Pengalaman

Wanita Tiada Rahim Selamat Lahirkan Bayi Comel

Wanita Tiada Rahim Selamat Lahirkan Bayi Comel

Hari ni kak fara nak kongsi satu cerita yang kak fara baca dari laman web luar negara. Kisah dia memang bukti bahawa Allah tu Maha Kaya dan mengabulkan setiap permintaan hambaNya.

Ok, macam ni kisahnya. Ada seorang wanita bernama Susan.

Dia ni memang nak sangat-sangat seorang anak.

Tetapi rahimnya tak mengizinkan untuk dia mempunyai anak disebabkan dia menghidapi satu penyakit yang dinamakan Absolute Uterine Factor Infertility (AUI).

AUI ni kalau mommies nak tahu, satu keadaan dimana seorang wanita tiada rahim atau ada rahim tapi langsung tidak mempunyai fungsi.

Sedihkan?

Kalau bagi kak fara la, bila kita ada rahim dan mampu melahirkan anak barulah rasa nikmat hidup tu ada. Entahlah itu bagi kak fara la. Kalau bagi orang lain kak fara tak tahu.

Tapi sekarang disebabkan kecanggihan teknologi, wanita seperti Susan sekarang dah boleh lupakan kesedihan disebabkan rahim tidak berfungsi tu.

Sebabnya sekarang dekat luar negara dah ada prosedur pemindahan rahim yang mana kak fara baca ianya masih lagi dalam proses eksperimen.

Mesti mommies pun kali pertama dengar pasal prosedur ni kan? Sama la dengan kak fara sebab prosedur ni setakat ni hanya ada dekat luar negara sahaja. Dekat Malaysia masih belum ada.

Biasa mommies selalu dengar pasal pemindahan buah pinggang atau hati je kan?

Tapi kali ni diorang buat pemindahan rahim pulak. Tapi apa yang lain sikit pasal pemindahan rahim ni, si penderma tu kena sihat dan masih hidup. Lepas tu kalau buat pemindahan rahim ni, bukan boleh panjangkan nyawa pesakit taw.

Tapi bila seorang ibu dapat rahim baru, peluang untuk hamil tu tinggi.

Bila seorang ibu tu berjaya hamil, bagi kak fara ianya ‘ubat’ kepada mental seorang wanita. Serius talk, kalau kita tak pregnant sampai sekarang, ianya satu stress. Betul tak?

Satu-satunya hospital yang lakukan prosedur pemindahan rahim ni dekat luar negara ialah  Pusat Medikal Universiti Baylor . Kalau mommies mampu untuk pergi kesana,why not cuba kan?

Sepanjang percubaan yang dijalankan kepada mommies yang tiada rahim ni,3 daripada 10  orang mommies gagal untuk hamil.

Tapi si Susan ni berjaya dan ianya merupakan satu tuah baginya kan?

Kak fara macam kagum la dengan kuasa Allah yang Maha Kaya. Tak pernah menghampakan permintaan hamba-hambaNya. Susan ni pun dah selamat lahirkan bayi yang comel gitu.

Prosedur pemindahan rahim ni bukannya satu prosedur yang boleh dijalankan dimana sahaja kalau mommies nak tahu memandangkan kos untuk prosedur ni sangat tinggi.

Insurans pun belum ada yang boleh cover prosedur sebegini.

Kos untuk prosedur ni menelan belanja hampir $500,000 ye mommies. Jadi amat mustahil dan sukar untuk seseorang mengumpul duit sebanyak itu untuk prosedur seumpama ini.

Tapi apa sekalipun sebagai seorang Islam, kak fara harap mommies semua jangan putus asa. Kalau tak mampu cara sebegini, doa kan ada. Doa senjata buat orang Islam. Jadi jangan pernah putus asa ye mommies?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *