Fesyen Ibu Mengandung Tips Ibu Hamil

Tips Memilih Seluar Untuk Ibu Mengandung

Tips Memilih Seluar Untuk Ibu Mengandung

Tips Memilih Seluar Untuk Ibu Mengandung – Seluar mengandung atau maternity pants ni memang wajib dimiliki oleh ibu-ibu hamil. Kak fara masa awal kehamilan dah beli seluar mengandung murah ni.

Mula-mula dulu bila google seluar mengandung mesti terpapar website online shopping yang mahal tu.

Saja la berjalan ke AEON Jusco 1utama, sekali berlambak koleksi seluar peknen ni. Tapi sekarang, akak peminat setia FurbyMoms je. Semua koleksi fesyen mengandung yang letop ada dekat sana.

Coklat, hitam, biru dan Jeans biru, itulah warna pertama kak fara beli dan pakai kemana sahaja.

Seluar mengandung ni ada tali dan butang di pinggang yang membolehkan ibu-ibu “adjust” berapa kecil atau besar saiz. Ikut keselesaan ibu. Lagi pula seluar ini bila pakai waktu hamil ia terletak bebetul kat pusat perut ibu.

Jadi ia menjaga perut kita yang makin membesar.

Tapi sebelum beli, ibu kena pastikan ciri-ciri ni ada pada seluar mengandung yang ibu nak beli tu.

#1 Kain Selesa Dan Rasa Sejuk

Bila dah berbadan dua ni,badan kita akan jadi cepat. Jadi sebolehnya pilih material seluar yang tidak memerangkap haba. Kalau tak habis lencun peluh celah kangkang. Sebaiknya pilih material cotton.

#2 Pilih Seluar Mengandung Boleh Laras

Jangan ingat stroller je yang boleh laras. Seluar mengandung pun boleh laras. Hehe. Jadi sebaiknya pilih yang ada button pada pinggang seluar. Jadi bila perut semakin membesar, tak ada masalah.

#3 Warna Yang Universal

Elakkan beli warna yang pelik. Nak lagi jimat dan mudah, beli warna yang universal seperti hitam, kuning susu dan coklat. Jadi nanti nak padankan dengan mana-mana baju senang.

#4 Pilih Saiz Yang Betul

Bab saiz ni kena pandai pilih. Jangan terlajak pilih pulak. Takut nanti lepas bersalin seluar tu tak boleh pakai dah sebab dah besar. Jadi pilih saiz yang sebaiknya supaya nanti lepas bersalin boleh dipakai lagi. Tak la membazir seluar tu nanti kan.

#5 Full Belly Support

Bab ni kena ambil serius. Jangan lupa pastikan seluar mengandung yang nak dibeli tu ada full belly support. Ala kain yang bersambung dengan seluar tu yang akan tutup perut kita. Pilih yang full ,jangan yang half. Takut nanti tak selesa pulak. Pastukan pastikan material belly support tu tak panas. kalau tidak menggaru je kerjanya nanti. Hehe

Kak fara harap sedikit perkongsian yang kak fara beri ni dapat membantu mommies memilih jenis seluar ibu mengandung yang berkualiti dan selesa. Kalau mommies malas nak pening, beli je terus dekat FurbyMoms. Highly recommended taw.!

Selamat mencuba!

1 thought on “Tips Memilih Seluar Untuk Ibu Mengandung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *