Tips Ibu Hamil

14 Tips Kekal Cantik Sepanjang Kehamilan

Tips Kekal Cantik Sepanjang Kehamilan

Bila disahkan mengandung memang satu berita yang gembira bagi setiap ibu dan bapa. Walau ia adalah kandungan yang tak dijangka oleh pasangan suami isteri yang sah, ia tetap diterima dengan hati terbuka dan gembira kan:)

Psstt..abang, syg pregnant 🙂

Hari ni kak fara nak kongsi sesuatu dengan mommies. Iaitu tips sentiasa cantik semasa mengandung.kak fara kongsikan serba sedikit dengan anda ye:).

Semoga ia memberi manfaat. Sebab kak fara tahu, orang perempuan ni..walau dalam keadaan apa sekalipon, dia tetap nak cantik.

Kak fara kongsikan dari post di sini tau…juga satu lagi post teman kak fara berkaitan cantik semasa mengandung ni…

1. Bersenam Dengan Teratur

Dengan bersenam secara teratur badan akan menjadi sihat dan segar serta mencegah tubuh daripada menjadi terlalu gemuk ketika hamil.

Jika anda rajin bersenam ketika hamil juga akan menjadikan jantung berfungsi lebih berkesan sehingga peredaran darah ke janin menjadi lebih lancar.

Lakukanlah senaman yang ringan dan mudah seperti berjalan kaki, berenang, yoga dan regangan untuk ibu hamil.

 

Cara ibu mengandung lakukan senaman

2. Solekan

Jika bersolek, guna kosmetik yang bersesuaian kulit anda, kerana ketika hamil kulit akan menjadi lebih sensitif. Jika mempunyai masalah pada kulit wajah, sebaik-baiknya berjumpa doktor kulit untuk mengatasinya.

 

3. Merawat Wajah

Sewaktu hamil wajah akan lebih banyak mengeluarkan minyak pada bahagian pipi, hidung dan dagu yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat.

Bersihkanlah wajah dengan pembersih muka dan penyegar sekurang-kurangnya dua kali sehari. seronoknya kalau boleh cuba ni.

4. Rehat Yang Cukup

Biasakan diri untuk beristirahat pada siang hari, gunakanlah waktu itu untuk mendengar musik lembut, membaca buku, bersantai atau tidur.

Ini dapat membantu merenggangkan saraf-saraf yang tegang menjadi kendur, agar anda kembali segar.

 

5. Mandi Secara Teratur

Saat hamil tubuh akan mengeluarkan lebih banyak peluh. Untuk itu mandi dan bersihkanlah tubuh sekurang-kurangnya dua kali sehari secara teratur.

Apabila mandi badan menjadi segar dan tidur lebih selesa. Setelah selesai mandi sapukan losen badan yang tidak mengandungi minyak zaitun agar kadar minyak pada tubuh tidak terlalu tinggi.

6. Penjagaan Gigi

Wanita mengandung mudah mengalami sakit gigi jadi berikan tumpuan lebih pada penjagaan gigi dan mulut. Ketika hamil anda juga akan sering mengalami mual dan muntah.

Jadi pastikan anda membersih dan menyegarkan kembali mulut setiap kali selepas muntah. Jangan sampai orang tidak senang berbual dengan anda kerana bau mulut yang kurang enak.

7.  Banyakkan minum air

Jangan dehydrated. Penting untuk kekalkan kelembapan kulit dan untuk memberi nutrient pada bayi.

8.  Jalinkan hubungan yang baik dengan baby dalam kandungan

Penting untuk baby dalam kandungan tuk rasa gembira.. baby bole tahu yer apa yg berlaku walaupun dalam kandungan.

9. Manjakan diri anda

Perubahan hormon akan menyebabkan keguguran rambut dan sebagainya… manjakan diri anda dengan cucian rambut, hot massage dan sebagainya.

10. Penjagaan mata

Ibu hamil berkemungkinan mendapat gelung hitam atau eye back sebab penat, lesu dan kadang-kadang kurang tidur..cuci dengan air sejuk ke muka setiap hari selama setengah jam.  Bukan hanya untuk hilangkan penat, bahkan untuk sentiasa nampak ceria dan cantik!

11. Banyakkan makan sayuran untuk penjagaan kesihatan kulit. Elakkan makanan segera dan makanan yang mengemukkan.

12. Berurut sangat penting untuk kurangkan rasa penat dan lesu dan sangat elok untuk pengaliran darah dalam badan.

13. Khasiat Dan Vitamin

Cantik Ketika Hamil. Rajinlah mengambil pelbagai jus buah segar yang banyak mengandung Vitamin C, yang dapat membantu penyerapan zat besi agar tubuh terhindar daripada anemia.

Ibu hamil harus pandai mengatur pola makan, makanlah sedikit-sedikit tapi sering untuk mencegah rasa mual kerana perut kosong.

14. Pakai Pakaian yang cantik.

Tentu nak tampil cantik dan berkeyakinan haruslah berpakaian yang cantik, tranding terkini dan ofcos menutup aurat. Penampilan pakaian yang elegan membuatkan anda bersemangat sepanjang hari.

Pendek kata, ibu hamil kena jaga kesihatan dan penampilan sepanjang masa ye?


Sekiranya Mommy nak dapatkan koleksi Furbymoms, BOLEH TERUS KE WEBSITE untuk details SIZE, PRICE dan FEATURES dengan layari website www.furbymoms.com
.
NAK WALK IN (boleh try sample dan rasa material kami)
FURBY MOMS
NO 52-1, TINGKAT 1,
JALAN NELAYAN 19/B,
SEKSYEN 19,
SHAH ALAM 43000 SELANGOR
.
WORKING HOUR:
Isnin – Khamis : 10 pagi – 10 malam (6.30 ptg – 8.00 malam CLOSE)
Sabtu – Ahad : 10 pagi – 6.30 ptg
Credit Card Accept.

1 thought on “14 Tips Kekal Cantik Sepanjang Kehamilan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *