Pengalaman

Tak Sangka Diri Hamil, Ibu Ini Selamat Melahirkan Bayi Selepas 10 Minit

Tak Sangka Diri Hamil, Ibu Ini Selamat Melahirkan Bayi Selepas 10 Minit

Tak Sangka Diri Hamil, Ibu Ini Selamat Melahirkan Bayi Selepas 10 Minit – Kisah ni kak fara terbaca dalam mingguan wanita baru-baru ini. Bila kak fara baca kisah tu, satu perasaan betapa kagumnya dengan kebesaran Allah. Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah memungkiri janjiNya. Allahuakbar!

Hati kak fara tersentap dan sebak baca kisah ibu ini. Dia sabar menanti zuriat yang diidamkannya sehinggalah Allah jawab dan balas doanya dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Kisahnya bermula bila si ibu ni sakit perut dan mengalami pendarahan.

Bila doktor suruh cek urin, keputusan dia positif tanda hamil. Diorang terus rujuk kepada bahagian Obstetrik dan Ginekologi memandangkan si ibu cakap dia tak pernah mengalami apa-apa simptom hamil.

Lepas 10 minit dirujuk ke O&G, ibu ni selamat melahirkan bayi perempuan yang comel.

Allah, memang pasangan ni bagi kak fara adalah antara insan yang terpilih oleh Allah. Bukan semua mampu merasa nikmat seperti ini. Dahla pasangan ni menunggu hampir 5 tahun untuk mendapat zuriat.

Tak Sangka Diri Hamil, Ibu Ini Selamat Melahirkan Bayi Selepas 10 Minit

Si bapaknya kak fara dengar cerita, gembira bukan main.

Tambah lagi dengan usia si ibu yang boleh dikatakan berisiko tinggi untuk mengandung, tapi bayi yang dilahirkan cukup sifat dan sihat dilahirkan. Si bapak memang terpinga-pinga habis. Hehe

Tak Sangka Diri Hamil, Ibu Ini Selamat Melahirkan Bayi Selepas 10 Minit

Barang baby pun diorang tak prepare satu apa pun.Yelah tak tahu langsung. Pergi hospital sakit perut, tapi balik rumah dapat baby. Hehe. Rezeki diorang tak salah alamat.

Sebak kan? T_T

Sama la dengan kak fara yang tengah menaip ni. Allah tak pernah mungkir dengan janjiNya. Yang penting sabar adalah kunci utama.

Malah dalam apa hal sekalipun, sentiasa tanamkan sabar dalam diri.

Walaupun kadang-kadang kak fara terlepas juga tahap kesabaran tu, tapi cepat-cepat istighfar balik. InsyaAllah Allah tak pernah tidur dari mendengar doa kita.

Kisahnya ringkas je kan, tapi banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah ini. Dan jadikannya sebagai pedoman dalam hidup kita. InsyAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *