Tips & Panduan

Tanda-Tanda Jahitan Bersalin Terbuka

Tanda-Tanda Jahitan Bersalin Terbuka

Tanda-Tanda Jahitan Bersalin Terbuka – Jahitan terbuka memang menakutkan. Kak fara sendiri pun ngeri taw. hehe. Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma. Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu. Kak fara pernah merasakannya!

Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu. Tempoh yang memberi risiko jahitan bersalin terbuka adalah dalam dua minggu selepas bersalin dan ianya hanya jika tidak dijaga dengan teliti.

Tanda-Tanda Jahitan Bersalin Terbuka

Menurut Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang, Dr Khairiah Seman menyatakan bahawa kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.Jadi baik korang cuci betul-betul kawasan luka jahitan kalau nak cepat sembuh!

Diantara tanda-tanda luka jahitan terbuka yang biasanya terjadi ialah;

  • Rasa sakit yang amat sangat pada masa dua atau tiga hari. Biasanya rasa sakit akibat episiotomi hanyalah 2 hari tetapi sekiranya kesakitan itu berlebihan, mungkin ada jangkitan kuman.
  • Bengkak, merah bernanah atau keluar apa-apa sahaja cairan yang berbau atau pun nampak luka terbuka.

Biasanya akan terjadi tekanan kepada ibu yang mengalaminya.

Sakit ketika sebahagian jahitan yang dibuka semula tentunya akan menjadi trauma yang amat besar bagi ibu. Apalagi ketika itu ibu sedang berpantang.

Biasanya doktor akan membersihkan kawasan tempat luka tersebut terbuka dan akan menjahit nya kembali jika perlu.

Akan tetapi ada juga dimana jahitan tidak perlu dijahit semula dan hanya menyapukan sejenis lotion agar jahitan tersebut bercantum semula. Itu tergantung dari situasi dan keadaan luka jahitan tersebut.

Tanda-Tanda Jahitan Bersalin Terbuka

Kesan jika luka ini tidak cepat dirawat amat lah menyakitkan bagi ibu.

Diantara komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka diantaranya iaitu;

  • Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.
  • Boleh menjadi punca tempat jangkitan yang akan merebak ke dalam badan.
  • Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin.
  • Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut.

Biasanya jahitan terbuka ini disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah:

  • Penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali.
  • Jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali setelah dijahit.
  • Jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka

Segera ke hospital atau klinik berhampiran kalau ibu-ibu sedar jahitan bawah terbuka supaya tindakan sewajarnya boleh diambil agar tidak terjadi jangkitan atau hal-hal yang tidak diinginkan.

Masa yang diambil untuk menjahit semula tergantung dengan keadaan dan saiz luka tersebut. Biasanya jahitan akan dilakukan dengan benang yang lebih kuat.

Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius, luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka disebabkan episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali.

Tanda-Tanda Jahitan Bersalin Terbuka

Sebenarnya amat penting bagi ibu untuk mengambil makanan seimbang dan juga vitamin tambahan untuk mempercepat luka cepat sembuh.

Terutamanya vitamin C dan Zinc yang bagus untuk mempercepat luka kering. Selepas bersalin memang disarankan untuk mengambil multivitamin agar ibu dan bayi sentiasa sihat, bertenaga serta cukup nutrisi.

Makan sayur-sayuran dan buah-buahan banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Namun sekiranya sudah 14 hari,luka belum sembuhnya juga, jumpalah doktor untuk mengelakkan risiko jangkitan.

Tanda-Tanda Jahitan Bersalin Terbuka

Macam Kak Fara,Kak Fara amalkan buah sunkist dan minum air sunquick.InsyaAllah sangat membantu.Banyakkan makan ulam pegaga sama sebab ulam tu beri khasiat tinggi dan bantu pulihkan luka dalaman.

Sebenarnya apa yang lebih penting,beranikan diri untuk sentiasa periksa luka jahitan. Jangan takut! Kalau takut jugak,mintak cik abang periksa.J angan malu. Tu semua perluka kerjasama dari cik abang sama taw. Ambil tahu mengenai tanda-tanda jahitan Bersalin Terbuka

Selamat berpantang ibu-ibu!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

2 thoughts on “Tanda-Tanda Jahitan Bersalin Terbuka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *