungan. Zalimnya dunia dan ceteknya pemikiran wanita yang pintar tapi buta hati.

Renungkanlah bersama.


Itu lah sedikit sebanyak perkongsian dari si ‘dia’ mengenai beranak ramai ni.

Sebenarnya bagi kak fara langsung tak ada masalah kalau beranak ramai. Lagi bagus lagi ramai yang boleh jaga kita bila kita dah uzur nanti.

Yang penting berikan didikan yang betul dan sempurna kepada anak-anak. InsyaAllah besar pahalanya. Jadi bagi yang takut nak beranak ramai tu, kak fara harap korang boleh betulkan balik mindset korang ye.

Jangan ingat dan fikir yang bukan-bukan.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *