Pengalaman

Sedihnya Sempat 34 Hari Je Bersama Baby Raid

Sedihnya Sempat 34 Hari Je Bersama Baby Raid

Semalam kak fara baca perkongsian dari ibu Puteri Fareeza. Sedih,sebak semua perasaan bercampur baur.Tak tahu nak cakap macam mana.Tengah khusyuk membaca tiba-tiba air mata mengalir dekat pipi.

Mana tak sedih,anak yang dikandung selama 9 bulan dalam perut tiba-tiba pergi meninggalkan kita.

Belum puas dipeluk cium,Allah sudah panggil menghadapNya.Bukan bermaksud melawan takdir,tetapi andai usaha lebih lagi insyaAllah masih ada harapan untuknya.

Assalamualaikum …

Al fatihah buat wildan syurgaku .

Ummi rindu sangat kat awak sayang. Ummi tahu awak lagi bahagia & tenang kat sana disamping malaikat yg menjaga .

Syukur hari ni diberi sedikit kekuatan untuk meluahkan & berkongsi cerita.

Raid anak ummi yang kuat . Raid murah senyuman walaupun hakikatnya raid tengah sakit raid tak pernah tunjuk yang raid sakit, tak pernah sedikit pon demam dan lain-lain.

Pesanan untuk ibubapa & bakal ibu bapa di luar sana kalau anak/baby nafas berbunyi macam berkahak atau berdengkur walaupun dah berkali pergi klinik untuk periksa lebih baik rujuk pakar kanak-kanak dengan segera!

Tak lama lepas kelahiran nafas raid berbunyi berkali kami pergi klinik untuk periksa sebab risaukan pernafasannya.

Tapi doktor tetap kata paru-paru raid ok. Raid tak selsema, raid tak demam semuanya ok. Jawapan yang sama bila pergi klinik lain.

Subuh hari jumaat 9/2/2018 jam 5.30 pagi raid nangis sebab nak dipegang & bawak jalan-jalan sampai tertidur dan diletak semula kat tilamnya.

3o minit saja terlelap bila terjaga pukul 6 tengok raid dah longlai mengiring hidung berdarah dan keluar lendir, 1 badan pucat dan tidak sedarkan diri.

Masa tu nadi memang dah tak ada, sementara perjalanan kami tetap usaha berkali beri bantuan pernafasan kat mulut raid yang keluar lendir + darah dekat hidung.

Pergi kecemasan klinik ksihatan tutup, lepas tu pergi hospital unit kecemasan waqaf. Doktor usaha sedaya upaya, masa tu hanya berdoa agar Allah beri keajaiban.

Doktor sahkan raid dah tak ada, sampai-sampai bacaan jantung raid dah flat.

Bermaksud raid memang tiada sebelum sampai situ, doktor tak tahu apa punca raid meninggal dan doktor syak raid tersedak susu sebab lebihan susu keluar bersama darah+lendir lepas tu suruh buat laporan polis.

Polis buat order posmoterm katanya sekarang KKM wajibkan ke atas kanak bawah 5 tahun. Sampai di jabatan forensik HSI doktor tanya dari awal-awal smpai akhir apa yang berlaku.

Doktor cakap boleh tarik order posmoterm kalau tak nak, tak sanggup dengan meyakinkan pihak polis yang buat order posmoterm tu agar tarik balik. Sebab kami tak sanggup membayangkn raid dibedah sana sini.

Apa pun sebab kami redha dan tak kan tuntut apa-apa dari mana-mana pihak.

Kami terima kalau betul atas kecuaian kami sampai raid tersedak susu dan tak kan memaafkan diri sendiri!

Pihak polis tetap berkata dia tak ada kuasa walaupun doktor kata hanya polis tu saja berkuasa dan cara lain pergi mahkamah tapi prosedure yang agak makan masa lama.

Ada hikmahnya banyak sangat halangan masa nk tolak untuk dibuat posmoterm .

Selepas siap posmoterm doktor sahkan raid terkena jangkitan kuman kat paru-paru. Doktor kata kalau tersedak susu tak kan keluar DARAH !

Masa tu yang terlintas di fikiran kami hanya “nafas berbunyi ! “ selama ni. Selama ni doktor periksa paru-paru normal? ? Paru-paru Ok? ? Raid sihat je? ?

Ya Rabbi, kami redha ya Allah segalanya mungkin dah tertulis raid pinjaman sementara buat kami.

Memang kalau diberi peluang utk undur balik masa ummi dan baba akan buat yang terbaik untuk raid. Tapi raid kuat, raid tak tunjuk langsung yang raid sakit, raid selalu senyum seolah raid sihat walafiat!

Peringatan utk ibubapa diluar sana jangn ambil mudah kalau baby “nafas berbunyi” pergi rujuk PAKAR KANAK2 SEBELUM TERLAMBAT!

Kami kongsikan disini agar ibu bapa kat luar sana boleh berhati hati dan supaya tak rasa keperitan kehilangan anak macam kami alami. Perit yg teramat!

Lebih-lebih lagi penantian kami inginkan zuriat agak makan masa sedikit lama bila dah merasa menimang cahaya mata sendiri seketika kami diberi ujian sebegini.

PERIT YG TERAMAT SANGAT ! RAID ANAK UMMI BABA.TUNGGU UMMI BABA DISANA YE SAYANG. ALFATIHAH anak syurgaku MUHAMMAD RAID FAWWAZ BIN MOHAMAD RAZIF.

Hadirnya raid seketika seolah olah mimpi yg sangat INDAH buat kami. Segalanya kini tinggal kenangan.

Raid dapat hadiah tapi x sempat buka & raid x sempat nak guna
Masa ni ummi menunggu hari nak lahirkan Raid
Birthday ummi (7/1/2018) mase ni Raid usia 2 hari sambut birthday dgn ummi . Terima kasih semua. Terima kasih sponsor kek kami
Baju ni baju pertama raid pakai & baju ni jugalah baju terakhir raid pakai
Semoga raid tenang disana. Ummi baba sentiasa rindukan kamu sayang .Alfatihah

Kak fara paling sebak bila tengok baju arwah.Sebak sangat-sangat sampai tengah menaip artikel ni pun kak fara masih menangis.

Senyuman arwah juga buat kak fara makin runtun!Allah Maha Kaya,anak yang suci tanpa dosa.Dijemput pergi.

Lepas kak fara baca perkongsian ibu ni ka,terus kak fara pergi peluk cium si maream.Tak dapat bayangkan kalau perkara sebegitu terjadi pada kak fara.

Apakah kak fara mampu atau tidak menghadapinya?

Allahurabbi,mohon dijauhkan dari perkara sebegini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *