Fesyen Ibu Mengandung Tips Ibu Hamil

Tip Fesyen Yang Menarik Dan Bergaya Untuk Ibu Hamil

Tip Fesyen Yang Menarik Dan Bergaya Untuk Ibu Hamil

Tip Fesyen Yang Menarik Dan Bergaya Untuk Ibu Hamil – Kalau artikel lepas, kak fara share mengenai pemakanan terbaik untuk baby mommies kan.

Hari ni kak fara nak share tip fesyen yang menarik dan bergaya untuk ibu hamil. Kak fara sedia maklum mommies yang berbadan dua memang selalu bermasalah kalau nak bergaya time membuyong kan?

Jangan risau, kak fara akan kongsi semua yang kak fara tahu ye.Tak ada nak selindung pape dah. Kita cantik dan letop sama -sama ye mommies!

#1- Material Baju

Kalau mommies nak pilih material baju, pastikan mommies pilih material yang serap peluh ye memandangkan bila membuyong ni tahap metabolisma tinggi terlajak. Hehe. Belum apa-apa dah berpeluh, mengah.

Tip Fesyen Yang Menarik Dan Bergaya Untuk Ibu Hamil

Jadi mommies kalau nak beli baju time pregnant ni, beli baju yang diperbuat dari material kapas ye supaya mudah menyerap peluh berbanding bahan sintetik.

Seluar pula, pastikan beli seluar berpinggang getah dan boleh dilaraskan ikut kesesuaian perut mommies. Seluar jeans untuk ibu mengandung pun dah banyak sekarang. Jangan risau ye mommies.

Tip Fesyen Yang Menarik Dan Bergaya Untuk Ibu Hamil

Tak semestinya time hamil je, WAJIB BELI baju design untuk ibu hamil je.

Mommies boleh je cuba pakai baju yang sesuai digayakan time membuyong ni ha. Asalkan selesa dah mudah untuk mommies. Tak ada kesekatan untuk mommies bergaya. Janji letop ye! hehe

#2-Kasut Yang Selesa

Bila dah membuyong, confirm berat badan pun semakin bertambah kan mommies?

Kak fara dulu ketara sangat pertambahan berat badan. hehe. Muka tembam macam pau dah gamaknya. Tapi demi si mariyam, abaikan je. Janji anak keluar sihat dah cukup.

Tip Fesyen Yang Menarik Dan Bergaya Untuk Ibu Hamil

Masa mengandung ni, biasanya nak berdiri lama pun tak larat dah. Apatah lagi nak seimbangkan badan. Kejap rasa nak ke kiri, kejap rasa nak pergi ke kanan.

Perut pun dah ke depan banyak dah. Belakang makin sakit disebabkan tulang belakang dan kepala lutut bekerja keras nak tampung berat badan mommies.

Tip Fesyen Yang Menarik Dan Bergaya Untuk Ibu Hamil

Jadi nak atasi masalah ni, mommies jangan gatal-gatal kaki nak pakai heels ye.

Masa ni ‘flat shoes’ adalah pilihan WAJIB.

Tiada makruh atau sunnah dah. Kesian kepala lutut dan tulang belakang nak pakai lama tu. Banyak je vendor atau online butik jua flat shoes yang lelawa. Mana tahu akan datang kak fara keluarkan koleksi kasut untuk ibu mengandung pulak kan? Hehe

Cukup 2 tip fesyen yang menarik dan bergaya untuk ibu hamil tu je. Akan datang kak fara kongsi lagi tips mengenai fesyen ye?

1 thought on “Tip Fesyen Yang Menarik Dan Bergaya Untuk Ibu Hamil”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *